Pada pukul 10 malam tanggal 14/3/2013, Cik Teh akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir..kejadian berlaku kat bilik mak & ayah..
Sedihnya hanya Allah yang tahu...kesedihan yang tidak dapat diungkap dengan kata.
Cerita pasal Cik Teh, bolehlah click kat sini , sini dan sini.
Bila Cik Teh tiada, ini bermaksud sudah tiadalah kedua dua kucing kesayangan arwah ayah. Kedua dua mereka telah pergi selama lamanya bersama tuan mereka.
Selepas Cik Teh kena racun bulan 1 arituh, memanglah keadaan dia tak berapa sihat. Dah bawa jumpa vet. Vet cakap Cik Teh mengalami masalah hati yang menyebabkan perut dia kembung. Dia juga mengalami kesukaran bernafas..Kami sudah cuba sedaya upaya membantu Cik Teh.
Masih teringat dalam ingatan,
Dulu, masa rawah ayah sihat, setiap kali pegi pasar pagi atau pasar malam mesti ayah tak lupa beli ikan untuk Cik Teh.
Dulu masa mak masih sihat, mak lah yang rebuskan ikan untuk Cik Teh.
Cik Teh jugak yang suka kacau mak bila mak siang ikan kat luar.
Dulu, arwah ayah selalu panggil CIk Teh balik makan kat rumah.
Dulu, arwah ayah akan bawa Cik Teh masuk dalam bilik bila dia nak masuk tidur. Siap dikepit kat ketiak lagi, sebab tak bagi Cik Teh lari.
Dulu, bila nak masuk subuh, Cik Teh yang akan kejut mak ayah bangun sebab dia nak pergi membuang kat luar rumah.
Bila mak mula sakit, Cik Teh lah jadi peneman mak tido. Tido siap mengimpit dekat mak lagi. Sampai mak terpaksa tido mengerekot.
Dulu, Cici lah yang suka sakat Cik Teh sampai dia terjerit jerit.
Tak sangka Cik Teh dah tiada Seisi keluarga menanggung kesedihannya.
Airmata yang menitik takkan mampu mengebalikan Cik Teh kepada kami..
Kesedihan dalam hati buat kami makin rindu pada arwah ayah yang baru sebulan pergi.
..
Ya Allah, berilah kami kekuatan...Berilah kami rasa keinsafan..
Cik Teh pergi tiada kembali...damailah kamu di sana sayang...sesungguhnya kita hanya mampu berdoa dan beruasaha, tapi Allah sudah menetapkan perjalanan hidup kamu..
No comments:
Post a Comment