Friday, December 24, 2010

Gegirl & Boboy

New update for Gegirl & Boboy.

Aku dah jumpa adopter yang sesuai for both of them..Thanks to Aza yg bersusah payah google address aku semata-mata nak dtg view them..Hehe.. So, klu xada aral diorang aku akan lepaskan kat new owner middle of January next year after aku dh dewormed diorang. As for mommy cat a.k.a Mimi aku nk neuter dlu before put for adoption..So, klu ada sapa2 berminat ngn Mimi juz let me no k..

Picture kitten aku akan update mlm nih..anak Yuki n Bob pon Insyaallah aku akan let go kepada org yg mampu kasik diorang better life & love..Sekarang tgh screening lists yg panjang tuh sbb aku nk kasik kt org yg btol2 ble jaga diorang..

Ok sume, harini aku half day, ptg karang nk g vet cari ubat cacing sbb nmpak cam Gegirl n Boboy ada mslh kecacingan..Aktiviti mgu nih n next week agak padat..Nak update blog pon xsempat..Blk umah pas mandi, mkn, solat trus zzzzz..Sok aktiviti camping n BBQ plak ngn my siblings..Saja nk wak kie n mai anak buah g mandi-manda ke sg Congkak, plus ble lar melawat tempat persemadian anak Yuki yg mati hari tu..Ok lar..Mlm ti aku update pic anak bulus yg dh besar n montel tu ye..Bubbye

Wednesday, December 15, 2010

Tips Mandikan Simanja....

Hai kawan-kawan…selamat menjengah lagi ke blog furkids…terimas kasih daun keladi jugak yer pasai rajin support kami…

Dek kerana semalam aku dok mandikan anak-anak Simba, so aku pun nak share sikit tips untuk memandikan simanja nih…aku mandikan budak-budak tuh pasal dah tahan dengan mau kepam diorang…badan pun dah melekit-lekit…lagipun diorang dah pandai poo dan pee…..mak dia dah tak kuasa nak melayan kittens yang nakal teramat ituh…dalam litter box pun kalau boleh dia nak buat stunt…nak bergolek-golek macam citer Hindustan…tapi cium bau depa yang aku tak tahan..memanglah kalau diikutkan tak sesuai lagi nak kasik mandi…depa baru jer 6 minggu…tapi nak tunggu sampai umur 3 bulan, mau bau dia macam kera kat hutan…

Aku tekad…hidung pun dah tak tahan…paksa juga hubby ambik bahagian dalam acara memandikan kucen nih…sampai sakit pinggang dok melayan kenakalan anak anak kecil nih…tapi bila dah mandikan, mulalah rasa kesian….sejuk yer….takper lah sayang…jap jer…ti kita pakai hair dryer yer…

Ini pengalaman pertama mereka mandi…musti gubra…jantung mereka pun berdegup laju..mula-mula mandikan Dora the explorer….punyalah susah…dia memang tak suka orang pegang dia pun…kaki berontak nih…besar nanti jangan jadi pemberontak negara pulak yer….bila pegang jer mulalah mulut dia bising…hishhh geram betul tengok dia…rasa macam nak buat gulai

 takmo dok diam

Mangsa kedua Bob jr…Senang jer nak mandi dia…senyap dan menyerah sahaja…hehehe..teringat pulak masa mula mula mandikan Bob sr masa dia kecik kecik….

beshh jugak mandi nih

Mangsa ketiga ialah Monyet jr….lagi lah senang…siap main kocak-kocak air lagi dalam besen…macam perenang negara lagaknya…tak padan dengan tubuhnya yang bulat itu…ha itu dia perenang dari Malaysia memulakan renangan….

Mangsa terakhir, Yuki jr,….muka macam penakut, tapi buas nak mapus…muka selamba jer mandi…tapi mulut bising macam mak dia….nasib baik tak memberontak…
Tapi pic Monyet jr dan Yuki jr tak dapat nak snap…camera out off memory….furkids bisik kat telinga aku semalam….belilah camera yang canggih sikit, asyik out of memory jer…dah lah lembab kamera tuh…banyak lah songeh korang…

syampoo kasik wangi

Bila dah mandi…aku kasik hadiah ciuman kat depa semua…nanti next month kita mandi lagi yer…Dora kena ubah sikap tau…jangan malas mandi…nanti pakwe lari…

Sejuknya


Bila nak kering nih?


