Monday, November 28, 2011

3 EKOR ANAK TIKUS

Belikan anak tikus untuk mainan anak-anak bulu di rumah. Kesian sebab banyak toys yang dah hancur..Uhuuu..Sabtu ritu time round-round kt Jusco Maluri, ternampak anak tikus ni. So, belilah dengan harapan dorang suma hepi dapat mainan baru sambil-sambil aku dok terbayang dorang lambung-lambung anak tikus tu.

Bole mamam ke ni Mama??


Tapi, yang jadi sebaliknya. Dorang ni excited minit-minit pertama je. Pastu, sian kat anak tikus tu dipandang sepi je. Uhuuuuu T_T
Apsal le beli tikus ni. Bukan ble mam pon

Yang dorang dok teruja main, benda yang bukan sepatutnya dorang main. Contohnya seperti di bawah

Yuki & tasbihnya


Sunday, November 27, 2011

AZAM TAHUN BARU

Salam Maal Hijrah to all my Muslim brothers & sisters. Alhamdulillah, kita semua masih diberi peluang untuk bernafas & menikmati nikmat kurniaanNya disamping menyambut kedatangan tahun baru 1433H.

So, sempena maal hijrah arini, Cik Bob telah menanamkan azam baru beliau untuk lebih kelihatan hensem dan bebas dari kesan cela di badan beliau. Aku selalu je nampak bulu-bulu yang kat bawah tuh jadik kaler kuning.

Anak-anak bulu yang lain Papa dorang yang akan mandikan esok. Tugas mandikan Cik Bob ni diserahkan kat aku. So, tanpa memperdulikan perasaaan beliau yang sedang tido, aku terus amik beliau, basahkan badan ngn air suam, syampoo & sental. 

Kat bawah ni pic beliau sebelum dikeringkan. 

Muka tensen

 Pas aku keringkan guna hair dryer, hasilnya, tadaaaa!!


Hensem tak saya??


Friday, November 25, 2011

Y.U.K.I

Dah lama tak update pasal Yuki. Semenjak Kyo tiada...Yuki a bit lonely. Dulu Kyo selalu temankan dia tido & jilat bulu dia. Sekarang klu dia nak main-main pon juz ngn Simba or Cik Mok. Dengan yang lain tu die x geng sangat.
 



















Tapi satu jek perangai dia yang x ubah-ubah sampai sekarang yakni terlebih manja. Klu time makan tu cam biasa le still kena tunggu. Klu x tunggu dia xmakan. Pastu pantang aku tegur musti buat bunyik ala2 mengomel. haha..Oh ye, Yuki ni aku dh spay tau. So, sekarang perangai dia macam kanak-kanak ribena sikit. Klu time pagi2 aku lepaskan jenuh ler aku menjerit sebab dia dok main lumba lari dgn Cik Mok & Simba. Bole gugur tau jantung sebab cara dorang main tuh dah macam nak berperang dah kekdahnya..wu~wu~wu (apa aku merepek nihhh!!)

Lagi satu hobi die suka main tasbih. Klu dengar je bunyi biji tasbih tu terus bangun tido pastu dok paksa aku layan dia main..hehe..
Sekarang ni kami asingkan dia daripada Bob dan Monyet sebab dorang suka buli & gigit dia. Sian Yuki...

Menguap pun comei
Tahi lalat yang memikat ati











Thursday, November 24, 2011

BUDAK KENIT LAGI..TIDAKKK!!!

Petang semalam tiba-tiba hubby balik rumah ngan muka tersengih-sengih. Aku dok pikir kenapalah pakcik nih. Pastu terus jer menuju kat aku yang tengah sibuk kat dapur sambil suakan beg dia kt depan muka aku.. Jeng2..Tudia, keluaq dah lagi sekor


 

Budak kenit nih hubby jumpa kat LRT Cahaya kata dia. Dok tergolek sekor-sekor. Tak sampai ati nak tinggalkan. Aku cam tergamam pon ada. Why2? kenapa kita selalu jumpa anak kucing?? Kenapa x jumpa emas ke, duet ke time dok jalan2?? Why2?? Tetiba aku termeroyan plak.. hew3.

