Adopting a pet is a serious commitment. Bila korang bawak balik kucen, anjing or apa saja jenis haiwan kat rumah, korang actually berdepan dengan commitment sepanjang hayat. So, korang mustilah yakin yang korang dah bersedia untuk langkah-langkah nih. Dalam penyedian untuk adoption (macam persediaan nk masak plak kan? Huhu)..Resepinya adalah seperti di bawah. So, check it out dude->
1. KENAPA?
Sebelum korang beria- ria nak bela kucen or anjing atau haiwan yg sewaktu dgnya, seelok-eloknya korang tanya pada dr sendiri. Kenapa aku nak bela kucen nih??Adakah sebab comel? Or sebab korang perlukan companion??or nak hadiahkan kt anak, bf and etc. Klu jawapan korang sebab perlukan companion, korang are in for it for the right reason. Klu sebab " Eii, comelnya kitten nih!!" Baik x payah lar..Selalunya anak kucing akan hilang kecomelan nya bila dah meningkat dewasa. Adakah korang still interested untuk keep dia as a pet bila one day nanti korang rasa dia dah x comel or cantik?? Or korang buang je kt pasar atau tepi2 jalan sebab dia dah x comel mata memandang. Aku slalu gak terjumpak kucing2 yang berbulu panjang or breed yg bagus2 kt tepi jln or kedai makan.
Gambar Hiasan : Comel kan?? Tapi adakah akan selamanya comel mcm ni.. |
Kesian kan, bila diorang dah x diperlukan di buang. Alasan sebab dah x cantik, or sebab sakit, dah buruk & dan x sanggup nak jaga menjadi alasan kita untuk melepaskan tanggungjawab tersebut. Akibatnya tanggungjawab tersebut menjadi burden kepada masyarakat dan menambahkan bilangan strays kt luar. Anak-anak kucing dan anjing terbiar semakin bertambah bilangan dari sehari ke sehari.
2. KEWANGAN
Adakah korang mampu dari segi kewangan. Sebab bela kucen pon macam kita bela anak gak. Ada member tanya kat aku apa nak buat before ambik kucen. Bila aku jawab banyak benda nak consider before adopting a pet,j awapan dia ialah nak bela yang biasa2 saja & yang senang macam kucing kampung. Kucing kampung pon ada perasaan macam kucing-kucing lain. Adoiii...kucing pon kena descrimination gak ke?? Jangan ingat sebab pet tu baka yang kureng elok pada pandangan kita, kita juz bela diorang sekadar melepaskan batuk di tangga. Kos-kos tersebut lebih kurang sama je tak kira kucing import or local.
Actually adopting a pet is a lifetime commitment. Kos untuk bela start bila first time korang bawa balik pet tersebut kat rumah smpailah ke akhir hayat dia. Makanan, bowl, cage(klu nak cage kan dia) perubatan and etc semua tuh memerlukan duit. Klu korang setakat mampu kasik kucen tuh makan sisa-sisa makanan korang atau tulang-tulang ikan or ayam, maknanya korang mmg xmampu untuk beri kehidupan yang baik untuk kucen tuh. Kucen memerlukan makanan yang baik untuk membesar dan sihat, macam kita jugak. Premium food preferred.
Klu emergency cases macam accident ke, tulang patah ke, adakah korang mampu untuk bawak dia for medical treatment. Kos untuk surgery for haiwan bukan murah tau. Klu x percaya cuba search sendiri kt google. Kalau nak neuter atau spay kan kucen pun kena pakai duit gak. Cuba korang tgk table kat bawah nih.
Expense | Dog | Cat |
Adoption (at a shelter this includes spay-neuter fee) | $85 | $85 |
Vaccines (2 per year @ 15 each) | $450 | $450 |
Heartworm test (1 per year) | $25 | $30 |
Heartworm prevention pills (varies depending on size) | $900 | $600 |
Leukemia test | N/A | $40 |
Leukemia prevention shot (1 per year @ $17 each) | N/A | $255 |
Basic health exam (1 per year @ $30 per visit) | $450 | $450 |
Microchipping (implanted I.D.) | $30 | $30 |
Flea control (varies depending on size) | $1,800 | $1,440 |
License ($10 per year if animal is altered) | $150 | $150 |
Food (dry) ($182 per year) | $2,730 | $2,730 |
Grooming (brushes, combs, shampoo, nail trimmers etc.) | $100 | $100 |
Cat Litter ($60 per year) | N/A | $900 |
Litter box and scoop (1 per year @ $10 each) | N/A | $150 |
Collars and leashes | $225 | $50 |
TOTALS | $6,940 | $7,440 |
Source from http://www.sspca.org
3. RUANG RUMAH
Ruang pon penting for consideration. Adakah rumah yang diduduki itu rumah sendiri atau disewa. Rumah yang mempunyai tanah atau pun seperti apartment ataupun flat. Ini adalah disebabkan, pet pun perlukan space mereka yang tersendiri. Rumah yang mempunyai outdoor space is preferred. Sebab pet pun kena ambik angin untuk relaxing jugak. Mungkin ada ruang yard yang boleh diletakkan cage ataupun open air area untuk simanja. Tapi kalau duduk kat apartment atau kondo terutamanya yang tinggi, pastikan area ini tak membahayakan mereka. Takut tiba-tiba lompat melampaui yard, terus jatuh ke bawah (banyak kes mcm nih terjadi).