Memandikan seekor kucing bukanlah satu aktiviti yang mudah. Aku sokong sangat yang ini..Ia juga bergantung kepada saiz kucen dan perwatakannya. Memandikan kucen sebenarnya dapat membantu mengurangkan kutu dibadan mereka. Ia juga akan dapat membersihkan mereka dari kotoran dan bacteria yang tidak diperlukan..Fungus dan penyakit kulit jugak dapat dielakkan. Adalah lebih baik jika kita menyikat bulu mereka sebelum mandi..Kuku mereka juga boleh dibuang pada masa ini.. ophthalmic ointment boleh digunakan untuk melindungi mata kucen anda..Kadang-kadang kucen akan rasa terancam dan dia akan mula memberontak.Agak biasalah kalau dia lari macam tak cukup tanah dan mula mengeluarkan suara yang garang. Oleh itu, ini ada sikit tips yang boleh kita kongsi dan manfaatkan bersama:-
  • Pastikan gayung atau getah paip, sikat, syampu dan tuala berada dalam jangkauan kita. Kalau kita ada partner yang tolong mandikan kucen, mungkin agak mudah yer…tambahan pula ia lebik praktikal..
  • Biasanya kucen tidak suka pada air sejuk. Dia kan mula menggelupurlah kalau kena air sejuk. Biasanya aku akan guna air suam untu buat simanja rasa selesa.
  • Ada juga orang yang suka guna air yang dicampur dengan jus lemon sebagai air bilasan badan kucen apabila selesai mandi. Ini untuk memastikan kesegaran tubuh badan kucen..ala ala kat spa gitu…tapi aku tak pernah praktis lagilah…ti dah cuba akan diberi komen yang sewajarnya.
  • Tuala juga boleh digunakan sebagai alas kaki kucing saat dimandikan. Hal ini berguna agar kucing dapat berpijak dengan baik dan tidak licin. Simanja biasanya akan merasa lebih tenang dan dapat mengurangkan stress.
  • Apabila kucen memberontak, cuba beri belaian yang manja kepadanya..cuba bawa dia bertenang..apabila dia cuba melarikan diri, jangan simbah air kebadannya…simanja akan lebih rasa terancam.
  • Seelok-eloknya bahagian leher dan muka kucen jangan disimbah dengan air. Dia akan rasa terkejut dan takut kelemasan pulak.
  • Gunakan tuala lembap untuk membersihkan leher dan muka kucen..guna wet tissue pun boleh jugak…bersihkan telinga dan mata kucen dengan lembut dan penuh kasih sayang.
  • Ketika memandikan mereka, jangan sampai syampo terkena muka dan telinga mereka..takut dia rasa pedih pulak..
  • Bulu kusen yang lembut akan menyerap bih-buih syampu dengan agak banyak, oleh itu..pastikan badan kucen dibilas dengan sebersih-bersihnya.
  • Gunakan tuala yang lembut dan bersih untuk mengelakkan bacteria dan hama melekat pada bulu simanja. Pilihlah tuala kapas yang mudah menyerap air.
  • Hair dryer boleh juga digunakan dalam proses mengeringkan bulu kucen,,,tapi awas..jangan menghala muncung hair dryer terlalu hamper dengan kulit simanja..Kulit simanja agak sensitive dan ini akan menyebabkan mereka rasa terancam.
  • Keringkan bulu simanja sehingga betul- betul kering kerana dikuatiri kucen akan rasa terlalu sejuk dan banyak kotoran akan melekat pada bulunya.


Montot Dora mengancam tak?

fuhh lega...

Ini adalah peringatan kepada pemilik kucen sekelian…sekiranya anda tidak yakin untuk memandikan kucen anda atau memotong kuku mereka, boleh lah bawa simanja ke grooming center yang lebih berpengalaman..


gambar hiasan:- kucen yang memberontak
gambar hiasan:- pengendalian yang bagus

Cukup tips untuk hari ini…selamat memandikan simanja dan juga selamat membasahkan diri anda..Let’s the water splash on you….

Selamat mencuba…..dan renung renung kan

Monday, December 13, 2010

Happy 1st month birthday Boboy and Gegirl…


Selamat hari jadi….selamat hari jadi…selamat harijadi boy n girl…jangan nakal-nakal tau….kamu ini kitten bertuah tau…punya mama seperti Mimi…

Gegirl dan Boboy mintak kluar dari cage

Semalam 12/12/2010, genap sebulan anak-anak Mimi yang baru…selepas kematian Baby Meow, Mimi pregnant lagi…ini adalah kesilapan hubby yang terlepaskan dia merayau masa balik kampong raya arituh…nasib baik dapat 2 ekor jer anak dia…kedua duanya amat manja dan comel…bersih sangat badan dia…suka memanjat cage dan bila kita pandang dia, pandai mintak nak kluar dari cage…

