Wednesday, March 27, 2013

THE MAKING OF....PART 2

Bila kennel dah sampai, hati pun mula rasa tak tenang..tangan pun mula lah gatal...gatal tak sabar nak pasang kennel nih..

percubaan pertama
Masa hubby balik pun, dok kerah tenaga dia untuk sesama memasang kennel ni walaupun base nya belum siap lagi..Masa ni Pak Anjang datang rumah..tetiba dia bagi idea soh buat bumbung pulak..ermmmm..


lokasi yang telah dikenal pasti
Pak Anjang terus tepon Abang Im pasal nak bincang pasal projek kennel nih..Abang Im terus ambik tape dan ukur kiri kanan atas bawah..nasib baik ada sepupu yang pandai serba serbi nih...bolehlah mintak tolong..

Abang Im dan supervisa

Dalam tempoh seminggu, siaplah tiang yang dah dikimpal..tengoklah Kimi..bukan main lagi dok meninjau kawasan..dia takut kalau kalau Abang Im salah ukur tiang kut...



Rangka yang siap dikimpal

Budak yang menyibuk

Dah tegak berdiri

Proses memasang tiang dan atap telah mengambil masa 2 hari untuk disiapkan..tak sabar jer rasa dihati..

Next projek, nak buat lantai pulak...tunggu...

Tuesday, March 26, 2013

BUNGA TISU UNTUK MAJLIS 23/3/2013

Alhamdulillah..rezeki furkids dan jugak rezeki kami..setiap bulan ada saja tempahan bunga tisu yang kami terima..

Just nak share bunga tisu yang kami buat untuk majlis perkahwinan pada tanggal 23/3/2013 yang lalu.

Warna tema adalah peach dan purple.









Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan boleh email ke therednekocreations@gmail.com atau sms/call 019-5209252.

Sila nyatakan pilihan warna, tarikh, kuantiti dan juga lokasi. 



Monday, March 25, 2013

IN THE MAKING OF ... PART 1

Dah lama teringin nak tengok furkids ada tempat privacy sendiri..bila dah ada kat kampung ni, ambik kesempatan lah untuk menunaikan hasrat yang dah lama terpendam..duit pun ada sikit kat tangan..

Sebelum Chinese New Year, kami sempat booked dog kennel yang berukuran 10 ft X 10 ft X 6 ft..



Rupa kennel dalam kotak

Actually, kennel nih agak pricey jugak..beli kat supplier kat Penang..ambik masa sebulan jugak untuk sampai ke Jitra...Bila dah sampai tuh hati tetiba rasa berbunga bunga..Ciwi lah tu..

Jeng jeng..tak sesabor bukak box

Jeng jeng jeng..dek kerana hati berbunga bunga teruk jer koyakkan box sambil di temani oleh Chito Minami.

Instruction book untuk pasang bumbung

Dalam box jugak dah ada 2 buku instruction untuk pasang kennel dan jugak bumbung kennel..

Hehehe..banyak jugak besi besi yang perlu di cantum

Berat keseluruhan kenel +- 74kg...berat jugak lah..tengok design pun macam menarik..agak luas jugak..hopely muat untuk kami memuatkan 12 ekor anak anak berbulu..

Instruction book untuk pasang kennel

Oleh kerana kami merancang nak buat base yang tinggi, so kami pegi belilah pasir 2 ela dan jugak 3 kampit simen..rasa dihati jugak nak letak tiles pasal kesian kat Adik..Adik kan capek..Dia kan jalan seret kaki..kang kalo letak simen jer, nanti berdarah pulak kaki adik manja tuh..Sebenarnya seronok jugak pengalaman beli barang barang kat hardware nih.. Pasir satu ela kos dia RM50..Simen satu beg kos dia RM16..

Tak sabar sabar nak siapkan cepat cepat kennel bebudak nih...tapi dalam proses nak siap tuh banyak pulak dramanya...huhuhu..

Tuesday, March 19, 2013

ABANG DOGGY


Dulu dulu masa kami duduk kat apartment Merpati Pandan Indah, kami selalu bagi makan kat sekor doggy nih..Jiran jiran cakap, dia nih ada tuan. Tapi keadaan dia memang tak terjaga, Sebab kami selalu bagi makan kat strays kat bawah, dia pun datang mengendeng jugak nak mintak makan..



