Tuesday, February 8, 2011

Sudden Death Syndrome in Cat

Apa yang nak di tulis hari ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri..Kehilangan Kyo yang amat dirindui..

Sindrom mati mengejut dikalangan kucing adalah satu sindrom yang amat ditakuti oleh semua pemilik kucing. Sehari atau seminggu sebelum si comel meninggal dunia, dia nampak normal...bermain, bermanja dan makan secara normal..secara tiba tiba dia meninggalkan kita...biasanya semasa tido..mereka pergi tanpa tanda..tapi meninggalkan tanda tanya dikalangan tuannya..beberapa sahabat furkids dan saudara mara juga mempunyai pengalaman yang sama..tak tahu kenapa semenjak akhir akhir ini hampir setiap hari kami mendengar dan membaca berita kematian kucing kesayangan..berbagai bagai maklumat yang cuba aku cari..

Kajian yang telah dibuat oleh Dr Mike Richards, seorang veterinar yang berpengalaman di dalam pengendalian kes anjing dan kucing menunjukkan sindrom mati mengejut ini berkemungkinan besar disebabkan oleh penyakit cardiomyoparty dan heartworm. Menurut beliau, jangan terkejut jika kucing kita yang aktif tiba tiba terkulai lesu...heartworm biasanya akan menyerang pulmonari arteri...beberapa heartworm yang hadir di dalam tubuh simanja sudah cukup untuk menyebabkan kematian mengejut. Kadar toksin yang tinggi di dalam tubuh kucing juga boleh memudaratkan mereka..penggunaan terlalu banyak bahan kimia ke atas kucing adalah tidak digalakkan tanpa nasihat daripada veterinar yang bertauliah..

Batu karang mungkin juga merupakan penyebab kepada mati mengejut. Sebagai tuan punya kucing adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memerhatikan gerak geri simanja..Ini kerana simanja tidak mampu bercakap..namun kita boleh mengetahui simanja mengalami kesakitan melalui poo atau pee mereka..sekiranya simanja mengalami kesukaran untuk pee..mungkin dia mempunyai sindrom batu karang..

Jika anda mempunyai kucing jantan yang berumur diantara 1 hingga 3 tahun, sudah dikasi, memakan 100% biskut dan biasanya mampu untuk makan selama 24 jam..mungkin anda perlu berhati hati dan memberi perhatian yang lebih kepada simanja. Kucing betina agak jarang menghidapi penyakit ini..

Bagaimana batu karang memudaratkan simanja?

Kucing biasanya akan menanggung sakitnya sendiri..simanja biasanya mengambil masa yang agak lama untuk pee..mungkin sedikit darah juga akan turut keluar bersama semasa mereka pee..kita kena lah perhatikan poo dan pee mereka selalu..apabila kencing yang tidak lawas berlaku, ia akan jadi tersumbat dan menjadi racun di dalam badan mereka..akhirnya urine yang beracun akan meresap ke dalam saluran darah dan terus ke otak..beberapa ketika ia akan membunuh sel otak..sel otak yang gagal menyampaikan maklumat ke organ organ penting akan menyebabkan fungsi organ akan terhenti...akhirnya badan simanja pun akan shutdown dan pergi selamanya..

Bagaimana untuk mengelakkan batu karang?

 1- buat analisa terhadap simanja dengan mengambil kira jantina, umur dan beratnya.

2- buat pemeriksaaan keatas pundi kencing yang terletak di celah kelangkang kaki belakang. pundi kecing yang normal rasnya macam belon diisi air separuh. bagi kucing yang mengalami batu karang, rasanya besar dan keras macam buah mangga.

3-Elakkan dari memberi 100% biskut kepada kucing. Boleh beri kucing makan ayam rebus tanpa garam.  Makanan basah juga boleh diberi. Terdapat beberapa makanan kucing yang memang khas untuk urinary control untuk elak pembentukan batu karang. 

4-Beri kucing makan dengan kadar yang sedikit 2 atau 3 kali sehari...jangan melambakkan makanan di depan mereka.  

5-Buat pemeriksaan berkala. selalunya kucing normal, bila cangkung jer terus pee. Jika dua tiga kali pusing tak kencing kencing dan mulut dia mengeluarkan bunyi, buat pemeriksaan pundi kencing. 

Rawatan  batu karang. 

Jika simanja mempunyai tanda tanda batu karang, cuba cari ubat di klinik haiwan dan ubah cara pemakanannya. Cuba beri makanan basah 2-3 kali seminggu. Jangan beri kucing makan pada kuantiti yang banyak.

Boleh juga bawa terus ke vet yang bertauliah. Tapi kos rawatan agak mahal dan prosedur rawatan agak menyakitkan. Vet akan memberi ubat bius kepada simanja dan seterusnya memasukkan tiub kecil dari lubang kencing hingga ke pundi kencing. Ia kan ambil masa selama 7 hingga 10 hari untuk sembuh. tetapi bayangkan penderitaan yang terpaksa di lalui oleh simanja dalam tempoh itu. Jika penyakit batu karang dapat dikesan lebih awal, tiub tak perlu digunakan. Cuma ubat dan ubah cara pemakanan sudah mencukupi. 