Mimi masa mula mula di bawa pulang ke rumah

Boboy Meow ni si adik…raut muka macam late Baby…sangat cergas…pandai grooming badan sendiri…pee dan poo pun teratur….domestic short hair….kaler pulak red and white…sangat suka bila kita dok pegang pegang dia…

Pandainya posing


Gegirl Meow ni si kakak…muka macam takut takut jer….suka nak mintak kluar cage…suka memanjat…doa nih domestic medium long hair….mungkin dapat dari gen bapak dia…kaler calico…sungguh comel…antara kucen calico yang paling cumel aku pernah jumpa…

Gegirl yang cumel

Aku dan hubby dah berbincang….Mimi sudah semakin ok berbanding dulu masa mula-mula aku selamatkan dia…dia suka makan kibble yang fresh…yang dah lemau dia tak berapa nak makan…suka minum air…poo dan pee pun dah teratur…perangai pun dah jadik macam kucen indoor aku yang lain…she just a bit defensive…akibat pengalaman ngeri semasa diluar mungkin….semakin hari semakin manja….seekor ibu kucen yang amat penyayang dan amatlah pembersih…suka kalau aku korek telinga dia….siap air liur meleleh lagi tiap kali korek telinga…sedap dan selesa lah agaknya tuh…

Boboy lagik

Kami layan dia sama macam yang lain…makan food yang sama….mendapat belaian kasih sayang yang sama…dipeluk dan dimanja pun sama….tak ada bezanya…bulu Mimi yang puteh bersih pun terjaga rapi….tapi sian…dek kerana ekor yang panjang, hubby selalu terkepit ekor dia masa nak tutup cage….mula mula dulu dia agak marah….sekarang dia dan pandai tarik ekor dia cepat cepat…

Nak lari pi mana?

Mungkin sekarang sudah masanya…kami mencari tuan yang baru buat Mimi dan kittens…kami kenakan adoption fee RM150 untuk spay Mimi dan dewormed kitten….memang tak mau Mimi beranak lagi…kami juga mahu pastikan siibu dan kitten betul betul sihat…kesian sebenarnya kalau kami jaga Mimi sebab dia dan Yuki tak ngam….nak lepaskan dia dari cage pun kena hati hati…kalau boleh nak carik tuan yang betul betul boleh jaga…yang ada tempat yang selesa untuk dia main dengan anak anak dia….beratnya hati ingin melepaskan mereka…kerana hati sudah semakin sayang….tapi…demi kepentingan mereka…kami terpaksa…sesiapanya berminat boleh lah msg kat aku yer…tapi peringatan….kami mahukan tuan baru yang betul betul ikhlas dan betul betul berminat terhadap kucen sahaja..semoga Allah memakbulkan doa ku untuk melihat engkau bahagia…

Tak reti dok diam

Mimi…aku akan cuba carikan tuan yang terbaik untuk kamu…agar kamu akan sentiasa disayangi dan dijaga rapi…aku tak mahu kamu punya pengalaman yang ngeri lagi…aku juga tak sanggup kalau kamu melihat anak anak kamu terabai …tak sanggup aku melihat kamu melihat kamu merayau rayau meminta ehsan untuk mengalas perut lagi…kita punya kenangan indah yang tak terungkap dengan kata kata…kalau Baby masih ada tentu dia pun gembira…ibu dia sudah terjaga….sudah dibelai dan dimanja…

Mimi pun dah cumel




Sunday, December 12, 2010

KUCING MEROYAN??

Alamak….aku rasa kucen aku meroyan lah…saper??? Simba Minami kucen siam ku yang kepala angin..Simba nih baru jer umur setaun lima bulan…exact birthday ialah 28/7/2009..dia nih anak Chito Minami, kucen domestic short hair aku yang tak berapa nak comei.Dia dapat baka Siam nih dari pak dia..pak dia strays kat apartment aku..masa aku buat umrah taun lepas Chito on heat dan berjaya escape kuar rumah..hasilnya 5 ekor kitten yang pelbagai warna…lagi 4 ekor anak chito aku dah kasik adopt kat orang lain…aku simpan Simba nih pasal aku tak pernah ada kucen siam..hehehe..masa kecik kecik dulu sangatlah comei…almost sumer kitten nih comei-comei kan…dia jugak tak banyak ragam..tak pernah escape kuar rumah macam Chito…