Kepada yang masih menyewa mungkin jumlah pet perlu diambilkira. Sebab, takut jiran tertangga komplen pulak. Penting juga untuk kita inform tuan rumah yang kita ada membela binatang kesayangan. Bilangan dan saiz pet jugak perlu diambil kira. Ini untuk memastikan kebahagiaan bersama. Lagipun biasanya menyewa ni kan ada kontrak. Andai kata, perlu berpindah rumah, adakah kita akan bawa pet kita bersama?.
Kalau yang sudah ada rumah sendiri, penting juga untuk kita memastikan kawasan rumah kita adalah selamat untuk mereka. Contohnya pagar yang sesuai. Kalau kita pelihara kucing, takut kucing melompat keluar pagar. Kalau tinggal di apartment, jumlah pet yang sesuai perlu diambilkira. Mungkin kita boleh sediakan satu bilik khas untuk pet.
Perlu diingat, kalau pelihara anjing, dia suka menyalak. Kalau pelihara kucen, mereka ni suka mencakar tikar, carpet dan mungkin juga perabot. Ini memerlukan kesabaran yang tinggi tau. Kita kena tau kehendak dan keperluan makhluk istimewa ini.
4. MASA
Masa nih adalah faktor penting jugak. Selepas seharian berada kat tempat kerja, bila balik kena pulak melayan simanja. Kita kena consider sebab pet jugak perlukan kita untuk beri diorang kasih sayang dan perhatian. Pet bukan sekadar terapi untuk kita. Tapi kita juga perlu main peranan sebagai teman rapat mereka. Pet akan merajuk, kalau kita dah lama tak berinteraksi dengan diorang.
Cuba bayangkan, sebelum pergi keja kena bersihkan toilet diorang. Biasanya kerja nih kena buat 2 kali sehari untuk pastikan kebersihan dan kesihatan mereka terjamin. Kena jugak check food container dan water dispenser, kena tambah atau tak. Kalau ada yang sakit, kena pastikan ubat diberi pada masa yang sepatutnya.
Kalau lepaskan mereka kat dalam rumah tanpa di cage, kita kena jugak vacum rumah setiap hari. Bilik atau tempat tido diorang pun kena selalu dibersihkan. Lantai kena dimop supaya takder bakteria atau kotoran yang boleh memudaratkan mereka (dan jugak mudarat utk kita)
Kalau nak bawak kucen pergi vet pun kena ambik masa jugak. Pengalaman sendiri, aku kena ambik time off untuk bawak kucen pegi vaksin. Kalau nak mandikan diorang pun ambil masa yang lama jugak. Sebab kita kena pastikan bulu diorang dikeringkan sepenuhnya.
So, berapa lama masa yang akan dihabiskan untuk pet nih? Yang ini agak subjektif. Bergantung kepada masa seseorang tuh.
5. GAYA HIDUP
Yang ini pun bergantung kepada setiap individu. Mungkin ada antara kita yang jenis outdoor, adventures, home type atau yang suka keluar lepak . Ia jugak bergantung kepada kareer kita. Bukan semua orang yang tak punya banyak masa kat rumah tak boleh memiliki pet. Tapi bila dah penat diluar, boleh ker kita melayan simanja ini?
Kalau ada antara kita yang mempunyai alahan, lain pulak ceritanya. Kita kena ambil kira jugak faktor nih. Kucing dan anjing mungkin tak sesuai untuk orang yang mengalami asma. Kalau nak pelihara jugak kena pastikan bulu simanja tak beterbangan sana sini lah. Mungkin juga ada yang mengalami alahan fungus atau pun flea. Kita kena pastikan apakah jenis alahan yang kita ada.
Kalau ada yang mempunyai anak kecil, kena ambil kira jugak keselamatan anak anda. Sesuai atau tak sekiranya anda mempunyai anak kecil pada masa yang sama mempunyai pet yang perlu dijaga rapi.
Keadaan fizikal kita juga adalah faktor yang penting. Kalau kita tak mampu menguruskan diri sendiri bagaimana kita mampu untuk menguruskan pet. Jangan nanti pet rasa teraniaya dan kita menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Tapi sekiranya ada orang lain yang mampu menguruskan mereka, apa salahnya. Pet kan juga boleh digunakan sebagai terapi kesihatan.
In conclusion, banyak benda yang kita nak kena consider before bringing home our first pet, so that korang semua x menyesal kemudian hari. Kalau semua perkara yang aku list kat atas tu tak jadi masalah kat korang, maka korang layak untuk having a pet. Peringatan daripada aku gak, commitment untuk memelihara kucing/anjing adalah untuk seumur hidup. Kena ada kesabaran, sifat loving dan caring yang tinggi dan sentiasa ikhlas.
Lagi satu, ini adalah pendapat daripada aku ye. Klu korang x suka, x dapek lar aku nak nolong ye. Good Luck
No comments:
Post a Comment