Monday, February 28, 2011

OMG!!! Darling Ryan Kecacinganlah pulak..

Semalam 27/2/2011, aku dan hubby bangun agak awal..kengkonon nak pegi cari siput sedut..bila dah sampai kat kedai, rasa malas pulak nak siang siput tuh nanti..so, instead of siput sedut, kami beli kerang...

Balik rumah, macam biasa dok kemaskan bilik furkids dan tukar cover tempat membuang diorang...main-main jap ngan diorang..semakin manja budak-budak yang baru neuter..dah behave..tak melalak dan melolong..rumah pun aman damai..mereka main kejar kejar pun baik jer nampak...Alhamdulillah...

Posing manja dari Darling

Masa dok belek-belek furkids sekor-sekor..perasan lah pulak si Darling aka Momo aka Cik Mok nih lain macam jer condition dia...makan bukan main banyak...tak henti henti..macam something wrong jek..pas dia membuang gi lah check poo dia...Alamak...budak nih kecacingan...patutlah muka lemah jer...perot pun nampak cam boyot...kena ambik tindakan segera nih..sepatutnya, 27/3/2011 baru deworm furkids.



Kami beli ubat cacing Drontal Cat dari Klinik dr Yuan...harga cuma RM5 sebijik..kalau beli kat vets kerajaan kat Cheras tuh RM6...kenalah bijak pilih yang lebih murah bagi tuan yang mempunyai ramai kucen macam kami nih...biasa kami beli 10 bijik...sebijik nih untuk kucing yang beratnya 4 kg..kalau yang tak biasa bagi kucen makan ubat, bolehlah mintak vet yang suapkan...untuk Darling, cukup kalau bagi 1/4 tablet..

Memujuk Darling makan ubat cacing

Dah makin besar nih susah sikit nak kasik ubat kat budak gemok nih...budak nih memang debab..hubby suka cuit bontot dia...muka pun ngantuk jer dia nih...

Ni nak share sikit pasal kecacingan kucing... biasanya kucing yang mengalami kecacingan nih makan macam biasa jer...cuma badan dia akan kurus sikit dan perut pulak memboyot atau buncit...yelah..kucing makan banyak, cacing yang dapat khasiatnya...kalau peringkat yang serius tuh, biasanya cacing boleh keluar dari mulut ataupun dubur simanja...tengok-tengoklah sikit apa yang dikeluarkan oleh simanja nih yer...kalau anak kucing yang terkena kecacingan, akan menyebabkan kitten akan terhidrat dan juga akan mengalami masalah kekurangan gizi..akhirnya  boleh menyebabkan kematian...

Ada 2 jenis cacing yang biasanya akan menyinggah kat kucing..kucing gelang (roundworm) atau cacing pita (tapeworm) Cacing gelang nih bentuk macam batang, warnanya cream dan hujungnya runcing. Panjang dia boleh sampai puluhan cm. Kalau kucing dah teruk kena cacing, cacing nih boleh keluar dari mulut simanja..cacing pita biasanya warna putih, agak kurus dan boleh menccecah sepanjang 1 meter.

Bagi kucing yang indoor, ubat cacing perlu diberi 3 bulan sekali...tapi, bagi yang outdoor, kena bagi 1 bulan sekali, sebab diorang kana lebih terdedah dengan kucing luar yang mungkin sudah sedia ada mempunyai cacing. 

Ubat cacing boleh diberi kepada kucing yang berumur 2 minggu dan dos kedua perlu diberi 2 minggu selepas dos pertama..tetapi, kucing mengandung tak boleh diberi makan ubat cacing yer...takut memberi kesan kat baby yang dalam kandungan...

Ini ada sedikit tips yang dikongsi bersama oleh seorang sahabat furkids. Beliau adalah seorang veterinar dari Indonesia. 

Tindakan pencegahan penyebaran cacingan dilakukan di antaranya adalah dengan memandikan kucing secara berkala, memberantas kutu, membatasi interaksi dengan kucing liar, tidak memberikan daging mentah, bersihkan tempat kotoran kucing secara rutin, cuci tangan setelah membersihkan kotoran kucing, rutin memberikan obat cacing tiga bulan sekali, dan jangan lupa, kita juga harus minum obat cacing.