Chito Minami, ibu Simba Minami

aku nak citer sikit pasal sejarah kucen Siam nih..Nama pun Siam mustilah baka nih berasal dari Thailand kan..Kat Thailand masaa dulu-dulu baka Siam ni adalah kucen yang dipandang mulia. Sebabnya baka Siam hanya boleh didapati kat temple ataupun istana..consider as penjaga temple dan istanalah…dek sebab itu, kucen Siam dijaga dengan rapi dan hanya keturunan diraja dan sami sahaja yang memelihara kucen siam nih..Kat Thai kucen nih dipanggil “berlian bulan” sebab dipercayai kucen nih akan bawak tuah kat orang yang jaga dia…pada taun 1878, America Consul hadiahkan seekor kucen siam kat presiden USA.pada taun 1884, British Consul-General hadiah kan sepasang kucen siam kat adik dia..diwartakan kucen nih beranak dan anak-anak dia dipertontonkan kepada orang ramai…namun anak-anak dia tak survive..tapi takder pulak dokumen yang mengatakan kenapa kitten nih tak survive..sejak dari itulah kucen siam mula membiak di Eropah dan UK...di sana, kucen siam mempunyai nilai yang tinggi dek kerana sifat exoticnya...kucen siam jugak dipercayaai antara baka kucen yang paling tua di dunia dan bersifat oriental..tapi kat Malaysia, kucen siam bersepah kat tepi jalan umpama tiada nilai...kesiannya...di US dan Australia terdapat profesional breeder dan pengkaji kucen siam..

Simba Minami....

Hasil kajian, kucen siam nih telah diiktiraf sebagai kucen yang mempunyai personaliti yang persona.  Namun awas…kucen siam adalah kucen yang susah nak kawal perasaan dia..dalam perkataan lain, agak pemarah..sebab tuh lah kalau ada kucen siam kita kena pandai berkomunikasi dengan dia..kucen siam jugak bukanlah kucen yang jenis indoor, pasal dia cepat boring kalau kita selalu kurung dia..nanti mood dia swing plak..kucen siam suka bermain dengan budak-budak dan suka suasana yang agak bising..Dia kena diberi perhatian sentiasa sebab dia suka show off dia punya IQ…Kalau kucen nih marah..dia akan mula mengeluarkan suara yang semakin tinggi…yang ini aku tak nafikan....kucen siam ini jugak adalah kucen yang suka belajar benda baru...


Naper hidung Simba nih makin gelap????

Ada dua jenis kucen siam iaitu yang moden dan traditional..beza keduanya dari segi bentuk muka lah…yang traditional muka dia berbentul epal dan sleek..yang modern muka dia 3 segi dan badan agak kurus…bulu dia pulak semakin terdedah kat matahari, akan jadik semakin terang…kalau dok kat umah jer bulu dia akan jadik makin hitamlah..Mata kucen siam biasanya adalah biru…Kucen siam jugak ada beberapa nama  lain seperti color point, balinese dan jugak javanese...ini bergantung kepada sifat dia dan juga bentuk spot dimuka dan juga kaki dia..


Wajah suci ketika masih remaja

Dipercayai jugak kucen Siam adalah kucen yang paling suka mandi. Kalau ada sesiapa yang ada kucen siam pastikan kucen anda mandi sekurang kurangnya sekali sebulan…sebabnya diorang memang suka main air dan ada kebolehan untuk mandi sendiri kalau kita letakkan dia kat dalam tab…tapi aku tak pernah trylah pulak yang ini…biasanya Simba nih aku bagi mandi dengan air suam..sangat senang nak beri mandi...nak keringkan pun senang...

Furkid yang serius

Balik kepada cik Simba…dia nih suka dok perhati orang..mungkin sebab hidung dia dan muka dia kaler kehitaman…masa dia pandang kat kita dia nampak sombong…tapi dia nih manja..especially dengan mak dia Chito…sampai besar nak berkepit ngan mak dia…kalau kita dok tengok tv, dia pun akan cuba menempatkan tubuh dia yang sleek tuh kat celah-celah kita…pandai mintak dibelai….dia tak nakal sangat pun…tapi awas….jangan bagi dia naik angin…memang akan jadik agak bising…dia start on heat masa umur 9 bulan…risaunya aku…pasal kucen betina nih dinasihatkan mengandung selepas umur dia setaun jer…nasib baik masa tuh, Bob pun tak matang lagik…

Bersama sahabat karib

Simba pregnant masa hari raya puasa arituh….biasa tengok dia kerempeng jer kan..bila pregnant dia nampak semakin comel…jugak semakin garang…tak boleh pegang langsung..kalau jalan selisih dengan dia pun dah cukup buat dia naik angin..dia penah gigit hidung hubby masa hubby dok bersihkan muka dia..ikut suka ati kamu lah Simba…yang penting kamu tuh sihat sejahtera…Simba nih adalah masalah kat paws dia…dia macam kena alahan….masa bawak gi jumpa vet, vet cakap mungkin dia sensitive dengan pembersih lantai….so…kami pun cuba tukar pembersih lantai….dan jugak selalu bersihkan kuku dia…Alhamdulillah..dia semakin sembuh…

