Wednesday, November 13, 2013

JEJAKA YANG BERNAMA LILY

Kucen adik ipar. Pos ke kg sebab nk sunatkan beliau. Masa kecik tuan dia bengong, ingatkan dia ni gegirl so terbagi nama Lily. Time kt vet xpasai2 aku kna berleteiq ngn vet sbb celiru katanya. Depa suruh tukaq nama yg lebih jantan..Wakaka!! Kesian Lily!!

















Friday, August 23, 2013

RUMAH BARU BUDAK-BUDAK

Lamanya tak update blog ni..huhu..yg sebenonye amatlah busy sebusy2nya (kalah menteri plak kan). Huhuhu..di samping bisnes bunga tisu yg makin rancak, ank bulu yg semakin berbulu dan tugas jga mak , kami juga diberikan rezki lebih utk renovate rumah bdk2 bulu. Sebab musabab renovate adalah kerana tetiap kali hujan aku dh xlarat nk berlari pegi tarik bidai n kanvas sbb taknak dorang basah. Yang rumah before this tak berdinding, so faham2 sj lah. Tempias sana sini.. So, sila enjoy pictures rumah mereka ye..Oh ye, kali ni guna khidmat Pak Abu untuk ikat bata n pasang jaring. Kos upah 300. Dinding tu aku cat sndr ye..Sila kagum ye..hua3

Monday, April 22, 2013

HOBI CIK MIMI

Setelah beliau dibawa pulang ke KL..terasa rindu pulak pada beliau..teringat bila masa beliau ada kat kampung, nakalnya bukan main..hobinya pun bukan main hebat..

Comel kan Mimi?



panjat...panjat..panjat..


Ini lah salah satu hobi Mimi...memanjat pokok rambutan..bersungguh sungguh dia emanjat..keriau bila kita dok suruh turun..


Bukan main lagi aksi budak Mimi ni...geram nengok..


Dok dalam bakul pulak



Disamping memanjat pokok, hobi budak Mimi ni ialah mengacau anak ayam sampai dipatuk ibu ayam..Mengacau orang menyiram pokok dan jugak main kejar kejar dengan biawak..hehehe

Wednesday, April 10, 2013

MAT BUNGA

Semenjak Yuki dah di bawa pergi ke KL, Bob dah takder kawan untuk dikejar..kira kira macam Bob dah takder aktiviti nak mengejar kucing lain lah...

Pantang bila tengok Mama dia dok pulas bunga. Dia pun datang menyibuk..Menyibuk sambil nak ditokaknya bunga tuh..

Geram sangat kut dengan bunga bunga yang mama buat..

Model yang bermuka serius..

Di bawah pohon pahar


Ni kaler baru..saper yang nak tempah boleh tempah yer..


Sekarang Mama tengah menyiapkan tempahan untuk majlis bulan 5 dan juga bulan 6 dengan bertemankan model bernama abang Bob..peneman Mama yang setia...tapi kalo modelnya muka sangat serius, macammana nak laku bunga Mama???

Wednesday, April 3, 2013

BUDAK BUDAK KL

Budak budak yang Kak Long dah export pi KL

Mimi yang berbau seperti ayam kampung


Yuki yang penakut


Selamat maju jaya sayang sayang...

Monday, April 1, 2013

THE MAKING OF FURKID'S PARADISE

Setelah menghadapi berbagai halangan, dugaan dan sama waktu dengannya...akhirnya tempat tinggal budak budak telah selamat siap untuk diduduki..ramai yang bagi pandangan dan pendapat..ramai jugak yang membantu..


Tenaga import dari Pulau Kerengga

Sebab kesian kat Adik, kami letak tiles as based..Tiles ni adalah tiles reject yang dijual di kedai..ukuran dia 12 inc X 12 inc dibeli pada harga RM2.70 sekeping..


Gigih dan sabar jer abang ni bekerja
Disebabkan Abang Im tak pandai nak pasangkan tiles, dia telah mendapatkan tenaga kerja import..Dulu ingatkan, kerja pasang tiles nih mudah..rupa rupanya..agak sukarlah juga..untuk keluasan 12 ft X 12 ft ambik masa 2 hari jugak nak buat base sahaja..




