Tuesday, October 23, 2012

YUKI SI HITAM PUTIH

Yuki yang cumel dan tersangat manja, tapi bila nak pegang lama-lama bukan dia suka. Nak ajak tido sama pun usah harap lah. Tapi time bila nak makan pandai plak soh kita dok dekat tengok dia makan..

Siapa sangka, dulu dia strays kat bawah apartment. Sekarang dah jadi kucing yang jelita.

Suka tengok muka dia dalam gambar. Sungguh terserlah kecomelan dia. Tak banyak kerenah dan tak nakal. Memang dari kecik memelihara yang sekor nih amat mudah. Cuma tang mandi yang azab, siap macam nak berperang dengan kita bila nak mandi.

Tapi, Bob & Monyet suka ligan dia. Entahlah kenapa...kesian Yuki...




Yuki budak baik, semoga Allah melindungimu sayang. Semoga kamu baik-baik saja. Mama & Baba sayang sangat pada kamu.

Monday, October 15, 2012

KIMI MENJENGAH ALAM DEWASA

Budak Kimi sekarang dah makin besar, dah nak masuk 7 bulan dan dah sesuai untuk disnip. Cuba buat appointment dengan Dr Krishnan untuk spay Kimi kat Klinik Kembiri, namun hampa. Menurut dr hanya ada kekosongan pada 21/10/2012. Kebetulan pada tarikh tu pulak nak balik kampung untuk beli barang keperluan hari raya. Ermmmm....Jadi kami berbincang dan buat buat keputusan nak spay Kimi kat Honey Vet. So, buat appointment ngan Dr Nurul thru FB. Senang.. Pilih tarikh 13/10/2012 untuk sunatkan anak bujang yang bernama Kimi itu. Huhuhu..

Pagi tu, keje halfday. So, mintak hubby siapkan si Kimi sebab .nak make sure sampai kat Honey Vet pukul 2. Alhamdulillah...perjalanan kali nih agak lancar. Masa 1st time nak pegi Honey Vet dulu, sesat jalan, perjalanan setengah jam jadik berjam jam. Hehehe...

Kimi the Good Boy nampak selesa jer bila sampai kat Honey Vet. Timbang berat dah 3.84kg. Dr Nurul check gigi macam dah ada karang gigi. Entah mana lah dapatnya karang gigi tuh. Dr cakap badan budak bertuah ni besar. Masa hari tuh jugak vaksin kan Kimi. 

Then, kami pi makan makan dulu sementara Kimi kat Honey Vet. Wah...banyak jugak kucing terbiar kat area Bandar Baru Bangi nih. Cumel-cumel pulak tuh. Tapi picture xteringat nk snap.Uhuuu..
Kalau tak ingat kat rumah dah ada 12 ekor musti dah ada yang terbawa balik..

Dalam kul 3.30 Dr Nurul call, cakap Kimi dah ready untuk dibawa pulak. Sekejap jer dah siap. Kesian budak Kimi..Muka macam budak yang sangat baik. Dok dalam keta pun baik jer. Sampai rumah, cepat cepat keluarkan dia dari  carrier...tak sabar nak tengok dia..


Inilah muka budak yang baru lepas kena vaksin dan snip...

Tido atas beg deuter mama
Muka Kesian


Malam minggu Kimi tido lena. Dalam pukul 5.30 pagi..dia naik atas tido sebelah Baba dia...huhuhu..
Dasar anak manja, mintak peluk. Pandai betul budak bertuah tuh. Suara pun keluar ala ala manja..

Hari Ahad, dari pagi sampai tengah hari, Kimi dok tido jer. Demam...kesan vaksinlah nih. Barulah nampak macam budak baik sikit...

Sepanjang ari dok tido atas katil dengan muka tak larat...

Masih Tak Larat
Gud Boy.....
Cuba basuh muka

Kami biarkan ajer budak nih tido dalam bilik sepanjang ari. Kalau masa sihat tak usah harap nak tengok dia dok diam.

Pastu semalam, Kimi tetiba bangun mintak makan. Kiut miut jer suara dia mintak makan. Bagi makan blackwood keras takmo, mintak blackwood blender rendam ngan air. Pandai demand pulak dia nih..



Dah mula makan
Alhamdulillah...Kimi dah makin sihat. Syukur sangat. Semoga Kimi jadi good boy kesayangan ramai...

Friday, October 12, 2012

Black Cat & Dog Syndrome

Apa yang dikatakan sindrom kucing dan anjing hitam ini? Berapa ramai orang yang suka kepada kucing dan anjing hitam?