Abang Hensem

Kami ambik masa setahun jugak lah untuk memberanikan diri untuk dekat dengan doggy nih..Biasalah..Kami dilahirkan dalam keluarga melayu yang sangat skeptikal tentang anjing nih..Perasaan takut dan ngeri tuh hilang secara perlahan lahan..

Seleranya makan


Setiap pagi, sebelum pi opis hubby akan bagi dia makan. BIla petang pun akan bagi dia makan jugak..Lama kelamaan dia pun dah kenal kami..Dengar bunyi kereta atau motor pun dia dah belari datang kat kita..Bila datang tuh siap goyang goyang ekor...Gumbira lah tuh, tuan tak rasmi dia balik. Yang peliknya, dia macam  tau jer kita tak boleh pegang dia. Dia akan amik jarak bila dia tunggu kami bagi dia makan..Kadang kadang sambil makan, sambil buat muka sayu tengok kat kami..Kami pun dah mula belikan dia dog food. Sampai tiap kali beli dog food, orang pun jadik  hairan.

Setelah lebih setahun kami berkenalan, tiba tiba abang doggy jarang jarang tunggu untuk makan kat bawah. Kami pun rasa hairan..Adakah kerana cuaca..Sihat kah dia??? sakit kah dia??? Hati jadik tak keruan..Puas jugak lah ronda naik motor cari dia.

Bila kami jumpa dia, keaadaan dia memang teruk. Kurus kering sampai nampak tulang..Kesian tengok..makan pun tak selera..Perasan jugak testikal dia membengkak dan ada darah keluar..Kesiannya..Selalu jer doakan dia agar cepat sembuh..

Bila kami berpindah ke utara, hati masih teringat akan abang doggy...dah makan ker?..sakit lagi ker?? Inikah yang dinamakan rindu???? Rindu kepada makhluk ciptaan Allah yang sungguh istimewa ini...kalaulah boleh dibawa bersama..


Monday, March 18, 2013

TEMPAHAN BUNGA TISU

Mama sekarang dah jadi penjaga kucing sepenuh masa. Oleh itu dah ada lah sikit masa terluang. Sekarang nih untuk mencari sedikit rezeki furkids, mama ambik tempahan untuk buat bunga tisu.

Contoh contoh bunga tisu adalah seperti berikut:-


Tempahan untuk majlis 16/2/2013


Tempahan untuk majlis 16/2/2013


Tempahan untuk majlis 16/2/2013

Tempahan untuk majlis 23/3/2013
Tempahan ini telah dibuat oleh seorang customer dari Perak. Warna adalah pilihan  customer sendiri. Alhamdulillah...customer sangat suka dengan hasil tangan mama.

Tempahan untuk majlis 3/3/2013

Ini adalah tempahan yang dibuat oleh jiran sebelah rumah.

Bunga tisu yang gebu


Pelbagai warna pilihan customer




Trial


Tempahan untuk majlis 23/3/2013


Tempahan orang Perak
Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hantar email ke therednekocreations@gmail.com.

Jangan segan silu untuk membuat sebarang pertanyaan.




Friday, March 15, 2013

KEHILANGAN LAGI

Pada pukul 10 malam tanggal 14/3/2013, Cik Teh akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir..kejadian berlaku kat bilik mak & ayah..

Sedihnya hanya Allah yang tahu...kesedihan yang tidak dapat diungkap dengan kata.

Cerita pasal Cik Teh, bolehlah click kat sini , sini dan sini.

Bila Cik Teh tiada, ini bermaksud sudah tiadalah kedua dua kucing kesayangan arwah ayah. Kedua dua mereka telah pergi selama lamanya bersama tuan mereka.

Selepas Cik Teh kena racun bulan 1 arituh, memanglah keadaan dia tak berapa sihat. Dah bawa jumpa vet. Vet cakap Cik Teh mengalami masalah hati yang menyebabkan perut dia kembung. Dia juga mengalami kesukaran bernafas..Kami sudah cuba sedaya upaya membantu Cik Teh.