Pas dah pekena ubat, nampak macam Darling dah ok sikit...alhamdulillah...

Yang lain lain sihat sejahtera...Mimi macam demam sikit...dah bertambah comel dia tuh...

Weekend  hari untuk makan wetfood...hehehehe....dok sengih jer budak-budak nih, pasal dapat makan ayam rebus kegemaran...macam budak-budak dapat makan KFC lagaknya...


P/S - bila budak-budak sakit, cepat jer kami pegi klinik dapatkan nasihat doktor...Bila kami sakit, macam-macam alasan yang diberi agar tak payah nak pi klinik...

Wednesday, February 23, 2011

3rd HHP Malaysia Cat Show - 27 March 2011

Td masa tgh dok baca post kt Petfinder Forum ternampak plak psl Cat Show nih yg akan diadakan on 27 March 2011. So, kepada peminat-peminat kucing, check it out..


Untuk rules & regulations, korang ble baca & click kt sini

FURKIDS AND FOODS (F&F)

Dulu-dulu, masa dok kat kampong, aku tak terdedah pun dengan cara pemakanan yang betul untuk kucing..dah memang dipraktikkan kucing akan makan sisa makanan seperti tulang ikan ataupun tulang ayam. Food paling glamer yang kucing aku pernah makan pun ikan rebus gaul dengan nasik panas..biasanya ikan kembung ataupun ikan sardine..ini pun dah consider as makanan mewah lah bagi kucing kampong..tapi mak suka tambah garam bila rebus ikan..mak cakap, “ sian kat kucen tu, nanti kalau tak taruk garam dia makan takder rasa”…masa muda dulu, aku pun setuju jugak dengan statement mak tuh..sekarang nih, aku tak setuju langsung.. (tp kucing aku kt kg bole idup smpai umur beliau 14 taun, pdhal mkn nasik n ikan jek)

Garam dan nasi sebenarnya bukanlah makanan yang sesuai untuk kucing..kucing adalah binatang karnivor yang memerlukannya memakan tisu binatang untuk survive. Jangan tak percaya, lipas mempunyai kandungan protein yang banyak dan cukup untuk seekor kucing kecil.  Kandungan protein pada binatang lain seperti ayam akan membentuk otot-otot kucing. Tulang ayam juga mengandungi vitamin, mineral,cecair dan nutrient yang amat diperlukan oleh kucing. Sebab tu lah, dikatakan ayam adalah makanan paling optimum untuk simanja.

Kucing boleh makan 5 kali sehari, tetapi jadi tanggungjawab kita untuk memastikan kadar yang dimakan adalah sedikit pada satu-satu masa.  Apabila kucing kita meningkat umur 6 bulan, pada masa ini system badan mereka akan jadik produktif. Kucing dewasa yang sihat memerlukan 30% hingga 45% protein (makanan kering). Juga 10% ke 30% lemak. Kucing mempunyai deria bau yang sangat sensitive dan ia juga menentukan selera simanja pada masa itu. Kucing suka makanan yang masin, masam dan sedikit kelat. Kucing tidak akan merasai kemanisan sesuatu makanan. Kucing juga suka makanan yang mempunyai persamaan dengan kadar suhu badannya.

Makanan basah dan makanan kering mempunyai pro dan juga contra kepada simanja. Terdapat beberapa kesan negative yang diperdebatkan tentang makanan kering (kibbles). Ia merupakan makanan yang paling mudah dan agak murah didapati. Faktor masa juga merupakan salah satu sebab mengapa ramai orang member makan kucing meraka dengan makanan kering.  Terdapat tiga isu iaitu, kandungan karbohidrat yang tinggi, kandungan air yang rendah dan juga protein tiruan yang akan memudaratkan. Isu-isu ini sedang diperkatakan di USA. Tetapi tidak pasti samaada isu ini turut diperdebatkan di Malaysia.
Ramai orang akan berkata “ kucing saya OK jer makan kibbles”.