Hobi ku....tido dalam kotak

Masa pagi 21/11/2010 aku tengok Simba masuk dalam cage Yuki…dok jilat-jilat anak Yuki…aku rasa sifat keibuan dia dah makin terserlah…hubby aku dan siapkan tempat dia nak beranak…dah siap bagi dia cium bau tempat tuh dan bagi dia tido…aku rasa macam lambat lagi jer dia nak beranak..tapi….apa yang tak disangka-sangka berlaku…masa hubby balik rumah, dia dengar ada bunyi anak kucen..dia pun dok carilah merata-rata sebab bunyi tuh makin kuat dan makin kuat…rupa-rupanya Simba dah teberanak kat belakang hifi ..hubby aku pun apa lagi….jadi kelam kabutlah…Simba tak buat apa-apa pun kat anak dia…dia jugak tak makan uri dan tak potong tali pusat kitten….apa lagi….demi nak selamatkan kitten, hubby guna gunting untuk potong tali pusat kitten tuh..dia jugak pujuk Simba makan uri dan jilat kitten…tapi Simba buat tak tahu….yang dia tahu dia nak pi dok jilat-jilat anak-anak Yuki…nasib baik ada Mimi….hubby letak kitten kat dalam cage Mimi…Mimi yang tolong jilat sekecik tuh dan bagi susu….terharunya….time kasih yer Mimi Meow….Hubby tak abis abis dok bising kat Simba…aku pun terperanjat jugak…sebab aku agak belum sampai masa dia nak beranak..

Dok sibuk jaga anak Yuki

Bila aku nak solat Maghrib kat dalam bilik…aku nampak macam ada benda bergerak-gerak kat atas lantai..Simba pulak dok nak melarikan diri…naper nih???? Aku jadik panic dan pening sekejap….Ya Allah….anak kucen….dengan tali pusat yang masih ada dan uri aku letak kat dalam cage Mimi…Mimi sekali lagi jadik penyelamat…masa aku angkat kitten tuh macam dah takder denyut jantung…aku ingatkan kitten takleh survive….syukur ada Mimi….Mimi…hatimu suci dan bersih seputih dan sesuci bulu mu…Mimi nih memang ibu kucen yang penyayang…
Simba buat perangai pulak….dahlah anak dia taknak dijaga…dia dok sibuk berebut anak dengan Yuki….Sian kat Yuki terpaksa berkongsi kasih anak dengan Simba….Simba….ohhh Simba…tau nak untung jer  yer….anak yang kecik tak mo…nak yang dah besar…Simba jugak jadik macam meroyan pulak aku tengok…tak boleh langsung kita usik anak Yuki…Bila dia dah sampai bergaduh dengan Yuki….aku ambik keputusan cage kan Yuki ngan anak dia….tapi Simba jadik makin ganas….bila aku letak anak kandung dia kat dia…dia sikitpun tak layan….apasal nih? Tak pernah aku alami pengalaman nih…ini pengalaman berharga...tak ternilai...

Bersama anak kandung

Simba nih memang anti kat hubby…masa dia nak serang Yuki, hubby pegang dia dan cuba kurung dia kat dalam cage…belum sempat nak tutup pintu cage, dia dok nak cakar muka hubby….nasib baik tak kena….tapi dia dapat cakar tangan….dia tak berenti kat situ…bila hubby bangun..dia dok kejar hubby sampai kat atas katil….dia cakar belakang hubby dan kedua-dua tangan hubby,…sempat jugak dia cepuk kepala hubby….ini marah sangat nih….”nah aku kasi pangkat sarjan kat engkau”…agaknya ituh yang Simba cakap kat hubby…dah macam perangai rimau dah…nasib baik hubby sempat pegang telinga dan belakang tengkuk dia…sekarang nih hubby takleh datang dekat kat dia…walaupun dia dok kat dalam cage….nampak hubby jer dia mulalah bising….dan buat gaya macam nak menyerang lagi….aku rasa hubby aku pun dan fobia dengan dia nih….hubby aku selalu cakap kat Simba  “Mental this One”..ala ala dialog dalam citer Harry Porter…

Princess Grey Ryan...Simba's daughter

Bila aku tengok anak dia pun makin besar…aku letakkan anak-anak kandung dia kat dalam cage dia…Alhamdulillah….dia dah ngaku itu anak dia….tapi sian pulak kat Mimi….pandang dari jauh dok panggil  Grey  dan Friday …ye lah…dekat sebulan budak-budak tuh menyusu dan tido dengan dia….tiba tiba dibawa pergi….kucen pun sayang kat anak….tapi manusa??anak buang kat tong sampah…cumel anak Simba nih…tapi….dua-dua ikut bulu papa Bob….aku dan hubby ingatkan dapatlah Siam bulu panjang….

