Monday, November 21, 2011

TRAGEDI

Sedih bila dengar ada kawan-kawan yang kehilangan simanja selamanya. Takziah dari kami untuk Debbie yang pernah kami jaga walaupon sekejap. Sedihnya budak comei tuh dah pegi.Untuk Owen yang kami ikuti ceritanya as silent reader.


Last week, masa bersiap siap nak balik kampung,ada tragedi yang berlaku kat bawah rumah. Lama juga nak amik masa nak update dalam blog sebab tak sampai ati. Perasaan takut pun ada juga. Takut kalau-kalau ada orang bercakap kami sengaja nak menunjuk baik. Walaupun tak pernah terniat di ati...






Last week, ada beberapa ekor anjing liar dok berkeliaran kat bawah apartment yang menjadi mangsa, kucing-kucing yang hidup menumpang kat bawah. Kesian sicomel yang dalam gambar tu dikerjakan oleh 4 ekor anjing liar. Habis badan dia tercarik carik. Nasib baik ada untie kat bawah rumah menjerit halau anjing.


Bila tengok memang sungguh menyanyat hati "dah ajal dia" kata kami dalam ati. Kata kata nak tenangkan ati. Sekarang pun malam-malam musti dengar anjing liar menyalak kat bawah rumah. Risau jugak kat kucing kucing yang dok kat bawah tu,tak tahu nak salahkan siapa...






Simanja yang dah dibungkus dengan paper dan plastik
  Disebabkan takder saper yang tolong, kami tolonglah tanamkan sicomel nih kat sebelah jalan. Penat jugak nak cari lokasi yang sesuai. Sambil digging sambil jeling, takut orang ingat kami pi buang baby pulak.





Selamat ditanam 




































Tindih ngan batu takut anjing liar korek


Masa nak berlalu pergi, hati rasa sayu. Walaupun tak pernah bermain-main dgn so comel ni waktu dia hidup, tapi tak sampai ati nak dibiarkan saja di situ. Semoga kamu damai di sana...

2 comments:

ery D cat said...

alhamdulilah ada jg yg simpati..bt la sekadar termampu dan perlu krn kt ni makhluk Tuhan jg...bagus sgt...mgkin dia pun turut berterima kasih tp mgkin ngn cara dia...bg ery ini bukan kes menunjuk2..bg ery ni perlu untuk memberi tahu kat semua yg bukan kwn2 kta tntang sifat belas kasihan ni...terima kasih krn kuburkan dia...

MamaBetty said...

setuju ngan ery..tq sbb kuburkan si comel tu..daripada dibiar gitu aje..kesian dia..anjing2 tu pon x salah..depa xde akal..hidup atas instinct saje..harap2 comel2 dibawah rumah tu pandai jaga diri..

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...