Saya juga setuju…

Mereka akan ok sehingga doctor mengesahkan mereka mengalami  diabetes.

Mereka akan ok sehingga doctor mengesahkan mereka mengalami batu karang.

Mereka akan ok sehingga doctor mengesahkan mereka menderita kencing berdarah.

Mereka akan ok sehingga doctor mengesahkan mereka mengalami kegagalan buah pinggang.

Mereka akan ok sehingga doctor mengesahkan mereka mengalami obesiti

Terdapat beberapa lagi jenis penyakit yang akan singgah kepada simanja sekiranya mereka hanya diberi makan makanan kering.

Ingatlah…Taurina dan air juga merupakan elemen penting di dalam pemakanan kucing kita. 

Taurina adalah asid amino yang diperlukan oleh kucing dan boleh didapati dengan memakan daging. Taurina yang cukup akan mengurangkan risiko buta dan juga masalah jantung mereka.

Air pula adalah pelawas semula jadi yang mempunyai mineral penting dan sebagai bendalir di dalam badan.

Jika anda pergi membeli makanan kucing di kedai?. Apakah yang anda akan perhatikan?
Mula dari hari ini, marilah kita praktikkan untuk membaca label kandungan di dalam makanan kucing yang dibeli.

Pastikan kita membaca komposisi (% protein, lemak dan karbohidrat) dan juga bahan yang digunakan untuk menghasilkan makanan tersebut.

Pastikan kandungan karbohidrat yang rendah. Tetapi kandungan protein perlulah tinggi.

Berhati hati dengan perasa yang mengandungi BHA, BHT dan juga ethoxyquin kerana ia adalah senarai bahan kimia yang bakal memudaratkan simanja.

Cuba cari makanan yang menggunakan daging atau ayam sebagai bahan utama. Jika syarikat menggunakan liver sebagai komposisi utama, cuba elakkan daripada membelinya. Ini adalah kerana kandungan liver yang tinggi akan memudahkan kucing anda mengalami serangan jantung. Antara contoh-contoh kibbles yg tinggi kandungan vitamin n khasiat ( consider as premium food) - Royal Canin, Blackwood, Acana, Cat's Eye, Iams n etc.


Anak bulus di rumah amat menggemari Blackwood

Ingredients List :
Chicken Meal, Ground Corn, Corn Gluten Meal, Chicken Fat [Preserved with Mixed Tocopherols (Source of Vitamin E)and Citric Acid], Wheat Flour, Dried PlainBeet Pulp (Sugar Removed), Menhaden Fish Meal, Natural Flavors, Brewers Dried Yeast, Potassium Chloride, Salt, Calcium Carbonate, L-Lysine, DL-Methionine, Ascorbic Acid (Source of Vitamin C), Yucca Schidigera Extract, Taurine, Vitamin E Supplement, Niacin Supplement, Vegetable Oil, Boitin, Thiamine Mononitrate, Pyridoxine Hydrochloride, Vitamin A Acetate, Riboflavin Supplement, d-Calcium Pantothenate, Vitamin B12 Supplement, Citric Acid, Menadione Dimethylypyrimidinol Bisulfate (Source of Vitamin K Activity), Vitamin D3, Folic Acid, Ferrous Sulfate, Zinc Sulfate, Zinc Proteinate, Iron Proteinate, Zinc Oxide, Copper Sulfate, Manganese Sulfate, Manganese Proteinate, Copper Proteinate, Manganous Oxide, Sodium Selenite, Calcium Iodate.
Guaranteed Analysis :
  • Crude Protein, not less than.......30.00%
  • Crude Fat, not less than.............15.00%
  • Crude Fiber, not more than..........3.50%
  • Moisture, not more than..............10.00%
  • Ash, not more than.........................5.5%
  • Magnesium, not more than..........0.095%


Untuk furkids di rumah, kami mengamalkan kibbles 5  hari seminggu iaitu Isnin sampai Jumaat. Weekend dan hari cuti adalah masa untuk Furkids makan Qiut dan jugak ayam rebus. Kalau masak ayam rebus, bila terbau jer aroma ayam tuh, Furkids dah tergerdik-gedik sambil buat aksi melompat-lompat manja tanda suka. Sambil buat aksi asah gigi jugak..hehehe..