Prince Friday Ryan....Simba's son

Insyaallah bila kitten dah putus susu, hubby nak neuter Simba…pasal dia tak reti jaga anak dan psikologi Simba yang tak menentu….harap dia akan lebih sihat bila dah neuter nanti….tak dapat kucen siam bulu panjang pun tak per….ati aku ini tak sanggup bila tengok dia meroyan….kesian sangat tengok muka dia…aku rasa dia akan paham…bukan aku sengaja mahu merampas sifat kebetinaan beliau….


cumel kamu berdua nih...


Thursday, December 9, 2010

Tahun Baru ...Azam Pun Baru...

Salam Tahun Baru kepada semua....Tahun 1432 Hijrah...Tahun baru dan azam pun kena lah baru...hehehe...azam yang diperbaharui pun boleh jugak. Nih nak cerita aktiviti kami pada 1 Muharram ari tuh..

Apabila tahun baru menjelma..aku berdoa dan memohon kepada Allah pencipta yang satu...

" Ya Allah ya tuhanku yang maha Pengampun dan Penyayang...Pada Mu aku memohon ya Allah...
Salam terhadap Nabi Muhammad dan keluarganya...
Kepada para Anbiak...Kepada para alim ulamak...kepada pemimpin-pemimpin yang adil....
Bantulah saudara-saudara ku di Palestin, agar mereka sentiasa mendapat perlindunganMu dari kekejaman Yahudi Zionis,
Bantulah saudara-saudara seagama ku dan diriku, dari kesesatan dan dugaan dunia ini....
Engkau lindungilah keluarga ku dari bala bencana....
Engkau limpahilah keluarga ku dengan sedikit rezekimu yang halal...
Lindungilah kami dari kekejaman para pemimpin....
Engkau ampunilah segala dosa-dosaku...
Engkau rahmatilah kedua ibubapaku...
Kasihilah mereka lebih daripada mereka mengasihiku...
Limpahilah aku dengan rasa cinta, kasih dan sayang terhadap ciptaan Mu...
Rahmatilah usaha kami untuk melindungi dan berkongsi kasih dengan binatang peliharaan kami
Panjangkanlah umur kami, agar kami dapat terus sujud kepada Mu...
Agar kami terus dapat beribadat kepada Mu...
Agar kami dapat terus membaca dan menghayati kalam Mu...
Hindarilah kami dari perasaan ragu-ragu...
Ya Allah....
Semoga tahun ini akan bertambah rezeki kami...
Untuk dikongsi bersama dengan mereka yang memerlukan....
Tetapkanlah iman kami...
Semarakanlah perasaan kasih sayang ini
Sesungguhnya....hanya pada Mu kami memohon
hanya pada Mu kami meminda...
hanya pada Mu kami merayu...
Tiada yang lain...Ya Allah.... "


Dek kerana faktor kesihatan dan agak busy maka blog furkids pun lambat diupdate...namun alhamdulillah, follower dah semakin bertambah...terima kasih yer...harap-harap taun nih akan ada lebih banyak tips untuk dikongsi bersama..

Pada 1 Muharram hari tuh, aku dan hubby habiskan masa di rumah sahaja...melayan-melayan furkids tersayang...

Bila azan subuh, hubby pun bergegas bangun solat subuh hari tuh...Kyo pun dah kelaparan....Biasa bagi breakfast kat furkid jam 7 pagi....tapi mungkin azam tahun baru dia nak makan awal sikit...bila hubby start solat jer...dia dok gigit gigit kaki hubby....dok berdiri garu garu peha hubby....nasib baik kuku tak panjang....entah apa nak jadik kat budak nih...makin besar makin manja...abis solat hubby bergegas dok bagi furkids makan....depa makan macam dah seminggu tak dapat food...aku dengar hubby dok mengomel dengan furkids....hehehe....hubby nih ada satu habit....suka bercakap dengan furkids....kadang-kadang suka berlakon dengan depa...keluarlah dialog yang bukan-bukan....tapi hubby aku nih....mulut jer bising....bila dah bagi makan, biasanya dia suka dok usap-usap belakang kucen tuh....kadang-kadang suka bagi kucen makan kat tapak tangan...especially Kyo dan Yuki....Yuki pulak ada habit suka orang tengok dia makan....biasanya hubby yang rajin melayan...aku malas....banyak g keje lain nak buat...

