Hari nih nak citer pasal Kyo. Kucen tabby aku yg besar dengan jayanya..takder apa pun yang special tentang dia..Bukan kucen baka luar negara yang mahal tuh..bukan engineer, lawyer...pemuzik macam Kassim Selamat pun bukan...hanya kucing kampung yang amat manja dan penyayang...tengok dia tido sejuk mata memandang..tak ganas..tak nakal...dengar cakap..hobinya tido ZZZzzzzz...
hai kawan-kawan...saya lah Kyo |
masa kanak-kanak riang |
Kalau kita selalu tengok kat movie, kucen tabby yang kaler oren ( dalam bahasa kucen, oren dipanggil merah) selalu digambarkan sebagai kucen yang pemalas dan gemuk..Tak percaya, cuba korang tengok citer Garfield, Morris, Heathcliff ataupun Shrek..Kuat pengaruh movie yang memberi kesan kat oren tabby nih....
best main dik!!! |
Sebenarnya, warna tak menyumbang pun pada personaliti kucen nih...yang ada hanya tanggapan...
Samalah jugak macam manusia...apa ada pada warna kulit kan..
usia meningkat remaja |
Nih nak share sikit info pasal tabby cat untuk tatapan semua yang sudi baca bog aku nih :-
Tabby berasal dari perkataan Perancis iaitu Tabis - sutera yang berjalur. Perkataan Arab ialah attabiya- tempat pertama pakaian dibuat. Dalam English, tabby tuh jalur .
jilat hidungku yang masin |
Tabby cat ada 4 pattern yang amat terkenal di dunia. Iaitu, mackerel, classic, spotted dan ticked. Hasil penilitian..Kyo aku nih jenis yang klasik...Yang klasik macam Kyo adalah antara kucing yang paling awal berasa di England. Ia adalah gabungan kuceng tempatan dan kucing hutan. Dulu-dulu kucing adalah antara hadiah paling bernilai yang diberi kepada Ratu England. Kalau tak silap pada abad ke 17, Ratu England pada masa itu memang minat kucing dari seluruh dunia. Disebabkan beliaulah banyak kucing yang sepatutnya dijumpai di Asia Tenggara kini boleh didapati di Eropah.. Kucing hutan dan Bengal pun adalah dari keluarga tabby. Bagi peminat Tabby, huruf M yang kat dahi Tabby akan beri nilai kat sicomel nih...Makin terserlah huruf M tuh makin mahal harganya....Tapi kat Malaysia nih, orang tak pandai nak nilai kucen bulu pendek nih...sian kat diorang...
ada huruf M tak kat dahi Kyo nih? |
Aku ada baca pasal forum yang dibuat kat oversea. Ada sorang penulis, Brenda Nelson orang yang paling banyak buat review pasal tabby cat, terutamanya yang kaler oren nih.Respectlah kat dia nih...
dah jadi kucen dewasa |
Actually, kaler pada kucen tak memberi apa-apa sumbangan pada personaliti kucen nih..manusia jer yang memandai...sebagai contoh...Kucen hitam pembawa sial...ada ker????...entah dapat kat mana fakta tuh...
Personaliti kucen nih bergantung kepada baka, jantina dan bagaimana kucen kita nih dibesarkan...Macam Kyo memang penakut nak mapus...dengar bunyi guruh dan hujan terus nak masuk dalam wardrobe...ni pasal Mr hubby dok manja kan dia lah...Balik keje jer dok peluk-peluk budak Kyo nih..
Balik kat info tabby cat nih...
Biasanya tabby cat macam Kyo nih bulu pendek...Tapi ada jugak yang bulu panjang macam Crookshank (kucen Harmonie Granger dalam movie Harry Porter). Biasanya Tabby cat kaler oren ini adalah kucen jantan yang ganteng. Jarang Tabby cat oren nih betina. Sebab tuh kita selalu tengok kucen oren nih dok merayau-rayau kat sana sini...sebab nature kucen jantan dok miang cari mate dia nak mating...
Tabby cat oren bukannya kucen baka macam persian atau maine coon yer...persian dan maine coon pun boleh jadi tabby cat kalau diorang nih keluar dengan jalur-jalur yang mengklasifikasikannya sebagai tabby.
Secara amnya, tabby cat antara kucen yang amat mudah dijaga, sebab biasanya dia akan ikut perangai tuannya ataupun mak dan pak dia...Macam Kyo nih mak pak dia memang tak jaga dari kecik...Jadik dia ikut perangai tuan dia lah kut...Kuat makan, kuat tido dan penakut....hehehehe....
No comments:
Post a Comment