Rasanya, cukup setakat ini buat masa ini. Insyaallah ilmu yang diperolehi akan dapat memberi manfaat kepada semua. Selepas kehilangan Kyo, kami jadi lebih berhati-hati di dalam pemilihan makanan simanja..

P/S :- apa yang ditulis adalah berdasarkan oleh pembacaan material sahaja. Ini bukanlah artikel yang ditulis oleh veterinary professional. Pihak furkids tidak akan bertanggungjawab ke atas kesilapan maklumat yang ditulis.

Salam Sayang dari furkids,

Tuesday, February 22, 2011

22/2/2011- Adik riang ria lari sini sana

Entah kenapa hari ini Adik begitu aktif..risau aku dibuatnya pasal benang jahit masa dia neuter last week belum lagi dibuang...dia dok lari sana sini dengan riang ria sekali..

Bila angkat dia bawak masuk dalam carrier atau cage, dia meraung nak keluar..

Mula-mula main lari lari dengan Monyet...tapi Monyet main agak ganas..sampai terguling-guling adik..tak boleh jadik..Monyet aku kurungkan..

Pastu main pulak dengan Simba..lari sampai lidah terjelir...penat...

Aku yang dok tengok diorang belari pun penat sekaki..nakalnya lebih dari 2 ekor budak kecik kat dalam rumah nih..sampai Kochekame dok nyorok dalam bilik air..takut nak keluar...

Ada orang cakap, kucen kalau kita neuter perangai akan jadik macam budak budak.. suka main..tapi aku tengok diorang nih bukan lagi main..dah macam nak perang..

Hehehe...dah lah sekarang cuaca panas...takut badan budak budak nih terhidrat pulak...nasib baik masing-masing banyak minum...

Aku rasa Furkids nih dah terlebih selesa dok kat dalam rumah nih...pasal tu dia mermaharalela...




Tengoklah macammana Adik berjalan dan berlari..dia terpaksa angkat kaki belakang dua-dua sekali tiap kali di nak berjalan ataupun berlari...dia lari macam kelinci...ini namanya Adik Kelinci...

Kuat semangat Adik nih..walaupun tak sempurna tapi semangat nak main dan berlari sangat kuat...

Chayok Adik...


Salam Sayang dari furkids

Monday, February 21, 2011

21/2/2011..my petite princess 3rd month birthday

Princess tersayang


Nama panjang Princess Grey Ryan, aka Beleh aka Kochikame aka Budak Nakal...banyak nama gelaran budak kenit nih..kalo cakap dia nih baka maine coon, musti sumer orang ingat dia nih besar..dia nih baka maine coon kerdil..hehehe..

Tak besar-besar aku tengok dia nih...yang terserlah kenakalan beliau..dulu ingat nak cari orang untuk adopt dia..tapi....ada ker orang nak kucen katek macam dia nih??..kesian kat dia...masa mak dia lahirkan dia..mak dia taknak potongkan tali pusat dia...nasib baik hubby bertindak pantas ambik gunting potong tali pusat dia...walaupun hubby nih orang financial, bukan veterinar tapi saat-saat genting ketika itu beliau bertindak pantas menyelamatkan Princess...tak pasal pasal jadik doktor haiwan bidan terjun....

Dek lambat dapat oksigen, pembesaran Princess nih macam terbantut...dulu, pandang oarang pun dia macam bengong-bengong...tak suka bergaul mesra dengan orang....tapi, itu dulu...lepas kami bawak balik kampung CNY, dia dah makin agresif...dah pandai lompat sana sini..dah pandai main sendiri...nak makan dah pandai minta...dulu, nak makan pun kena letak food kat depan hidung dia...