Masih teringat dalam ingatan, 

Dulu, masa rawah ayah sihat, setiap kali pegi pasar pagi atau pasar malam mesti ayah tak lupa beli ikan untuk  Cik Teh.

Dulu masa mak masih sihat, mak lah yang rebuskan ikan untuk Cik Teh.

Cik Teh jugak yang suka kacau mak bila mak siang ikan kat luar.

Dulu, arwah ayah selalu panggil CIk Teh balik makan kat rumah.

Dulu, arwah ayah akan bawa Cik Teh masuk dalam bilik bila dia nak masuk tidur. Siap dikepit kat ketiak lagi, sebab tak bagi Cik Teh lari.

Dulu, bila nak masuk subuh, Cik Teh yang akan kejut mak ayah bangun sebab dia nak pergi membuang kat luar rumah.

Bila mak mula sakit, Cik Teh lah jadi peneman mak tido. Tido siap mengimpit dekat mak lagi. Sampai mak terpaksa tido mengerekot.

Dulu, Cici lah yang suka sakat Cik Teh sampai dia terjerit jerit.

Tak sangka Cik Teh dah tiada Seisi keluarga menanggung kesedihannya.

Airmata yang menitik takkan mampu mengebalikan Cik Teh kepada kami..
Kesedihan dalam hati buat kami makin rindu pada arwah ayah yang baru sebulan pergi.
..
Ya Allah, berilah kami kekuatan...Berilah kami rasa keinsafan..

Cik Teh pergi tiada kembali...damailah kamu di sana sayang...sesungguhnya kita hanya mampu berdoa dan beruasaha, tapi Allah sudah menetapkan perjalanan hidup kamu..

Thursday, March 14, 2013

KAMI TELAH BERPINDAH



Just nak bagitau kat semua yang semua budak budak berbulu yang sedozen tuh dah berpindah negeri..mereka dah berpindah ke negeri kelahiran mama..Jauh perjalanan tuh dari Kuala Lumpur ke Jitra, Kedah..namun alhamdulillah..segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang..

Sekarang ni tengah sibuk mintak tolong Abang Im buatkan kennel diorang..tak sabar rasanya nak tunggu kennel diorang nih siap..

Sekarang juga, bebudak nih dah jadik indoor + outdoor cats..so, segala ubat ubatan akan dipastikan mencukupi untuk keperluan dimasa kecemasan..

Bebudak sungguh seronok ada tempat bermain yang luas..yang paling best kat sini veterinar charges sangat lah murah...

Harap bebudak ok bila berpindah ke rumah baru..terima kasih Tok Pah sebab izinkan bebudak menumpang tinggal kat rumah pusaka...


Wednesday, March 13, 2013

CIK MIMI


Secara tiba tiba Kang Long mintak tolong carikan sekor kitten untuk dijaga..dalam hati dok berkata kata "betulkah ni?" (sambil garu garu kepala. Mulalah operasi mencari anak kucing mengikut spesifikasi yang diminta. 

Akhirnya berjaya ketemu. Kak Long sebenarnya nak anak kucing jantan.Tapi yang kami jumpa betina.

Hari pertama bawa balik Jitra

Memula Kak Long nak bagi nama Kassim..tapi disebabkan budak nih betina, diberilah nama Mimi..kengkononnya nak buat kawan Cici..Hari pertama bawak rumah lagi dah buat gaya tak malu..tido terkangkang kangkang atas katil..


Close Up

Budak nih tak takut langsung kat orang..sangat ramah mesra..memang mudah kena kidnap..perangai sama jer macam Kimi..gaya tido macam Bob, tido mata katup habis..

Buat muka comei

Masa mula mula Cici tak berapa gemar ngan budak yang hyper aktif nih..maklumlah..selama ni Cici yang jadi tukang buli..tapi sekarang, dia yang kena buli dengan budak tenit nih..ohh..lupa pulak nak habaq..masa kami amik dia ni umur tak sampai lagi 2 bulan..tapi badan boleh tahan besar..

