Wednesday, October 10, 2012

PERGI TAK KEMBALI...

Sudah hampir 3 bulan kejadian sedih menimpa kami seisi keluarga...dalam kekalutan kami berulang alik dari KL ke Jitra dan Penang kerana mak mengalami masalah kesihatan begitu juga ayah, ada pulak ahli keluarga kami yang lain terlantar sakit.

Tanggal 23/7/2012- Kami mula mengesyaki ada yang tak kena pada Mimi. Dia nampak stress dah asyik mengeow dan suka berkepit. Oooo..Mimi nak manja yer, peluk dan cium dia. Hairan, sungguh hairan, dia tak marah. tak pernah dia semanja ini..

Tanggal 24/7/2012 - Tanpa berlengah, Mimi dihantar ke klinik Dr Yuan. Namun jawapan yang kami terima  " dia takde apa apa".."ini mungkin pasal tak selera makan". Ermmm kecewa, kerana kami tahu something wrong happen to Mimi. Namun apakan daya kita ni bukannya veteriner .Kami berbincang untuk dapatkan 2nd opinio. Malam nih Mimi dah nampak lemah. Kami tidokan dia dalam cage dan asingkan dari yang lain lain.

Tanggal 25/7/2012- Mimi kami bawa untuk 2nd opinion kat Klinik Dr Teoh. Dr cakap dia mungkin kurang nutrisi ataupun vitamin. Sungguh musykil sebab bebudak kami bagi makan blackwood, Qiut dan ayam  rebus. Sample darah diambil untuk further check up. Dr Teoh juga suspect macam ada sindrom acute kidney failure. Dr bagi vitamin @ mineral untuk kuatkan tubuh dia. Blk dr klinik kami bawa Mimi tido bersama. Mimi mengeow seolah olah nak bagitau bahawa dia dalam kesakitan. Kami peluk dia...usap badan dia..cium dia..semua tido tak lena. Hope dr akan cepat cepat call untuk tau result darah Mimi.

Tanggal 26/7/2012- Pagi pagi tengok dia dah terhuyung hayang tapi gagah jugak Mimi nak berjalan. Menahan sakit agaknya. Selama 2 tahun jaga dia tak pernah berjaya buang kuku dia, tapi pagi nih  kuku Mimi berjaya dibuang jugak. Dia hanya merelakan.
Kami tinggalkan dia dalam cage masa nak pegi keje. Buat keje pun tak best arinih..Hati berdebar bila terima call Dr Teoh masa tengahhari. Mimi confirmed suffer kidney failure. Ya Allah...dugaan apakah ini? Terasa seperti Dejavu. Masih teringat kata kata yang hampir sama bila mak jugak diberitahu suffer acute kidney failure last month. Pas abis kerja terus hantar Mimi kat klinik dr Teoh. Dr explain further pasal keadaan Mimi yang sudah di tahap kronik. Bacaan creatine more than 1000 compared than normal cat is only 64. Maaf kan Mama dan Baba yer Mimi...kami culas semasa menjaga kamu sayang...Mimi warded diklinik...dr jugak explain total cost untuk rawatan Mimi...Buat sementara dr akan masukkan drip kt Mimi. Kami juga tnya sebab-sebab Mimi ada kidney failure. Dr Teoh ckp maybe sebab age or food yg dia amik.

Tanggal 27/7/2012. Seawal jam 8.15 pagi, terima sms dar Dr Teoh, " Mimi condition is not so good, if you want to see her you must be fast". Terus tepon bos bagitau ada emergency case. Sampai klinik nmpak Mimi dalam keadaan yang amat lemah. Hanya mampu terbaring lesu...dalam hati kami menangis. Bila panggil nama dia, dia akan buka mata dia...Hubby drop by jumpa Mimi pas balik opis...kami usap kepala dia...cium hidung dia macam biasa kami buat...cium pipi dia...Dr Teoh assistant, inform jangan pegang dia sangat pasal takut dia menghadapi renjatan. Ya Allah, engkau permudahkanlah segala urusan hamba Mu ini. Malam pun tak boleh tido, dok teringat, dok muhasabah diri. Mengapa tak perasan yang Mimi sakit.







Tanggal 28/7/2012. Tepat jam 9.35 pagi terima sms dari Dr Teoh, " Sorry to inform that Mimi has passed away on 9.30 this morning, you may come to clinic at anytime". Ya Allah, terima kasih kerana Engkau tidak membiarkan simanja kami untuk terus menderita.. Engkau ambil nyawanya dia kala dia sudah mempunyai tuan dan rumah untuk berteduh. Terima kasih kepada semua yang memberi kata semangat. Terima kasih Dr Teoh yang sudah cuba sedaya upaya untuk membantu Mimi. Namun, Allah lebih menyayanginya..

Ya Allah yang maha berkuasa, saat kami memerlukan wang ringgit untuk merawat Mimi, Engkau memudahkannya. Engkau mudahkan pemergiannya. Mimi kami jumpa pada bulan Ramadhan 2010 dan kembali ke penciptanya juga pada bulan Ramadhan 2012.Mimi pergi dan disemadikan sebagai kucing yang sudah mempunyai rumah untuk berteduh dan keluarga yang amat menyayanginya, bukan sebagai kucing jalanan. Begitu banyak pengajaran yang kami dapat.Kadangkala kita kena beringat, bila kita rasa kita sudah punya cukup ilmu, namun masih banyak lagi ilmu yang boleh kita teroka.

Kini sudah tiada kucing putih, bermata hijau dan berekor panjang penyeri rumah. Berehatlah sayang dengan tenang. Terima kasih untuk kesempatan selama Mama & Baba menjaga kamu..



Last Picture before sakit. RIP my dear. We will meet again soon.

5 comments:

Iela Lullaby said...

RIP dear..

smge kite berjumpe smula dgn smua ank2 bulus kte di sana...

Amin...

http://ielahinagiku.blogspot.com/

Awang Hafiz said...

semoga mimi mendoakan kesejahteraan tuannya di syurga kelak.

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

RIP Mimi, doakan tuan mu dari syurga ..

ery D cat said...

RIP mimi, sy tumpang sedih tp dia amat2 bertuah dipenuhi kasih syg dr diri kamu dan famili...

Cikgu DrDJ said...

RIP Mimi..harap mama dan baba tabah :(

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...