Tapi dia nih bukan sindrom down tau...cuma lambat bertindak sikit...nak kata autisme pun bukan...hehehe....ada ker kucen kena sindrom down ngan autism? memandai jer aku nih...

Kaco orang baca paper

Hari nih dia dah genap 3 bulan,  Alhamdulillah...dah makin jadik kucen normal..walaupun tak berapa nak besar...tapi panjang akal...suka dok panjat kipas dalam bilik..suka dok nyibuk tiap kali kita bukak netbook..

Birthday girl baru bangun tido

Hobi panjat kipas


nakal sangat

Dia sangat manja ngan hubby...tido kat kaki hubby...kalau hubby masuk bilik pun dia nak ikut...kalau masuk bilik air pun dia akan tunggu kat muka pintu..mungkin dia tau...kalau tak kerana hubby yang berjaya selamatkan dia, mungkin dia takder kat muka bumi Allah ini..suka hubby bagi perhatian kat dia...menjerit jerit suruh hubby main dan angkat dia...kalau hubby masuk bilik dan tutup pintu..musti dia dok cakar pintu sambil menjerit jerit nak masuk..

Dok tekan keyboard

Netbook nih saya punya tau

Dulu, suka kaco orang bila solat...sekarang dah pandai, bila kita solat, dia dok tunggu kat tepi..dok tengok jer..kucen pun pandai kan...bila hubby dok relax dia akan panjat belakang hubby dan duduk kat bahu...jilat telinga...jilat rambut...dah puas, baru dia turun...dengan aku dia tak berapa manja...tapi kalau dengan hubby, macam hubby tuh bapak dia...asyik nak soh main ngan dia jer...

Bila turn saya nak main game nih???/ ngantuknya

Kalau ada orang datang rumah, musti oranag tanya...kucen tuh naper kecik? lahir tak cukup bulan ker??? Sekali pandang dia nih macam kucen Russian Blue..Tapi actually dia nih maine coon + siamese....risau nak bagi orang lain jaga budak nih...takut jadik mangsa buli...

Harap-harap adalah rezeki kami untuk terus menjaga simanja terlebih ini...Insyaallah...Kochikame jangan nakal-nakal tau...

Kalau dah sayang..kucen menguap pun nak snap pic

P/S :- Doakan kami dan furkids murah rezeki..agar impian kami untuk membuka shelter kucen terbiar akan jadik kenyataan.

Salam sayang dari furkids

Wednesday, February 16, 2011

15/2/2011 - Furkids pun seronok sambut Maulidur Rasul tau..

Alhamdulillah...Allah memberi kami umur yang panjang untuk sama-sama umat Islam yang lain di serata dunia untuk menyambut Maulidur Rasul, hari keputeraan Rasulullah s.a.w. Semoga ia dapat mengembalikan ingatan kita sebagai umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingati baginda, akan bertambah perasaan cinta dan kasih sayang terhadapnya. Serta mengenang, menghargai dan mengambil iktibar daripada kisah suka dan duka perjuangan baginda dalam memperjuangkan Islam di muka bumi Allah ini..Semoga hati kami akan sentiasa bersamanya...Insyaallah...

Pagi-pagi dah jenguk budak-budak yang dalam pantang..Budak-budak empat engkor yang baru kena zass  bertambah sihat..rindunya nak bawak budak-budak balik kampung...Monyet ngan Simba tak habis-habis nak main kat luar...Simba nih tak ubah-ubah perangai lah...Aku risau pasal kesan jahitan dia nampak cam bengkak...Simba nih memang jenis tak makan nasihat..Adik  ngan Mimi punya nampak dah bertambah ok...Monyet punya T__T pun dah bertambah ok...dah kempis...tak habis-habis nak mintak dukung budak nih...dia ingat dia tuh kecik lagi..hari tu timbang, berat dah 4.5kg..dr pun dah soh dia diet...dah dukung nak mintak belai-belai pulak...

