Saturday, March 12, 2011

Kembali ceria

Bila bangun pagi tadi, insan pertama yang dijenguk adalah Darling sayang..Masih tak bermaya..Cepat-cepat rebuskan ayam dan suap dia makan..Kalau ikutkan dia memang dia tak mau makan..Tapi kena paksa juga dia makan dan minum air..Untuk pastikan dia punya tenaga..Nasib baik papanya ada kat rumah hari ni..taklah risau sangat nak tinggalkan dia..

Muka masa pagi tadi..Nak lap badan pun dia tak bagi

Masa kat opis, hubby call cakap Darling dah mula menggeliat sendiri dan mengeow dan jilat bulu sendiri..Pas balik keje, tengok papanya tengah dok bagi dia makan ubat..habis muka dia..dia masih menolak untuk makan..kesian tengok dia..Tapi at least dia dah boleh buat banyak movement..

Petang tadi kami ada jemputan makan petang kat rumah kak long..sempat pesan kat Darling..Papa dan mama pegi jap yer..Balik kang Darling makan...Harap-harap dia takder apa-apa

Balik rumah kul 8.30 tadi terdengar Darling mengeow...lapar kut..Ohhh...Darling dah boleh bangun..Dah mintak keluar dari cage..bagi makan Qiut pasal ayam rebus dah habis...Ermmm...dah boleh makan sendiri..Bagi makan ubat pun dia dah tak menolak...Dah boleh minum sendiri...Alhamdulillah...mungkin selera makan jer yang belum pulih...Dah merayau satu rumah walaupun dengan langkah yang perlahan..

Pic malam..dah boleh merayau-rayau

Furkids yang lain pun nampak sudah makin ceria..makan pun berselera...Ohhhh gembira pasal Darling dah makin sihat yer...Bagusnya furkids semua...

Inilah papa dan mama Darling.

Terima kasih yer kepada kawan-kawat di KTAJ, blogger dan juga Dr Nurul atas segala nasihat dan tunjuk ajar..segala doa yang tak putus-putus untuk simanja saya..Jasa baik kalian takkan mampu dibalas sampai bila-bila

Hari ni hari jadi ke 4 bulan gegerl dan boboy.. Tuan baru dia bagi nama Tengku Jill dan Tengku Jack kat diorang
Dah besar dan makin comel budak berdua nih



Tak sabar pulak rasanya nak dengar berita pasal Flubby the hot mommy...

P/S- teruskan usaha anda untuk membantu haiwan yang memerlukan bantuan kita,

Salam sayang dari furkids

Friday, March 11, 2011

11/3/2011 Hari ke 4 Darling sakit

Bila buka mata jer pagi tadi, terus teringat Darling..Panggil dia...Dia menyahut lesu..Semalam dia tido dalam bilik..Tak sampai hati nak biar dia tido kat luar..Princess pun temankan dia..

Sudah 4 hari Darling sakit..Sudah 4 hari juga kami bersedih..Kesian Darling...Jangan kan minum...Makan pun dia tak mahu..Muka yang bulat menjadi cengkung..Tak sampai hati jugak nak snap pic dia..

Semalam, bagi dia minum air Zam Zam sikit guna picagari..Mana tau kut mineral air tuh dapat membantu dia sembuh. Semalam jugak lap badan dia...Ohhhh..badan yang berisi sudah mula terasa tulangnya

Ohhh...sungguh kasihan Darling saya...yang selama ini menjadi bahan jenaka kerana dia memang suka makan masa sihatnya..pantang nampak ada orang pergi ke dapur...Mesti dia akan minta makan..Bermain bukan kegemarannya..Kalau nak soh dia main, penat sebab kena paksa dia melompat..

Pagi tadi rebus ayam untuk Darling...Paksa jugak dia makan walau sedikit... Mana boleh perut tuh dibiarkan kosong sayang.

Usianya amat muda...baru jer 4 bulan..kenapa boleh sakit pula..Furkids yang lain pun tak selera makan nampaknya..Mungkin semua pun sedang berduka..Dek kerana salah seorang ahli keluarga sedang merana..

