Monday, December 5, 2011

SEMINGGU BERLALU

Seminggu berlalu...


Budak kenit nih telah meninggalkan kami selamanya. Sedih tak terkata, baru jer berkira kira dalam kepala nak bagi dia nama. Tapi nampaknya jodoh kami tak lama. Takperlah, panggil dia manja sudahlah.

Kami hanya bersama selama 3 hari. Kalau ini sudah ketentuanNya, kami redha. Yang penting, bila kamu menghembuskan nafas terakhir, kamu sudah punya tuan, tuan yang menguruskan segala urusan untuk menguruskan jasad kamu di tempat yang selamat.

Terima kasih kerana singgah ke teratak buruk kami walau hanya seketika. Kamu sungguh istimewa, susu yang baru dibeli, cuma sempat dibancuh 2-3 kali. Kami tahu kamu sudah sakit bila dibawa pulang. Kami cuba beri kamu harapan, akhirnya Allah lebih menyayangi kamu. Damailah kamu di sana sayang.Baba ngan Mama akan sentiasa doakan kamu..

Last week, mak pulak tepon cakap Cik Teh (kucing mak dan ayah) kemalangan. Ada motor langgar. Cik Teh patah gigi dan kaki kirinya kini sudah capik. Seharian dia tak makan. Mak pun turut sedih. Yelah, itulah manja, itulah intan, itulah payung, peneman tidur mak dan ayah. Tidurnya di dalam bilik yang ada aircond.

Berita terkini, Cik Teh dah boleh berjalan dan makan tapi masih terdengkut dengkut. Bila malam mak kurung dalam cage. Nasib baik ada tinggalkan cage kat kampung. Tak sabar nak bilik nak tengok dia, entah macammana rupanya dia.

Bertimpa-timpa kesedihan yang melanda, mungkin ini ujian Allah untuk hambanya yang selalu lalai  ini. Ya Allah, kami terima dugaan ini dengan dada terbuka, kerana kami tahu Allah tidak akan menguji hambaNya jika Dia tahu hambaNya tak mampu memikul sesuatu beban itu.

3 comments:

Nazirah said...

semoga Cik Teh cepat sembuh..setiap pertemuan ada perpisahan..

meowwmania said...

RIP manja... :(


smoga cik Teh cepat sembuh, amin...

MamaBetty said...

insyaallah manja dah selamat di sana..utk cik Teh..semoga cepat sembuh...amin..amin..

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...