Cuti hanya sehari tapi, keja melambak-melambak nak kena buat...ye lah...last weekend dah sibuk dengan budak-budak yang gi neuter tuh...tak sempat nak kemas bilik furkids...sebelum lunch, hubby siibuk buat litter box baru untuk budak-budak yang semakin besar...hehehe...ringkas jer...yang penting bersih dan selesa...

Litter box baru dari bahan-bahan terbuang

Lepas Asar, hubby dok busy pulak kemaskan bilik budak-budak...repair cage mana yang patut...lap lantai cage ngan Cif..mop lantai bilik...rajin betul...bilik furkids sangat wangi dan selesa...kalah bilik tuan...tentu furkids suka ati...senyum sampai nampak gusi pasal tau tuan diorang sayang sangat kat diorang...walaupun nakal diorang tak pernah surut...

Princess kena kurung pasal terlalu nakal

Hari Isnin, kami beli towel baru untuk furkids....kesian pasal tuala lama dah naik hitam kaler dia...beli 2 helai yang besar sikit pada harga yang reasonable...yang penting selesa.


Sengaja cari kaler gelap..biar tak nampak kotor
Antara tuala lama yang dah bucuk


Sian tengok Mat Bob dah lama tak mandi...so, aku mandikan dia walaupun dia tak nak...bau pun bucuk si bapak kucen nih...dapat gak trim bulu dia...dia sekarang dah bertambah besar...cuma kurus sikit pasal dok gila betina...

Susah nak keringkan budak nih...bulu tebal sangat...

2 round aku dok keringkan bulu Bob nih...punya lah lebat dan panjang bulu dia..dia pun sampai terketar-ketar sejuk...dah lah penakut kat hairdryer...harap muka jer encem...tapi penakut ya amat..

Bob lagi

Arinih dapat mandikan Bob sekor jer...yang lain-lain kena ambik no giliran...hubby dah janji nak mandikan Darling esok...nak mandikan dia arinih, dia tak berapa sihat...kaki dia sakit...nak jalan pun susah...

Hubby dok manjakan Monyet pas habis kemas...sayang sangat dia kat budak hitam tuh...hitam-hitam sitampok manggis...walaupun hitam dipandang manis...Monyet nih ramai peminat tau...tapi ramai orang tak tau, manja dia kalahkan kucen betina..nak keluar pintu rumah pun takut...

My handsome boy


Tengoklah bulu beliau yang hitam berkilat..

Cepat jer masa berlalu...rasa macam hari semakin pendek, tapi kerja semakin banyak...semoga akan ada hari esok untuk kita akan terus bersama...


Salam sayang dari furkids

Sunday, February 13, 2011

12/2/2011..empat sekawan kena zasss...

Sudah lama merancang nak zass empat ekor furkids tersayang...bajet pun dah ada..akhirnya..terlaksana jugak hajat nak neuter Mimi Meow, Simba Minami, Adik Nyonya dan Monyet.....

Dek kerana takder transport, terpaksalah charter teksi pagi-pagi..nak dijadikan cerita, bila bangun kul 7.30pg nak bersiap-siap gi pusat kembiri SPCA, aku perasan...Simba Minami takder dalam bilik...cari satu rumah pun dia takder...alamak...mana pegi pulak budak nih???

Aku suspek dia dah larikan diri...tak pernah dia buat perangai sebelum ini..dia pun bukan berani nak keluar dari rumah...takder ikhtiar lain, terus turun bawah pi cari dia...aku dok panggil nama Simba, tiba tiba ada sekor kucen gomok menyahut...rupa-rupanya...

Simba dok kat awning kat rumah jiran kat ground floor..dia nampak takut...dekat sejam jugak dok perosah nak pujuk dia turun...Alhamdulillah...dia selamat..pelik betul aku...macammana dia boleh keluar????...jiran-jiran pun tumpang panik sekaki...geli hati pulak bila ingat balik kejadian tuh..

Budak- budak aku letak dalam 2 carrier dan satu bakul yang biasa letak Adik...Diorang sampai agak awal kat klinik...bila klinik bukak, aku dan furkids terus meluru masuk....hehehe....sebelum  register, mintak kat Dr Krishnan 2 kotak untuk letak Adik dan Monyet...Ramai orang impress tengok Monyet yang handsome dan sleek....kembanglah hidung si Monyet tuh, orang cakap dia handsome...