Bila pegang dia, tak tergamak nak bertentang mata...terasa kesakitan yang dialaminya..

Semalam dia merengek dalam cage..Lekas-lekas dia diangkat dan diletak atas riba..Bila dipeluk dia pejam mata..

Esok kalau tak sembuh juga, nak bawa dia jumpa DR Teoh untuk second opinion..harap-harap ada perkhabaran gembira..

Rindu mendengar suaranya merengek minta makan...rindu mendengar dia mengeow dengan suaranya yang serak basah itu..

Cepatlah sembuh sayang...mama, papa, abang dan kakak-kakak semua rindu nak main dengan Darling..Semua rindu nak usik Darling...

Darling nih kesayangan kami semua...Doakan Darling kesayangan saya cepat sembuh yer...Kesian kat dia..tak tertahan jiwa melihat dia menderita kesakitan

Thursday, March 10, 2011

Update Cite Mama Meow

Alhamdulillah, lebih kurang pukul 10.30 pg td, mama meow dh selamat di serahkan ke tgn Cik Lola. Memula ingat dlm tengahari bru nk jlnkan operasi, tp sbb dh nmpak mama meow tuh kt bwh (mcm serah diri plak kt aku). terus call Cik Lola n masukkan die dlm carrier. Nasib bos xde kt opis (sori bos, menular jap demi menjayakan 1 misi). Masa nak amik dia tuh kebetulan ada seorang pakcik tgh lalu-lalang. Pakcik nih aku rasa slalu gak bg makan kucing2 strays kt sini. Pak cik tuh ckp " Kesian dkt dia, dh lama benor dia bwk perut tu"..

Aku ingat aku sorang je yg perasan keadaan mama meow nih T_T..."Nak di bawa ke mana tuh??" tnya pakcik tu bila dia nmpak aku masukkan kucing dlm carrier. Aku pn ckp la aku nk tlg dia, kesian tgk. Baby dh mati rsanya dlm perut.

Masa mula-mula dikidnap

Macam suka jer dapat dok dalam carrier


Dh selesai semuanya, dgn sepantas kilat aku angkat carrier n seberang jln besar sbb dh janji ngn Cik Lola tgu kt dpn Mcd. (hampir2 nk tersalah org sbb ada seorang pempuan senyum n tegur aku msa tgu kt dpn tuh.. malunya..hehehe)

Pastu bru muncul Cik Lola yg sebenarnya.. Hehehe..Ooooo yg nih rupanya Cik Lola. Bru add FB dia smlm..hehehe..Alhamdulillah, mama meow pn xbnyak ragam, maybe sbb dh xlarat..Sembang lebih kurang pastu Cik Lola letak die dlm keta n pakaikan seatbelt. Sekarang, menurut sms dr Cik Lola dia dh smpai kt Bangi & tgh tunggu Mawar jap.. Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan kita semua. Thanks Cik Lola n Mawar. Tak lupa gak Cik Nerq & lain2 yg bnyak tlg...Doakan mama meow selamat & x akan apa2..
Moga selamat semuanya. Amin....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SMS dr Cik Lola Lebih Kurang 12.45 td

" So far kucing tu x kompem sakit apa..tp vet just suspect hernia"
"Vet ckp maybe ada babay @ xada sbb perut die besar sebelah jek n dh kluar dr kulit..tuh jd  sblh jek besar..vet xberani buat apa2..kena x-ray dlu..kalau xada apa2, sok die xray..kalu x kena tunggu sabtu..so far die kata kucing tu xada apa. die active"

Alhamdulillah..xsabar nk tunggu perkembangan esok.
 
----------------------------------------------------------------------------------
Update lg saat2 mama meow di bawa ke clinic oleh Mawar & Cik Lola bole baca dekat sini.. ini blog Mawar ye.Ada picture mama meow tu kt sini.