Bob dah terlena di atas tiles baru


Tukang test..Bob & Chito



Adik pun nak test jugak..
Bila tiles dah siap dipasang, senga kami letak Bob, Chito dan Adik..Nampaknya mereka amat gembira sekali..selesalah tu..Bob dok golek golek kiri kanan siap tutup tutup mata...nak terlena lah tuh..orang suruh test duduk, bukan soh test tido..


Rangka kennel yang siap dipasang

Inilah rupa kennel tuh...siap Abot secara volunteer jadik model dari pandangan belakang..


Test letak reramai

Bila fence dah siap pasang, testlah letak bebudak budak...macam happy jer..yelah selama nih dok terkurung kat dalam apartment..kini dah luas pemandangan..alhamdulillah, diorang takder lah pulak nak memanjat sini sana..

Letak cage untuk tempat mereka melepak
Disebabkan, kennel ni takder dinding, kami letak dulu kanvas..insyallah lepas nih nak pasang roller blind plak..huhuhu..over sungguh tuan furkids nih..

Tadaa...

Kipas syiling juga telah berjaya dipasang..semoga furkids berasa selesa tinggal di kampung..

Di atas permintaan, maka di sini kami letakkan anggaran kos semasa untuk membina kennel yang ala kadar ini..

Atap dan tiang   = RM1,000
Dog kennel       = RM800
Tiles                 = RM300
Pasir dan simen = RM214
Kipas                = RM200

Semua kos diatas adalah termasuk pemasangan, pembelian bahan mentah dan juga wiring..

Hope ada bajet untuk buat roller blind pulak...

Wednesday, March 27, 2013

THE MAKING OF....PART 2

Bila kennel dah sampai, hati pun mula rasa tak tenang..tangan pun mula lah gatal...gatal tak sabar nak pasang kennel nih..

percubaan pertama
Masa hubby balik pun, dok kerah tenaga dia untuk sesama memasang kennel ni walaupun base nya belum siap lagi..Masa ni Pak Anjang datang rumah..tetiba dia bagi idea soh buat bumbung pulak..ermmmm..


lokasi yang telah dikenal pasti
Pak Anjang terus tepon Abang Im pasal nak bincang pasal projek kennel nih..Abang Im terus ambik tape dan ukur kiri kanan atas bawah..nasib baik ada sepupu yang pandai serba serbi nih...bolehlah mintak tolong..

Abang Im dan supervisa

Dalam tempoh seminggu, siaplah tiang yang dah dikimpal..tengoklah Kimi..bukan main lagi dok meninjau kawasan..dia takut kalau kalau Abang Im salah ukur tiang kut...



Rangka yang siap dikimpal

Budak yang menyibuk

Dah tegak berdiri

Proses memasang tiang dan atap telah mengambil masa 2 hari untuk disiapkan..tak sabar jer rasa dihati..

Next projek, nak buat lantai pulak...tunggu...

Tuesday, March 26, 2013

BUNGA TISU UNTUK MAJLIS 23/3/2013

Alhamdulillah..rezeki furkids dan jugak rezeki kami..setiap bulan ada saja tempahan bunga tisu yang kami terima..

Just nak share bunga tisu yang kami buat untuk majlis perkahwinan pada tanggal 23/3/2013 yang lalu.

Warna tema adalah peach dan purple.









Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan boleh email ke therednekocreations@gmail.com atau sms/call 019-5209252.

Sila nyatakan pilihan warna, tarikh, kuantiti dan juga lokasi. 



Monday, March 25, 2013

IN THE MAKING OF ... PART 1

Dah lama teringin nak tengok furkids ada tempat privacy sendiri..bila dah ada kat kampung ni, ambik kesempatan lah untuk menunaikan hasrat yang dah lama terpendam..duit pun ada sikit kat tangan..

Sebelum Chinese New Year, kami sempat booked dog kennel yang berukuran 10 ft X 10 ft X 6 ft..



Rupa kennel dalam kotak

Actually, kennel nih agak pricey jugak..beli kat supplier kat Penang..ambik masa sebulan jugak untuk sampai ke Jitra...Bila dah sampai tuh hati tetiba rasa berbunga bunga..Ciwi lah tu..

Jeng jeng..tak sesabor bukak box

Jeng jeng jeng..dek kerana hati berbunga bunga teruk jer koyakkan box sambil di temani oleh Chito Minami.

Instruction book untuk pasang bumbung

Dalam box jugak dah ada 2 buku instruction untuk pasang kennel dan jugak bumbung kennel..

