Friday, November 12, 2010

Akukah Yang Kejam???

Pernah suatu ketika dulu, aku penah put for adoption untuk kucing yg aku foster. Masa time hamba Allah tu (dh tak ingat nama beliau) dtg untuk view & ambik kucing tu dia mmg janji akan jaga dgn elok. Before nak let go tuh biasanya aku interview dlu untuk nak tau org tu qualify or not untuk bela kucing. Aku cadangkan dia neuter kucing tuh sbb takot nanti beranak dan tak terjaga bila dah besar nanti. Lebih kurang mcm nih lar perbualan kami

Aku : why not you kasi kucing nih. Nanti bila dh besar xberanak pinak dan senang nak jga. Sy takot nanti tak terjaga. Sy pon dah kasi kucing sy 2 ekor.. So far xada mslh
Hamba Allah : Saya  tak nak lah siksa kucing. Kenapa kita nak kasi dia. Haiwan pon ada nafsu. Berdosa besar kita aniaya dia.
Aku: Setahu saya kita diharuskan mengkasi haiwan peliharaan untuk menjaga kemaslahatan dia. Takot nti dibuang merata-rata pastu beranak pinak & kwsn kta penuh dgn strays.
Hamba Allah : Insyaallah saya tak kan buang. Saya sayang kucing.
(Pastu sms aku pas seminggu sbb xtahan kucing tu asyik berak atas lantai. Sapa soh xtrain dlu, kucing bknnya ada otak, kita yg beroatak lar kna ajar)

Urmm..itu adalah salah satu contoh perbualan aku ngn org yg tau aku kasi kucing..Ada yang ckp aku kejam sbb kasi kucing, xada perasaan, berdosa besar sbb langgar fitrah kucing tuh dan ada jugak yang ckp klu buat mcm tu aku kna bayar zakat fitrah untuk kucing tu ( betoi ke???)

Actualy ramai lagi yang masih tak tahu yang sebenarnya hukum mengkasikan haiwan adalah HARUS. Untuk makluman Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri telah mengeluarkan fatwa.


Bahawa mengembiri binatang kesayangan seperti kucing atau anjing hukumnya adalah diharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah.
All pets like cats and dogs are allowed to be neutered or spayed in order to maintain the health and welfare of both the animals and the community.
After studying the messages of the aforementioned mazhab's and the medical viewpoint, JAKIM has decided that neutering of cats for reasons of 'maslahat' is acceptable. It is in agreement with 'qaedah' (way) Fiqhiyyah which states "To choose the lesser of two evils".
Dipetik dari FelineMalaysia.com
Kejamkah aku kalau aku nak elakkan anak-anak kucing yang terbiar daripada di buang kt tepi-tepi jalan??
Kejamkah aku kalau dgn mengkasikan kucing aku ble halang merebaknya penyakit kt kucing and mungkin jugak berbahaya utk org??
Kejamkah aku kalau aku nak elakkan kucing drp merayau- rayau sebab nk cr pasangan sebab on heat pastu kena gelek dgn kenderaan kt atas jalan??
Kejamkah aku kalau nak elakkan bergaduh dgn jiran akibat kucing pancut merata-rata di dpn umah jiran atau di kasut???

Kejamkah aku?????

Mungkin ramai yang tak paham sebenarnya kita bukan menyakiti mereka tetapi membantu haiwan-haiwan seperti kucing dan anjing ini drp penyakit dan elakkan drp anak-anak diorang nti kna lenyek dgn keta or lori. Pastu berapa bnyak lagi kucing-kucing terbiar yg kna torture kt luar tuh. Yang kna potong kaki, kna pijak, malahan yang kna bakar & bunuh hidup2 pon ada. Ini bukan nak tolong diri kita sendiri tp actually untuk haiwan tu. So, dgn cara mengkasikan haiwan-haiwan nih secara x langsung kita dpt tolong mereka menjalani kehidupan yang lebih baik.

So, still nak kta aku kejam?? Ikut suka hati kau lah labu..At least i'm doing my part as a citizen & human..Korang sume cmna????

SAYA DH SUNAT..KORANG??



ELEH..AKU PON DH..XHERAN PON..

No comments:

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...