Furkids dalam giliran 1,2,3,4...Monyet, Adik, Mimi dan Simba...Furkids yang kena neuter aku yang bedebar-debar...ramai orang pulak hari tuh...fuhhh...nasib baik sampai awal...

Pukul 11.30pagi...Dr Krishnan dah call cakap budak-budak dah boleh datang ambik...tapi dah janji ngan Cheana nak amik diorang kul 3...takperlah..biar budak-budak rehat dulu kat SPCA yang beraircond tuh....kami ambik Furkids kul 4.30..musti diorang suspen pasal aku lambat datang amik diorang...nyeh...nyeh...nyeh...Thanks yer Cheana pasal sudi tumpangkan Furkids...jasamu akan dikenang...

Sampai rumah...masukkan diorang cepat-cepat dalam cage...kesian tengok muka masing-masing...sakit yer...sabarlah sayang...ini untuk kebaikan kalian jugak..semua masih bengong-bengong dan terhuyung hayang...kasik minum dan kasik diorang makan Qiut...masih tak selera nampaknya...

Tak sampai hati nak kacau diorang dan snap pic masa diorang tengah sakit....aku pun tak lena tido...risau kat budak-budak...

Pagi-pagi Ahad, terus jengok diorang....bagi makan, check luka...Simba dan Monyet nampak ok...Adik masih takut-takut tapi dah boleh makan dan minum...Tapi Mimi, demam pulak...selimutkan dia dan belai-belai dia kejap....almost sejam sekali dok tengok diorang....Mimi tak makan dari semalam...risau lah pulak...hubby suap dia makan sikit-sikit...bila malam, baru dia makan....Alhamdulillah...

Kesian Monyet


Mimi demam
Simba dok merayu nak dok luar cage


Adik tak kasik langsung orang pegang badan dia


Kepada sesiapa yang interested nak neuter atau spay kucen atau anjing, bolehlah refer kat www.spca.org.my/neuter.htm

Dengan fee yang reasonable, aku memang recommend saper yang dok area klang valley datang kat pusat kembiri DBKL-SPCA nih...boleh contact Dr G.R Krishnan 012-2581041 atau 03-40243446

Ada orang tanya, why nak neuter kucing?. The reason is simple..untuk elakkan kelahiran anak kucing yang tidak diperlukan.. ini lah yang terbaik untuk furkids kesayangan kami...untuk kebahagiaan dan kesejahteraan bersama.

Sertailah mandulkan atau kasikan kucing anda hari ini..

Salam sayang dari Furkids

Friday, February 11, 2011

Bila Darling dan Princess balik kampung

Last week bawak budak kecik 2 ekor balik kampung...penakut bukan main...terutamanya si bongsu Princess yang tak berdikari...

Masa kat kampung macam biasalah furkids kena dok kat homestay atas rumah...seronok tengok diorang dapat main kat rumah yang luas..

Diorang tak berani sangat main kat luar rumah...pasal tak pernah jejak tanah kat KL..

Darling main ngan bantal Nemo kat tangga

Mak tanya...naper Darling nih muka macam kucen malas jer?...nah ambik kau...camner nak jawab tuh?..dah memang muka dia kaler itam kut...bijik mata jer yang nampak..pasai tuh muka cam kucen malas...
Soh main kat rumput dia xmo. nak main atas simen  jugak
Main cumi cumi sambil buat muka serius

Orang tengah sibuk kemas rumah nak kenduri..dia buat spotcheck plak

Penat main sampai tetido


Dok explore apa ada kat dapur mak

Takut pasal kena letak kat luar rumah

Pot lepak...bawah almari cawan

Takut sangat..sembunyi bawah keter ayah
Seronok tengok diorang bersuka ria kat tempat yang luas...bilalah agaknya nak ada duit berkepuk nak buat laman luas luas untuk furkids bersuka ria....alahai...

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...