Disebabkan tuan dia agak berada kalo nak compare dengan kami, Mimi nih dibagi makan RC persian 30..Bagi RC kitten, langsung tak dijamahnya..Bapak dia memang persian & mak dia tortoiseshell..dapat ler kaler tampuk tampuk macam ni..paw dia macam kaler beruang..hehehe..

Budak perasan comei

Buat masa ni, Mimi dok ngan Kak Long kat kampung, sementara Kak Long jaga mak..nanti 1/4/2013 Mimi akan dibawa pulang untuk tinggal ngan Kak Long kat Pandan Utama..macammanalah gamaknya budak nih nanti.. all this while dah biasa dok bebas kat kampung, tetiba kena dok kat dalam apartment..gud luck Mimi..nanti Mimi jadi housemate Kak Long tau..jangan lupa bayar sewa rumah & bayar utilities bill...jangan asyik makan tido jer..




Tuesday, March 12, 2013

Setahun Berlalu

Membesar Bagai Johan

Masih kenal budak ini????...ini lah budak Kimi yang semakin besar dan besar...nampak gayanya boleh membesar lagi...kikiki..nak membesar macam giant gamaknya..

Mama...saya lapar...huk huk huk


Ketika berumur beberapa minggu..baru sahaja dibawa pulang....lain sangat kan..macam tak percaya dulu kenit jer budak bertuah ni..



Kena buli dengan mama

Wajah kanak kanak yang kiut miut....geram betul tengok gambar budak nih masa zaman kanak kanak beliau..tak puas rasanya nak jaga budak nih..budah yang tak banyak kerenah dan senang untuk dijaga..



Budak meningkat remaja

Setiap hari kami menghitung tumbesaran Kimi..bersyukur sangat sebab dia telah memilih kami sebagai tuannya..bila lama tidak bertemu, hati jadi rindu pada budak nih..


Kaki makan


Kalau nak tau, Kimi nih boleh makan 30 kali sehari..tak cerewet makan langsung..puas dah dok sekat..bila kita dok halang dia makan..dia buat suara merajuk yang manja & kiut...hati mana yang boeh tahan..makan lah Kimi..makan puas puas...nanti dah habis blackwood tuh, mama & baba pi beli yang lain..

Sungguh tak sangka..dah besar dah budak ni..



Gaya budak kiut cuci muka..

Rasa terlalu cepat masa berlalu..cepatnya dia membesar..namun, Kimi nih besar hanya pada tubuh badan..perangai masih seperti kanak kanak yang lain..masih suka main...masih suka manja...masih suka tido berkepit..masih suka dipeluk bila tido..masih buat suara manja bila tak puas ati..segalanya masih pada Kimi..Baba & mama sayang Kimi sangat sangat..jangan gaduh gaduh dengan abang abang yer sayang..suka peluk Kimi ketat ketat..

Ya Allah, syukur di atas segala nikmat dan rezeki Mu..terima kasih kerana menganugerahkan kami rasa kasih sayang ini.. amin

Monday, March 11, 2013

Sayang...Kau Pergi Jua

Ini bukan cerita baru..tapi sekadar nak share dengan kengkawan...Maybe ada orang yang pernah baca entry pasal Cici..Ye Cici kucing yang kami kasik pada adik untuk jaga..bila adik dah keje, Cici dok kat kampung dengan mak & ayah..

Cici yang amat disayangi keluarga...Dia pergi jua menghadap penciptanya pada tarikh 13/2/2013..genap 5 hari kami kehilangan ayahanda tercinta...seminggu sebelum Cici pergi, selama seminggu itu jugak dia tak jemu jemu temankan ayah kat dalam bilik...

Mungkin permergian Cici kerana kerinduan pada arwah ayah...arwah yang suka bermain dan sayang pada Cici...damailah kamu di sana Cici...kami sekeluarga amat terasa kehilangan 2 ahli keluarga yang disayangi...Alfatihah buat arwah ayah dan Cici...Semoga kalian di tempatkan di janah...Amin ya rabbal alamin..

Gambar gambar kenangan Cici buat tatapan sesiapa yang tak sempat berkenalan dengan Cici kami..

ketika masih kitten


nak mintak bawa jenjalan

merajuk...



tido


marah


buat muka comei


muka serius


bermain


berehat...pic terakhir yang sempat capture

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...