Ini adalah sindrom yang agak normal berlaku.Jika kita berjalan jalan kat luar dan tiba-tiba kelibat kucing hitam melintas, berapa ramai yang akan perasan? Setiap kali ada adoption drive berapa ramai yang akan perasan terhadap kewujudan kucing yang berwarna hitam ni?

Monyet, si hitam manis



Tahukah anda bahawa pusat perlindungan haiwan pernah melaporkan bahawa kucing dan anjing hitam yang paling sering diabaikan kerana warna mereka? Mereka adalah haiwan terakhir yang akan dipilih kerana bulu mereka hitam. 

Terdapat budaya,  termasuk kita sendiri, yang percaya kucing dan anjing hitam adalah pembawa malang dan jahat. Yang menyedihkan, kucing hitam juga digunakan dalam ritual pemujaan dan ajaran sesat. Di barat, ramai yang tidak akan membenarkan kucing hitam untuk di adopt semasa perayaan Halloween iaitu dari akhir bulan September hingga awal November. Ini adalah kerana sesetengah orang menggunakan kucing hitam untuk ritual yang dilakukan pada masa tersebut. Sesetengah orang memilih untuk mengambil kucing hitam pada Hallowen, dan apabila Halloween telah tamat, mereka membuang kucing hitam tersebut seperti sampah. 

Secara peribadi, kami sentiasa tertarik kepada kucing yang berbulu hitam. Di rumah kebanyakan anak-anak bulu kami bewarna hitam samaada campuran hitam putih ataupun hitam keseluruhan. For me, kucing hitam sangat menarik dan tertarik kerana character mereka yang sangat unik. Penjagaan mereka juga tidak renyah kerana tak nmpak kotor.


Semua orang tertarik kepada warna-warna tertentu. Tetapi, please dont judge them by their colour. Yang penting adalah personaliti!! Please do consider to adopt the black one. Sila jangan terlepas pandang yang hitam. You can make a different now. Mari berkunjung ke animal shelter dan meng adopt mereka yang berwarna hitam secara berjamaah. Ayohh!! Anda mampu mengubahnya..


Thursday, October 11, 2012

Anak bulus yang berbulus

Lama sungguh xupdate blog ni. Sampaikan password pon dh lupa. Uhuuuu...Sori ye semua. Banyak bnda yg jd 2-3 bln kebelakangan ni. Mmg xsempat langsung nk sentuh pc kt rumah. Every weeks balik ke kampung nun di Jitra nun. Klu tak pon berkampung di Penang.
Ok lah, untuk menhangatkan blk enjin, moh kita tgk gambor-gambor terbaru anak bulus di rumah.



Kimi dh besar. Bakal disunatkan secepat mungkin

Darling bertambah membesar

3 beranak lepaking atas bean bag

2 beranak berkasih sayang

Makan berjamaah


Bob maintain macho

Yuki maintain ayu
Yang tertinggal adalah picture Adik & Monyet. Tak sempat snap, bakal diusahakan secepat mungkin.

Itu sj untuk kali ni..  Bubbye

Wednesday, October 10, 2012

PERGI TAK KEMBALI...

Sudah hampir 3 bulan kejadian sedih menimpa kami seisi keluarga...dalam kekalutan kami berulang alik dari KL ke Jitra dan Penang kerana mak mengalami masalah kesihatan begitu juga ayah, ada pulak ahli keluarga kami yang lain terlantar sakit.

Tanggal 23/7/2012- Kami mula mengesyaki ada yang tak kena pada Mimi. Dia nampak stress dah asyik mengeow dan suka berkepit. Oooo..Mimi nak manja yer, peluk dan cium dia. Hairan, sungguh hairan, dia tak marah. tak pernah dia semanja ini..

Tanggal 24/7/2012 - Tanpa berlengah, Mimi dihantar ke klinik Dr Yuan. Namun jawapan yang kami terima  " dia takde apa apa".."ini mungkin pasal tak selera makan". Ermmm kecewa, kerana kami tahu something wrong happen to Mimi. Namun apakan daya kita ni bukannya veteriner .Kami berbincang untuk dapatkan 2nd opinio. Malam nih Mimi dah nampak lemah. Kami tidokan dia dalam cage dan asingkan dari yang lain lain.