Kami berharap semua akan dapat manfaat dari penulisan hari ini..bunyi agak serius kerana kami baru sahaja meratapi kehilangan Kyo.. Jadilah pemilik yang bertanggungjawab..sentiasalah kita berpesan pesan antara satu sama lain...

Setiap manusia tidak lari dari melakukan kesilapan..tapi sebagai umat Islam adalah tak munasabah jika kesilapan dan kecuaian itu berlaku berulangkali...Ini peringatan untuk diri sendiri. Insyaallah... Semoga Allah memberkati kita di dalam usaha membantu makhlukNYa yang comel itu..


Salam sayang dari Furkids




8 comments:

mishungu said...

thanks utk info ni..
sy pon baru kematian kucing isnin/selasa lps..x pasti sbb dia tiba2 hilang..bila jumpa dah mati..
mati mengejut la sbb nmpk sihat je sebelum tu..pg isnin time sahur pon elok je msk rumah mkn..tu la last lps tu hilang..so sy google2 jumpa blog awk..so sy rasa dia kena batu karang..sbb mmg nmpk dia ada problem kencing..kejap2 korek tanah duduk lama bila bgn nmpk air kencing sikit je..huhuhu sbb x tau igt xde apa sbb nmpk sihat je kan..

mishungu said...

thanks utk info ni..
sy pon baru kematian kucing isnin/selasa lps..x pasti sbb dia tiba2 hilang..bila jumpa dah mati..
mati mengejut la sbb nmpk sihat je sebelum tu..pg isnin time sahur pon elok je msk rumah mkn..tu la last lps tu hilang..so sy google2 jumpa blog awk..so sy rasa dia kena batu karang..sbb mmg nmpk dia ada problem kencing..kejap2 korek tanah duduk lama bila bgn nmpk air kencing sikit je..huhuhu sbb x tau igt xde apa sbb nmpk sihat je kan..

p.r.i.n.c.e.s.s blog said...

Kucing sy pon baru mati smlm...penyakit batu karang...sblom mati 4 hari xmkn sbb dia sakit...tp sblm nie sy mmg xperasan psl sindrom batu karang dia...slps vet buat rawatn dia xdpt bertahan..jadi slps beberapa jam rawatan dia pergi buat selama2nya...

Unknown said...

Meow sy br je kne pnykit btu karang ni..2 3 hri sy perasan dia pusing2 dlm litter box dia 2..kne plk time cuti gomen nk merdeka ri2..ya allah sedihnya tgk Troy cm2..nk g privte sbnrnya xmmpu sgt..tfk dia kncing ada drh.ssh hti..hbs cti merdeka g vet gomen..dktr bg antibiotik..xgtau pn dia kne batu karang tp psan awl2..bwk g prvte klu xley kncing lg..nk jd citer..blik 2 dia bring..nmpklar tut dia trkeluar..cm kuning2 hjgnya xnormal..ssh hti..esknya cll dktr gomen..dia xblh buat..kne g prvte...nk slmtkn nyawa Troy..gagah jgk bwk..nsib suami xksh..drpd dgr Troy mngiau skit nk kncing..pgi2 dia kata ada btu karang btl2 kt tut..dia try nk bwk kua xdpt sbb Troy trggit assistant dia pny tgn..laz dia bg ubat larut batu karang 2..antibiotik n mknn brand Hills..urinary tract health..klu xok jgk..kne operate katanya..balik 2 Troy wt prngai..dia nk kncing..sy nk tgk dia xbg..tp dia active sgt..asek mntk mkn..tp bila dia poo..poo dia mula2 keras..dh 3hri br lembik sbb dktr mntk bg dia wetfood nk bg bdn dia ada air..rsnya dia dh ok kot ckt..tp sy still ssh hti.. :'(

mira said...

kucing saya baru jadi batu karang..alhamdulillah..masih alert lagi..bwk pegi vet..kena tahan 3 hari...lps bwk balik tu...asyk kencing je...poo dia mcm biasa..tpi ada 3-4 kli jgk dia kencing berdarah ...doktor ckp klo x kencing dlm masa shari...kena bwk pegi balik...semlm dgn hari ni,dia kencing sikit je....esk nk bwk dia pegi jmpa vet balik...hrp2 lepas balik ni..dia sihat mcm biasa...Amin..

Anonymous said...

Kucing sy baru mati lepas maghrib td sebab batu karang. Dia dimasukkan tiub sbb batu karang tu dh teruk sangat sampai yang keluar semuanya darah je. Saya sedih sangat.

Unknown said...

salam..seekor kucing jantan sy kini berada di ward disebbkn batu krang..esok akan discharge..doakan dia sembuh dr batu karang..Amin..seekor lagi di rumah..ade kucing betina..sy xpasti dia kenapa..kerana dia sedang bunting..tp tidak mahu makan..hanya minum sahaja...sy takut dia juga ade batu karang..sy cube jgk bagi jus lobak putih..bahaya tak pada kandungan dn diri dia?

Anonymous said...

Ada x ubat untuk bg kucing senang kencing?

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...