Thursday, January 31, 2013

ADUHAI CIK TEH

Last weekend kami balik kampung jenguk mak ayah..Seronok jugak dapat balik lama sikit kat kampung..cuaca sangatlah panas..

Mak hari hari bising pasal ada sekeluarga biawak dok makan telur ayam kampung dia..kesian jugak kat ayam..tak sempat nak mengeram..telur dah kena kebas dengan biawak..nak buat macammanakan.. dah lumrah alam..kalau biawak tu tak makan telur ayam macammana dia nak survivekan..

Disebabkan mak dah bising, Kie pun pi buat perangkap nak bunuh biawak tuh. Kesian pulak dengar..ari  Ahad pagi Kie pun buatlah perangkap dengan menggunakan racun..Tapi Cik Teh sibuk nak mengekor Kie..Walaupun dah kena marah dia nak jugak mengikut..



Tengahari tuh, Kie panggil Cik Teh masuk rumah makan nasik, dia mengeow mintak makan...tapi ikan rebus kegemaran Cik Teh tak ready lagi..dia merajuk terus keluar rumah...kesian pulak kat dia.., 

Sebab ari panas, ingat nak tutup kereta dengan kanvas..tetiba nampak Cik Teh kat belakang stor..ingatkan dah terlanggar Cik Teh..Masa nak datang dekat, dia terus meluru pegi bilik air luar rumah..terus kejar dia..tengok dia dah terkejang dan terberak berak..suara pun berubah..

Terus angkat dia letak dalam cage.tengok mulut dia dah berbuih buih dan dia nampak stress...langsung tak boleh pegang badan dia...dia akan menjerit jerit...kesian tengok dia, mintak hubby pegi kait buah nyok nak bagi Cik Teh minum..pada masa ni, tak pasti Cik Teh kena langgar ataupun dia kena racun...paksa dia minum sampai dia muntah muntah...masa nih nak lunch pun dah tak lalu...

Kami ambik keputusan bawa Cik Teh jumpa Veterinar Jitra..dah le first time nak pi kat vet kat kampung...Tepat pukul 2 terus letak dia dalam box dan bawa dia pegi...



Masa mula mula sampai, veterinar cakap keadaan Cik Teh dah teruk dan dah tak boleh buat apa apa..tapi Veterinar cuba jugak bagi jab kat Cik Teh. Vet cakap dia bukan kena langgar, tapi kena racun.. kami memang berharap Cik Teh boleh recover..sampai rumah bagi Cik Teh relax sekejap...

Petang tuh memang teperanjat bila tengok Cik Teh dah recover...cepat sungguh..nasib baik cepat cepat bagi dia minum air kelapa dengan bawa dia jumpa vet..kalau tak entah apa jadinya..Alhamdulillah...syukur sangat Cik Teh terselamat..hope pas nih Cik Teh akan lebih hati hati..Aduhai Cik Teh, entah berapa nyawa kamu jer lagi yang tinggal?

Si comel..Cik Teh





Tuesday, January 15, 2013

HUJUNG MINGGU YANG DINGIN

Hari Ahad hujan rintik rintik dari pagi sampai tengah hari...ermmm...bebudak pun bantai tido jer..cuaca dingin sebab tuh best jer memasing tido...seronok dan geram jer tengok...

Kalau tak bukan main lari sana sini bagai nak pecah rumah yang sempit nih... kesian diorang...takperlah..next month dapatlah diorang berlari sana sini kat tempat yang luas...

Tido dalam pasu lidah buaya...merajuk dah lidah buaya tu nak tumbuh

Nyenyaknya tido..menggulungkan diri dalam pasu yang sempit

Tido dalam lundry basket

Lena sampai air liur meleleh

Budak besar yang tak mau tido

Kimi cari pot kat tepi tilam

Lenanya Abott tido

Budak nakal

Yuki takmo tido pulak

Pretty girl..

Tinggi di awan

Adik dah nak telena

Mencari pot yang selesa


Menunggu masa untuk telelap
Dua beradik nak tido sesama

Monyet masih merayau rayau

Memanjat pulak dah..


Bob memantau adik adik tido

Tewas jua akhirnya...

Bersedia untuk tido

Sekarang bebudak dah membesar...dah tak banyak aktiviti yang diorang buat selain makan dan tido...

Sunday, January 13, 2013

BARANG TERPAKAI UNTUK DIJUAL

Kami merancang untuk berpindah balik ke kampung pada bulan depan.

So sekarang ni masa nak lelong barang barang yang tak dapat dibawa pulang.

Kepada sesiapa yang berminat boleh lah tinggal kan message kat coment box.






1- Fridge Toshiba 2 pintu. Mahu dijual pada harga RM400






2)- Washer machine Toshiba. Mahu dijual pada harga RM200



3) Bookshelf 3 tiers. Mahu dijual pada harga RM100.



4) Dressing table. Mahu dijual pada harga RM100.

Lokasi kami adalah di Pandan Indah. Harga masih boleh dirunding.




Thursday, January 10, 2013

SI DIVA


Dalam ramai ramai budak...ada sekor jer yang perasan diva..saper lagi kalo bukan Simba sihidung dompok..

Bukan setakat diva..dia jugak yang paling kuat cemburunya..sampai yang lain tak dapat nak bermanja..abis dikejarnya..mana boleh yang lain dok gesel gesel kat kita...memang dasar kucing siam

Ini lah aksi si diva dok golek golek atas katil..bukannya dia nak tido sangat..lebih kepada nak mengada ngada..

Simba nih, just dengan Monyet jer dia takut..bila jumpa monyet jer dia behave..



Hobi...suka tido ZZZZ

Lena tido?


Beshnya...

Pusing ke kanan

Pusing ke kiri

Sila jangan kacau saya tido..


Nak kena cakar ker???


Leave me alone


Am I cute???

Pandangan yang menakutkan..

 

Monday, January 7, 2013

Aktiviti Terakhir 2012

Kami mengakhiri aktiviti pada tahun 2012 dengan pergi family day kat Sunway Lagoon...Seronok jugaklah sebab dah lama tak pegi dan lagi satu pasal benda free kan...tapi takder lah berjimba sangat..sebab setiap hari sebelah petang mesti hujan...

Tak bermandi manda pun...just jalan jalan dan tengok tengok sekeliling...

Umpama kanak kanak riang ria


Disebabkan tak mandi, kami tengok tengok kat tempat binatang yang boleh tahan cantik...macam macam ada..sorrylah pic tak begitu cantik coz pakai hp jer...

Kolam ikan yang berkeladak...sian kat ikan tuh










Cumel kan?


Rumah binatang yang menarik


Cuba teka siapa saya??

Kiut miut sampai rasa nak gigit gigit..




Ramai jugak orang..




Yang ini pun kiut jugak..

Menarikkan???



Jom pi pet village pulak...

Ada arnab yang melompat lompat..

Cantikkan??


Ada jugak mini fountain yang cantik




Add caption

Burung merak yang cantik

Burung cantik lagi..











Memang puaslah berjalan tengok tengok binatang..huhuhu....banyak ilmu yang boleh diperolehi...

Ohhh ya...kepada sesiapa yang berminat untuk masuk Sunway Lagoon pada harga yang murah, bolehlah pergi pada 20/1/2013, 20/2/2013 & 20/3/2013...Pada tarikh ni, tiket masuk untuk 1000 pelanggan pertama cuma RM20..



Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...