Tuesday, November 22, 2011

19th NOVEMBER 2011

Selamat harijadi si manja Princess Minami Ryan aka Kochekame. Genap setahun si ibu (Simba) melahirkan anak yang tidak dikehendaki oleh beliau.Huhu...






Termenung...mengenang masa depan...takder sapa ker yang nak ngorat saya nih????








Si Ibu yang sedang tidor berdengkur2

Teringat dulu2 time Simba lahirkan beliau,  si Simba ni tak ngaku Kochekame ni anak dia. Huhuhu. Dari kecik sampai umur 6 bulan, Koche tak dapat layanan dari Simba. Yang Simba tau dok kelamkabut jaga anak Yuki. Dah macam kucing meroyan dah aku tengok, dok berubat anak ngn Yuki. Malah masa lahir tak tahulah berapa lama Koche dok terbiar dalam sarung worm. Kesian..


Nasib baik time tu ada Mimi jadi ibu tumpang. Mimi lah yang bersihkan dia n makan uri semua. Cuma bila dah besar nih baru nampak Simba jilat dia dan peluk dia. Dah comel baru Simba nak ngaku anak dia. Nama timangan masa kecik -> Si Beleh. Jalan plak terhuyung-hayang & asyik dok langgar meja makan. Muka pun blur-blur.



Gaya tidor budak nakal...mata pun tak katup abis...tido dengan tasbih kegemaran



Sekali pandang budak nih macam normal, tapi dia tersangatlah kurus. Sampaikan nak peluk pun takut sebab akan terasa macam peluk tulang. Tak rasa isi pastu sangat memilih makan plak tu. Tak berapa suka makan kibbles. Dia suka ayam rebus tp just akan makan kalau disiat-siatkan halus-halus. Lagi satu suka sangat makan tulang ayam. Risau gak nanti tercekik ke hapa. Actually macam macam cara dah cuba. Contohnya macam bagi Vitamin & AD, tapi still x jalan.

Camna caranya nak kasik dia gemuk sikit ye??

Monday, November 21, 2011

TRAGEDI

Sedih bila dengar ada kawan-kawan yang kehilangan simanja selamanya. Takziah dari kami untuk Debbie yang pernah kami jaga walaupon sekejap. Sedihnya budak comei tuh dah pegi.Untuk Owen yang kami ikuti ceritanya as silent reader.


Last week, masa bersiap siap nak balik kampung,ada tragedi yang berlaku kat bawah rumah. Lama juga nak amik masa nak update dalam blog sebab tak sampai ati. Perasaan takut pun ada juga. Takut kalau-kalau ada orang bercakap kami sengaja nak menunjuk baik. Walaupun tak pernah terniat di ati...






Last week, ada beberapa ekor anjing liar dok berkeliaran kat bawah apartment yang menjadi mangsa, kucing-kucing yang hidup menumpang kat bawah. Kesian sicomel yang dalam gambar tu dikerjakan oleh 4 ekor anjing liar. Habis badan dia tercarik carik. Nasib baik ada untie kat bawah rumah menjerit halau anjing.


Bila tengok memang sungguh menyanyat hati "dah ajal dia" kata kami dalam ati. Kata kata nak tenangkan ati. Sekarang pun malam-malam musti dengar anjing liar menyalak kat bawah rumah. Risau jugak kat kucing kucing yang dok kat bawah tu,tak tahu nak salahkan siapa...






Simanja yang dah dibungkus dengan paper dan plastik
  Disebabkan takder saper yang tolong, kami tolonglah tanamkan sicomel nih kat sebelah jalan. Penat jugak nak cari lokasi yang sesuai. Sambil digging sambil jeling, takut orang ingat kami pi buang baby pulak.





Selamat ditanam 




































Tindih ngan batu takut anjing liar korek


Masa nak berlalu pergi, hati rasa sayu. Walaupun tak pernah bermain-main dgn so comel ni waktu dia hidup, tapi tak sampai ati nak dibiarkan saja di situ. Semoga kamu damai di sana...

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...