Tanggal 25/7/2012- Mimi kami bawa untuk 2nd opinion kat Klinik Dr Teoh. Dr cakap dia mungkin kurang nutrisi ataupun vitamin. Sungguh musykil sebab bebudak kami bagi makan blackwood, Qiut dan ayam  rebus. Sample darah diambil untuk further check up. Dr Teoh juga suspect macam ada sindrom acute kidney failure. Dr bagi vitamin @ mineral untuk kuatkan tubuh dia. Blk dr klinik kami bawa Mimi tido bersama. Mimi mengeow seolah olah nak bagitau bahawa dia dalam kesakitan. Kami peluk dia...usap badan dia..cium dia..semua tido tak lena. Hope dr akan cepat cepat call untuk tau result darah Mimi.

Tanggal 26/7/2012- Pagi pagi tengok dia dah terhuyung hayang tapi gagah jugak Mimi nak berjalan. Menahan sakit agaknya. Selama 2 tahun jaga dia tak pernah berjaya buang kuku dia, tapi pagi nih  kuku Mimi berjaya dibuang jugak. Dia hanya merelakan.
Kami tinggalkan dia dalam cage masa nak pegi keje. Buat keje pun tak best arinih..Hati berdebar bila terima call Dr Teoh masa tengahhari. Mimi confirmed suffer kidney failure. Ya Allah...dugaan apakah ini? Terasa seperti Dejavu. Masih teringat kata kata yang hampir sama bila mak jugak diberitahu suffer acute kidney failure last month. Pas abis kerja terus hantar Mimi kat klinik dr Teoh. Dr explain further pasal keadaan Mimi yang sudah di tahap kronik. Bacaan creatine more than 1000 compared than normal cat is only 64. Maaf kan Mama dan Baba yer Mimi...kami culas semasa menjaga kamu sayang...Mimi warded diklinik...dr jugak explain total cost untuk rawatan Mimi...Buat sementara dr akan masukkan drip kt Mimi. Kami juga tnya sebab-sebab Mimi ada kidney failure. Dr Teoh ckp maybe sebab age or food yg dia amik.

Tanggal 27/7/2012. Seawal jam 8.15 pagi, terima sms dar Dr Teoh, " Mimi condition is not so good, if you want to see her you must be fast". Terus tepon bos bagitau ada emergency case. Sampai klinik nmpak Mimi dalam keadaan yang amat lemah. Hanya mampu terbaring lesu...dalam hati kami menangis. Bila panggil nama dia, dia akan buka mata dia...Hubby drop by jumpa Mimi pas balik opis...kami usap kepala dia...cium hidung dia macam biasa kami buat...cium pipi dia...Dr Teoh assistant, inform jangan pegang dia sangat pasal takut dia menghadapi renjatan. Ya Allah, engkau permudahkanlah segala urusan hamba Mu ini. Malam pun tak boleh tido, dok teringat, dok muhasabah diri. Mengapa tak perasan yang Mimi sakit.







Tanggal 28/7/2012. Tepat jam 9.35 pagi terima sms dari Dr Teoh, " Sorry to inform that Mimi has passed away on 9.30 this morning, you may come to clinic at anytime". Ya Allah, terima kasih kerana Engkau tidak membiarkan simanja kami untuk terus menderita.. Engkau ambil nyawanya dia kala dia sudah mempunyai tuan dan rumah untuk berteduh. Terima kasih kepada semua yang memberi kata semangat. Terima kasih Dr Teoh yang sudah cuba sedaya upaya untuk membantu Mimi. Namun, Allah lebih menyayanginya..

Ya Allah yang maha berkuasa, saat kami memerlukan wang ringgit untuk merawat Mimi, Engkau memudahkannya. Engkau mudahkan pemergiannya. Mimi kami jumpa pada bulan Ramadhan 2010 dan kembali ke penciptanya juga pada bulan Ramadhan 2012.Mimi pergi dan disemadikan sebagai kucing yang sudah mempunyai rumah untuk berteduh dan keluarga yang amat menyayanginya, bukan sebagai kucing jalanan. Begitu banyak pengajaran yang kami dapat.Kadangkala kita kena beringat, bila kita rasa kita sudah punya cukup ilmu, namun masih banyak lagi ilmu yang boleh kita teroka.

Kini sudah tiada kucing putih, bermata hijau dan berekor panjang penyeri rumah. Berehatlah sayang dengan tenang. Terima kasih untuk kesempatan selama Mama & Baba menjaga kamu..



Last Picture before sakit. RIP my dear. We will meet again soon.

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...