Kyo tido tak ingat dunia

Hubby sambung tido dengan jaya nyer...bangun-bangun, terus kemas bilik furkids....ini lagi satu keje feveret hubby....kemas bilik furkids sambil mulut bising...bersembang dengan kecen lah tuh....macamlah depa paham...bab cuci tempat poo dan pee furkids memang aku dah serahkan kat hubby....pempuan kan tak elok sangat kan ...aku tolong sapu dan mop lantai tuh boleh lah....nasib baik dapat hubby yang tak kisah..

Monyet dah cari tempat kat atas katil


Hari nih cuaca agak mendung, inilah masa furkids akan membuta....cuaca yang sesuai untuk depa tido...zzzzzzz.....tuan dia pulak dari pagi asyik dok makan...dan makan lagi...furkids tido terbongkang sampai terkangkang kangkang...yang jadik mangsa katil aku lah...tu dia sampai 4 ekor kat atas katil...aku kena berbaring kat depan tv....ini aku tuan rumah ker depa yang tuan rumah? ...hey furkids....berapa kamu bayar sewa rumah sebulan hah?...ini hubby aku suka lah nih...malam-malam pun dia suka seludup kucen masuk tido...aku dah malas nak layan...

Chito tido atas tv....comotnya awak!!!!


Hari nih yang agak aktif adalah kucen remaja ku yang berjenama American Bombay Cat....siapa lagi kalau bukan si Monyet....lompat dan lari lari dari muka pintu sampai balkoni belakang...aku risau jugak takut di terlajak sampai terjatuh....kejadian ini pernah berlaku pada Simba...sampai sekarang aku masih trauma...ohh tidak....nasib baik rumah tingkat dua....dia ok jer....cuma agak terkejut masa tuh....dia demam sehari....bila cerita bab demam nih..teringat pulak kat Kyo....dulu dia penah demam sampai menggigil tubuh badan...kesian tengok...aku ambik dia tido dan balutkan badan dia  dengan selimut yang agak tebal...baik jer dia masa nih....mata pun kuyu jer...tapi bila dah sihat...dia melompat sana sini macam orang gila...macam mana nak tau kucen kita demam????....biasanya kucen yang demam nih telinga dia sejuk...tapi jangan lah pulak korang tau kucen korang demam, korang kasik pulak dia makan panadol...kucen tak boleh makan panadol yer kawan-kawan....panadol hanya sesuai untuk manusia....kalau ada sesiapa yang bekerja sebagai veterinar boleh lah bagi nasihat sikit...apa nak buat kalau kucen demam...

Yuki tido sambil menjeling

Aku tengok Bob ari nih agak lain macam....dia dok ligan (kejar)  Monyet....Ini adalah tanda-tanda dia nak kawal kawasan dia...perkara biasa....Monyet dok cari perlindungan kat dalam bilik...kesian aku tengok....ini jugak tanda-tanda Monyet dan Bob akan dikasi tidak lama lagi....demi menjaga keamanan sejagat....


Chito sambung tido kat atas tikar

Kittens macam biasa tak mo dok kat dalam cage....dah transfer depa kat dalam 3 tier cage....tapi depa boleh meloloskan diri....pening pala...dah pandai main dengan Monyet dan Kyo...Chito pun join venture jugak....untuk pengetahuan semua kucen yang dah neuter memang suka main dengan kitten...melompat lompat Kyo main dengan anak-anak buah dia....jangan kamu terpijak sudah lah yer Kyo...kamu tuh dah lah montel...Kami merancang untuk start bagi kitten makan kibble bila umur depa 2 bulan....ini bermakna monthly expenses jugak semakin bertambah...tak pe lah....Insyaallah ada rezeki untuk budak budak nih...food untuk kucen dewasa sebulan ialah 10 kg...banyak giler depa makan....murah rezeki depa...

Bob tido tak ingat dunia

Bob jugak arinih suka dok mengusik Adik...menjerit-jerit budak tuh...Adik memang kucen betina kegilaan Bob....bila ada masa aku akan ceritakan kat korang perihal kucen aku Adik aka Si Capik....kucen ku yang cacat tapi sangat mencuit hati...manja sangat....bulu pun putih bersih....Japanese Bob Tail (kucen yang takder ekor)....muka macam berani tapi penakut piang...

Simba tido dalam kotak

Harap-harap kami akan berpindah ke rumah baru secepat mungkin....sebab rumah baru tuh nanti landed house dan kami merancang nak sediakan bilik yang lebih selesa dan ceria untuk simanja...Aku jugak berharap agar dapat memberi makanan terbaik kepada mereka...dapat memantau kesihatan mereka pada tahap maksimum....Insyaallah...sama-sama lah kita berdoa agar kita memperolehi kebahagiaan sepanjang tahun ini...