Wednesday, March 9, 2011

Darling Ryan Sakit

Hari ini adalah hari yang agak panjang.. Semenjak semalam Darling Ryan tak sihat..Mula-mula ingatkan demam..Dia asyik muntah muntah..makan pulak takmo..minum pun tak berapa nak..sedihnya tengok keadaan dia..dah bagi dia minum 100 plus..tapi bila bangun tido dia still tak ok.

Kesian tengok muka budak yang sakit nih

Pagi tadi nak pergi keje pun tak sampai hati..hati gelisah..rasa nak cepat-cepat balik rumah tengok Darling..terasa macam anak sendiri yang sakit..aku cuba bawak bertenang..tapi..ya...hati ini tak tenteram..

Jam 5 petang sharp terus melompat nak balik rumah...terus capai helmet dan motor..merempit..tak peduli orang kiri kanan..kat ati nih hanya ada dia..My beloved Darling Ryan..aku sangat-sangat risau andai dia tidak mampu bertahan..

Sampai di rumah dia lah yang aku terjah dulu...tak sampai hati tengok dia...semalam pun dia dok merengek..
terus call hubby tanya dia kat mana..Alhamdulillah...Allah maha berkuasa..Hubby dah ada kat bawah apartment..berjalan kaki dari stesen lrt..dia pun risau gak..terus capai darling letak dalam carrier..

Aku merempit dengan agak laju..Aku dengar Darling bersuara..maybe pasal kena udara jalan raya kut..

Selamat sampai di Klinik Dr Yuan kat Pandan Indah dengan jayanyer..terus letak dia kat atas operation table..Doktor Yuan check condition dia...Doc cakap budak kecik nih tersalah makan..aku pandang hubby, hubby pandang aku...Apa yang budak nih makan? Dia ada main ngan lipas kut...ohhh tidak...kena buat operasi cari lipas pulak pas nih..

Baru letak atas meja kat Klinik Dr Yuan

Bersedia untuk kena inject

Dr bagi dia ubat untuk minum 3 kali sehari..Dia jugak kena injection 2 dose...kesiannya tengok..Kena charge RM40..Macam tau tau pulak dr nih dalam wallet aku ada RM40..melayang belanja makan minggu nih..Takper lah..yang penting si manja sihat walafiat...

Rindu nak tengok Darling bermanja dan bermain macam selalu..Jangan buat Papa dan Mama risau dan sedih yer sayang..

Bila sampai rumah, lain pulak ceritanya...terhidu bau busuk dari depan pintu...

Ya Allah, Bob terlepas keluar dari dalam cage pulak..Mangsanya??? Tentulah Adik dan Monyet...Bulu Adik bersepah sana sini...Monyet pulak kena kejar sampai terberak pasal takutkan Bob..

Hubby terus ambil Bob letak dalam cage...Dok usap kepala budak yang semakin nakal tuh..Tak kuasa dia nak marah...

Kesian kat Monyet...terus kena kurung dalam bilik air pasal nak kena mandikan dia..Kesian jugak kat hubby yang kena bersihkan rumah..kami masing-masing tak sempat nak rehat dari tadi...tak pasal-pasal arinih Monyet kena mandi.

Monyet kena keringkan badan sendiri dalam carrier

Pasal dah penat sangat, nampaknya kami hanya dinner ramen dengan kuih apam jer malam nih..pasal dah tak larat sangat..

Simple dinner

Sejak dari petang tadi, Darling nampak cam monyok jer...kesian dia...kena bawak dia tido dalam bilik malam nih pasal takut kena kacau ngan yang lain..

Malam nih jugak sibuk berFB pasal nak arrange pengangkutan untuk hantar mommy cat pegi vet esok. Terima ksih daun keladi kepada CikLola dan Mawar yang sudi jadi volunteer untuk hantar.

Perkembangan terbaru mommy akan diupdate dalam blog nih. Moga moga beliau selamat..

P/S - Doakan Darling Ryan cepat sembuh yer...dan mommy dapat menjalani pembedahan untuk masa depan yang lebih baik.

