Friday, December 30, 2011

CIK TEH THE SURVIVOR

Awal bulan aritu Cik Teh (kucing mak kat kampung) accident dengan motor masa jiran sebelah buat kenduri. Mak cakap mulut Cik Teh berdarah dan kaki dia cedera. Tergamam seketika bila dengar citer mak. Yelah, kucing kesayangan makayah tu...

Masa balik kampung aritu, sempat belek budak tenit tuh.

Ni pic terbaru Cik Teh 



Gigi sblh kiri dh x ada T_T
Cik Teh hilang almost semua gigi di bahagian kiri. Kesian pulak tengok bila dia makan. Solid food/ kibbles agak sukar untuk dia kunyah, so kena bagi softfood. Ikan pun kena disiat siat baru dia boleh makan.

Kesian Cik Teh

Kaki kiri Cik Teh pun turut cedera. Masih tak ok lagi mak cakap. Bila berjalan still terdengkut dengkut. Tapi, alhamdulillah nyawa Cik Teh masih panjang, masih manja macam dulu-dulu...


Tengah bermanja


See...how cute she is



Wednesday, December 28, 2011

BERSUNAT: CIK MOK VERSION


Seperti yang dijanjikan pada Darling, hehehe.. Dah tiba masa nak neuter budak perut berketak nih. Dah biasa tengok dia banyak makan, so, bila kena puasakan dia rasa sedih pulak. Kalau tak dia mesti makan tak berhenti.

Masa bawa dia pegi ke SPCA Setapak, amatlah menyiksakan. Perjalanan rasa amat jauh pasal budak demuk nih tak henti henti mengeow dengan kuatnya. Lagilah rasa kesian kat dia...





Hati rasa lega bila dah sampai kat Klinik Kembiri. Fuhhh...Sampai kat sana nama dia pulak takder dalam listing. Nasib baik ada slot kosong,dapatlah dia di neuterkan. Ada sorang budak yang kami jumpa panggil Darling kucing Garfield. Itu tandanya budak ini sangat gemuk. Further action need to be done..



Inilah muka Darling bila sampai rumah petang tu. Muka takder perasaan kecuali dia mintak makan. Time sakit pun dia masih ingat makan. Fuhhh...sempat gak dok belek perut beliau yang berketak. Awat luas sangat kawasan yang kena cukur, rasa cam sikit plak perut dia. Tapi dia nampak sangat ok...well done bebeh...
Darling tidur kepenatan

Monday, December 5, 2011

SEMINGGU BERLALU

Seminggu berlalu...


Budak kenit nih telah meninggalkan kami selamanya. Sedih tak terkata, baru jer berkira kira dalam kepala nak bagi dia nama. Tapi nampaknya jodoh kami tak lama. Takperlah, panggil dia manja sudahlah.

Kami hanya bersama selama 3 hari. Kalau ini sudah ketentuanNya, kami redha. Yang penting, bila kamu menghembuskan nafas terakhir, kamu sudah punya tuan, tuan yang menguruskan segala urusan untuk menguruskan jasad kamu di tempat yang selamat.

Terima kasih kerana singgah ke teratak buruk kami walau hanya seketika. Kamu sungguh istimewa, susu yang baru dibeli, cuma sempat dibancuh 2-3 kali. Kami tahu kamu sudah sakit bila dibawa pulang. Kami cuba beri kamu harapan, akhirnya Allah lebih menyayangi kamu. Damailah kamu di sana sayang.Baba ngan Mama akan sentiasa doakan kamu..

Last week, mak pulak tepon cakap Cik Teh (kucing mak dan ayah) kemalangan. Ada motor langgar. Cik Teh patah gigi dan kaki kirinya kini sudah capik. Seharian dia tak makan. Mak pun turut sedih. Yelah, itulah manja, itulah intan, itulah payung, peneman tidur mak dan ayah. Tidurnya di dalam bilik yang ada aircond.

Berita terkini, Cik Teh dah boleh berjalan dan makan tapi masih terdengkut dengkut. Bila malam mak kurung dalam cage. Nasib baik ada tinggalkan cage kat kampung. Tak sabar nak bilik nak tengok dia, entah macammana rupanya dia.

Bertimpa-timpa kesedihan yang melanda, mungkin ini ujian Allah untuk hambanya yang selalu lalai  ini. Ya Allah, kami terima dugaan ini dengan dada terbuka, kerana kami tahu Allah tidak akan menguji hambaNya jika Dia tahu hambaNya tak mampu memikul sesuatu beban itu.

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...