Adik pun dah jumpa tilam

Pas nih aku nak update korang pasal Simba....Siamese cat aku yang dok meroyan selepas beranak...dia jugak paling anti kat hubby aku...


Sunday, December 5, 2010

ADUHAI KITTENS....

Fuhh....fuhhhh...kena vakuum dah blog nih...dah bersawang....sorry coz lama tak update...ada masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan...

Hari ini :-

 Anak Yuki + Bob

dah berusia 35 hari...cepatnya masa berlalu...rasa macam baru semalam tengok Yuki doh sakit-sakit nak beranak..dah lah yang kluar setengah dozen plak tuh...

Chak!!!!! saya dora d explorer



dah pandai tak mo duduk dalam cage...dah pandai memanjat macam kera kat dalam cage...ikut perangai saper entah...bila kita pegang dah pandai menjerit...dah pandai panjat katil...bila bukak mata selonggok depa dok tido atas bantai...depa cakap. tido kat bawah tak best...nak tido atas katil jugak...nak wrestling adik beradik pun nak atas katil jugak..

Dora yang bulat n Yuki jr yang suka memanjat


 Dah pandai posing depan kamera..bila nampak aku pegang kamera terus depa posse...hehehe....nak jadi model ala ala Next Top Model lah tuh..
tadi masa kemas rumah...dengar bunyi vakum pun depa nih buat dekk jer....tak takut langsung...sedut ngan vakum baru tau...bila nak kemas katil pun depa sibuk manjat...bila bukat laptop, nak dok pulak kat keyboard nih...abis tuh nak update blog macammana?????....agak-agaknya depa nak update blog depa sendiri kut...ker dah ada ada hati nak bukak akaun facebook sendiri....
Monyet Junior makin tembam


dah pandai merayau-rayau keliling rumah....sampai mak dia pun tak tau nak buat camner...sian aku  tengok...patutnya, umur 4 minggu dah boleh makan kibbles...tapi aku tak try pun lagik....bila hubby solat depa dah pandai dok bergayut kat bahu...bila dok berdoa, depa dah pandai nak dok atas riba....entah saper lah yang ajar...Monyet nampak macam safeguard kat budak-budak nih...dok perati dari jauh jer adik-adik kecil lari sini sana....jangan kamu impikan nak ngap budak-budak nih pulak Monyet....jangan Monyet...(teringat zaman kecik-kecik dulu ada citer monyet yang dok pi makan cili merah tuh..walaupun sang kancil dah cakap:- jangan monyet...kita tak boleh makan cili tuh...) 


Bob Jr N Yuki Jr dok bergurau senda


Bila dok bersila depa dok suka pulak jilat kepala lutut....pantang tengok jari pun nak jilat jugak...cepat jer nampak besar budak budak nih...Adah lah suka dok posing macam Pamella Anderson kat dalam citer Baywatch tuh....nak snap gambar pun depa tak reti dok diam...punyalah susah...

Yuki datang menyelamatkan keadaan


aku risau pulak kat Simba...Simba dok ingat anak-anak Yuki nih anak-anak dia...Dia dok tidokan...dok susu kan...dok jilatkan...Simba tau tak, anak-anak Simba ada kat Mimi...Nasib baik ada Mimi...Simba jangan lah kaco anak Yuki...Sian Yuki terpaksa beralah...

Anak-anak Simba + Bob

Arinih dah 16 hari....anak-anak Simba lahir kat muka bumi nih....sekor namanya Grey dan sekor nama Friday....cumel-cumel jugak...dua-dua macam papa Bob....tak sekor pun ikut mama Simba...pun long hair jugak...murahnya rezeki Bob...anak-anak Simba tak banyak ragam...aku tumpangkan untuk Mimi jaga....Mimi memang ibu yang penyayang...Sejak lahir, Simba takmo jaga anak-anak dia....tak taulah apa puncanya... aku mintak tolong Mimi....Mimi layan macam anak dia sendiri...terima kasih yer Mimi...jasa kamu aku kenang sampai mati...hehehe...depa pun baik sangat...tak banyak ragam....sejuk mata memandang....aku angkat pun tak keluar bunyi....penah jugak aku cuba nak bagi Simba susu kan anak dia, tapi dia tetap tak mau...takper lah sayang....kamu berkasih sayanglah dengan mama Mimi kamu yang putih bersih tuh...


Wahai kittens ku sekelian...
Jangan lah kuat meragam...
Jadilah budak yang baik yer...
Kamu semuanya wajar mendapat kasih sayang
Yang tak berbelah bagi..
Yang sejati dari ibu-ibu dan bapa kamu...
Jangan nakal-nakal yer
Nanti ibu kamu pening kepala
Aku pun akan pening kepala jugak..



Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...