Salam sayang dari furkids

Tuesday, March 8, 2011

Mama Meow Need Help

Dok catwalk sana sini sambil carry dead baby dalam perut
 
Mama meow nih aku selalu jumpa kt opis aku..klu xsilap aku dh lama dia preknen tp smpai sekarang blum deliver..so, aku suspect baby dlm perut dia dh mati..dr minggu lepas plan nk kasik dia mkn tp tetiap kali tu jugak slalu x berkesempatan.. 

So, td msa aku turun bwh nk amik document kt Mr Bos, terserempak dia kt dpn SpeedMart. Apa lg aku terus naik atas semula amik Whiskas yg aku dh standby dlm beg.. Berselera sungguh dia makan..

Berseleranya makan






Tapi aku kesian kat dia, musti dia rasa sakit kan dok carry baby yang dah mati tu dalam perut..Ikotkan hati memang nak tolong tp sekarang aku xbole..Dulu bole lah angkut guna keta tapi sekarang pas keta aku kena curi, xkan nk angkut naik moto..Huhuhu..Adehhh..kesian n rsa serba salah pon ada gak.. Ada x ubat untuk kasik dia mkn, so that baby yg mati tuh ble keluar sndri?? Or kena hantar utk surgery?? Anyone can help me??

Monday, March 7, 2011

KEJAMNYA MANUSIA YANG BERHATI BINATANG

Minggu lepas kita telah dikejutkan dengan video kekejaman terhadap anak kucing yang berlaku di Serdang. Apakah dosa haiwan kecil ini? hingga diperlakukan sedemikian rupa..

Tak tergamak untuk attach video tuh di dalam blog furkids ini. Berita mengenai kekejaman yang dilakukan itu boleh dibaca disini..Hati amat tersentuh dan tersentap disaat membaca dan menonton kekejaman ini.Mengapa wujudnya manusia yang bersifat kebinatangan ini. Ini bukan ayat untuk provok mana-mana individu yang membaca luahan rasa ini. Tetapi cuma luahan hati kami di furkids diaries yang amat sensitif ini.

Begitu mudah luahan maaf diluahkan. Sila baca disini. Dapatkan anda sebagai pembaca budiman menerima luahan maaaf semudah ABC? Dikala kekejaman atau lebih tepat lagi pembunuhan dilakukan, terdapat riak puas dan gembira terbit dari muka siperlaku.Bagaimana perasaan si ibu kucing yang melihat anaknya dibunuh dengan kejam itu? 

Sayangnya, di Malaysia jika didapati besalah, siperlaku hanya akan didenda sebanyak RM200 atau penjara 6 bulan. Adilkah? 

Ohhhh...sangat sedih..sangat kasihan...bila saya membaca laporan di akhbar, terus saya memandang furkids yang sedang lena diulit intan. Saya belai..saya tepuk..saya cium kepala mereka..apalah yang makhluk Allah yang kecil ini tahu?..selain makan, minum dan bermain..

Bila menerima berita kejam ini..Saya tidak lena tidur..terasa kesakitan yang dialami oleh sikecil itu..terdengar jeritan seolah-olah meminta pertolongan dan ehsan agar diberi peluang untuk terus hidup di muka bumi ini..

Saya menyeru, sekiranya ada di antara pembaca yang melihat kekejaman terhadap binatang dilakukan didepan mata. Hubungi pihak berkuasa..Mungkin boleh juga menegah perbuatan sipelaku..

Sama-sama kita membantu untuk membanteras keganasan terhadap binatang. Jangan sakiti mereka..Jangan abaikan mereka..Berilah mereka peluang untuk sama-sama menikmati kehidupan di muka bumi Allah yang sungguh luas ini.

Adoptlah kucing-kucing atau anjing-anjing terbiar..Berilah mereka kasih sayang yang sewajarnya. Anggaplah mereka sebagai terapi minda yang mampu memberi ketenangan kepada kita.Mungkin di dalam rezeki yang Allah kurniakan kepada kita, ada sedikit bahagian untuk mereka.

Salam sayang dari furkids

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...