Thursday, January 31, 2013

ADUHAI CIK TEH

Last weekend kami balik kampung jenguk mak ayah..Seronok jugak dapat balik lama sikit kat kampung..cuaca sangatlah panas..

Mak hari hari bising pasal ada sekeluarga biawak dok makan telur ayam kampung dia..kesian jugak kat ayam..tak sempat nak mengeram..telur dah kena kebas dengan biawak..nak buat macammanakan.. dah lumrah alam..kalau biawak tu tak makan telur ayam macammana dia nak survivekan..

Disebabkan mak dah bising, Kie pun pi buat perangkap nak bunuh biawak tuh. Kesian pulak dengar..ari  Ahad pagi Kie pun buatlah perangkap dengan menggunakan racun..Tapi Cik Teh sibuk nak mengekor Kie..Walaupun dah kena marah dia nak jugak mengikut..



Tengahari tuh, Kie panggil Cik Teh masuk rumah makan nasik, dia mengeow mintak makan...tapi ikan rebus kegemaran Cik Teh tak ready lagi..dia merajuk terus keluar rumah...kesian pulak kat dia.., 

Sebab ari panas, ingat nak tutup kereta dengan kanvas..tetiba nampak Cik Teh kat belakang stor..ingatkan dah terlanggar Cik Teh..Masa nak datang dekat, dia terus meluru pegi bilik air luar rumah..terus kejar dia..tengok dia dah terkejang dan terberak berak..suara pun berubah..

Terus angkat dia letak dalam cage.tengok mulut dia dah berbuih buih dan dia nampak stress...langsung tak boleh pegang badan dia...dia akan menjerit jerit...kesian tengok dia, mintak hubby pegi kait buah nyok nak bagi Cik Teh minum..pada masa ni, tak pasti Cik Teh kena langgar ataupun dia kena racun...paksa dia minum sampai dia muntah muntah...masa nih nak lunch pun dah tak lalu...

Kami ambik keputusan bawa Cik Teh jumpa Veterinar Jitra..dah le first time nak pi kat vet kat kampung...Tepat pukul 2 terus letak dia dalam box dan bawa dia pegi...



Masa mula mula sampai, veterinar cakap keadaan Cik Teh dah teruk dan dah tak boleh buat apa apa..tapi Veterinar cuba jugak bagi jab kat Cik Teh. Vet cakap dia bukan kena langgar, tapi kena racun.. kami memang berharap Cik Teh boleh recover..sampai rumah bagi Cik Teh relax sekejap...

Petang tuh memang teperanjat bila tengok Cik Teh dah recover...cepat sungguh..nasib baik cepat cepat bagi dia minum air kelapa dengan bawa dia jumpa vet..kalau tak entah apa jadinya..Alhamdulillah...syukur sangat Cik Teh terselamat..hope pas nih Cik Teh akan lebih hati hati..Aduhai Cik Teh, entah berapa nyawa kamu jer lagi yang tinggal?

Si comel..Cik Teh





6 comments:

Iela Lullaby said...

mcm muka si ieter sy..

lgsug tk nk d pgg jgk..

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

nasib baik selamat

MamaBetty said...

arrr..dia termkn racub utk biawak tu ka?

NNS said...

lela : time pegang bdn tu mmg dia mengerang marah kt kita..bdn cik teh dh sejuk time tu :(

Mrs Yana : tulah. vet ckp tindakan kami kasik ayer kelapa tu tindakan yg bijak. time tu mmg xdpt nk pk apa dah mmg terus menjerit soh husband amikkan kelapa kt luar. g vet dia kasik jugak injection untuk tolak racun keluar dr bdn cik teh n soh observe keadaan dia in 1 weeks

Mama Betty : rsanya time dia ikot adik g prepare racun tu dia terkena secara indirect.. racun tu adik gaulkan dgn kepala ayam..selama ni dia mmg xmkn segala bnda yg mentah cmtu..maybe time dia ngikot tu terhidu secara xsengaja.. sebab tu adik panggil dia masuk dlm umah sbb takot terkena..klu dia termkn kepala ayam yg adik letak racun tu rsanya mmg dh arwah cik teh ni sbb racun tu mmg kuat. geng2 biawak yg curi telur ayam tu xsmpai 3 hr semua dh kiok.

meowwmania said...

alhamdulillah selamat

panic kalau jadi perkara macam tu kan

teringat kes puppy yg makcik sy jumpa dah tertonggeng dlm longkang makcik sy kasi air kelapa jugak alhamdulillah selamat

citer mlm td pulak si Tumi tetiba masuk rumah mulut berbuih, cecepat sy hancurkan separuh pil charcoal gaul ngan wetfood bagi dia makan alhamduillah pagi ni nampak dah ok

NNS said...

meowwmania: alhamdulillah...mmg panic sgt time tu. nasib baik la kan..

soalan: pil charcoal tu ble beli ktne ye? nama dia mmg pil charcoal ek? kena spare jugak kt kg ni sbb next month budak2 suma nk angkut pindah kg..hoho

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...