Hehehe..banyak jugak besi besi yang perlu di cantum

Berat keseluruhan kenel +- 74kg...berat jugak lah..tengok design pun macam menarik..agak luas jugak..hopely muat untuk kami memuatkan 12 ekor anak anak berbulu..

Instruction book untuk pasang kennel

Oleh kerana kami merancang nak buat base yang tinggi, so kami pegi belilah pasir 2 ela dan jugak 3 kampit simen..rasa dihati jugak nak letak tiles pasal kesian kat Adik..Adik kan capek..Dia kan jalan seret kaki..kang kalo letak simen jer, nanti berdarah pulak kaki adik manja tuh..Sebenarnya seronok jugak pengalaman beli barang barang kat hardware nih.. Pasir satu ela kos dia RM50..Simen satu beg kos dia RM16..

Tak sabar sabar nak siapkan cepat cepat kennel bebudak nih...tapi dalam proses nak siap tuh banyak pulak dramanya...huhuhu..

Tuesday, March 19, 2013

ABANG DOGGY


Dulu dulu masa kami duduk kat apartment Merpati Pandan Indah, kami selalu bagi makan kat sekor doggy nih..Jiran jiran cakap, dia nih ada tuan. Tapi keadaan dia memang tak terjaga, Sebab kami selalu bagi makan kat strays kat bawah, dia pun datang mengendeng jugak nak mintak makan..



Abang Hensem

Kami ambik masa setahun jugak lah untuk memberanikan diri untuk dekat dengan doggy nih..Biasalah..Kami dilahirkan dalam keluarga melayu yang sangat skeptikal tentang anjing nih..Perasaan takut dan ngeri tuh hilang secara perlahan lahan..

Seleranya makan


Setiap pagi, sebelum pi opis hubby akan bagi dia makan. BIla petang pun akan bagi dia makan jugak..Lama kelamaan dia pun dah kenal kami..Dengar bunyi kereta atau motor pun dia dah belari datang kat kita..Bila datang tuh siap goyang goyang ekor...Gumbira lah tuh, tuan tak rasmi dia balik. Yang peliknya, dia macam  tau jer kita tak boleh pegang dia. Dia akan amik jarak bila dia tunggu kami bagi dia makan..Kadang kadang sambil makan, sambil buat muka sayu tengok kat kami..Kami pun dah mula belikan dia dog food. Sampai tiap kali beli dog food, orang pun jadik  hairan.

Setelah lebih setahun kami berkenalan, tiba tiba abang doggy jarang jarang tunggu untuk makan kat bawah. Kami pun rasa hairan..Adakah kerana cuaca..Sihat kah dia??? sakit kah dia??? Hati jadik tak keruan..Puas jugak lah ronda naik motor cari dia.

Bila kami jumpa dia, keaadaan dia memang teruk. Kurus kering sampai nampak tulang..Kesian tengok..makan pun tak selera..Perasan jugak testikal dia membengkak dan ada darah keluar..Kesiannya..Selalu jer doakan dia agar cepat sembuh..

Bila kami berpindah ke utara, hati masih teringat akan abang doggy...dah makan ker?..sakit lagi ker?? Inikah yang dinamakan rindu???? Rindu kepada makhluk ciptaan Allah yang sungguh istimewa ini...kalaulah boleh dibawa bersama..


Monday, March 18, 2013

TEMPAHAN BUNGA TISU

Mama sekarang dah jadi penjaga kucing sepenuh masa. Oleh itu dah ada lah sikit masa terluang. Sekarang nih untuk mencari sedikit rezeki furkids, mama ambik tempahan untuk buat bunga tisu.

Contoh contoh bunga tisu adalah seperti berikut:-


Tempahan untuk majlis 16/2/2013


Tempahan untuk majlis 16/2/2013


Tempahan untuk majlis 16/2/2013

Tempahan untuk majlis 23/3/2013
Tempahan ini telah dibuat oleh seorang customer dari Perak. Warna adalah pilihan  customer sendiri. Alhamdulillah...customer sangat suka dengan hasil tangan mama.

Tempahan untuk majlis 3/3/2013

Ini adalah tempahan yang dibuat oleh jiran sebelah rumah.

Bunga tisu yang gebu


Pelbagai warna pilihan customer




Trial


Tempahan untuk majlis 23/3/2013


Tempahan orang Perak
Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hantar email ke therednekocreations@gmail.com.

Jangan segan silu untuk membuat sebarang pertanyaan.




Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...