Selamat hari jadi….selamat hari jadi…selamat harijadi boy n girl…jangan nakal-nakal tau….kamu ini kitten bertuah tau…punya mama seperti Mimi…
Gegirl dan Boboy mintak kluar dari cage |
Semalam 12/12/2010, genap sebulan anak-anak Mimi yang baru…selepas kematian Baby Meow, Mimi pregnant lagi…ini adalah kesilapan hubby yang terlepaskan dia merayau masa balik kampong raya arituh…nasib baik dapat 2 ekor jer anak dia…kedua duanya amat manja dan comel…bersih sangat badan dia…suka memanjat cage dan bila kita pandang dia, pandai mintak nak kluar dari cage…
Mimi masa mula mula di bawa pulang ke rumah |
Boboy Meow ni si adik…raut muka macam late Baby…sangat cergas…pandai grooming badan sendiri…pee dan poo pun teratur….domestic short hair….kaler pulak red and white…sangat suka bila kita dok pegang pegang dia…
Pandainya posing |
Gegirl Meow ni si kakak…muka macam takut takut jer….suka nak mintak kluar cage…suka memanjat…doa nih domestic medium long hair….mungkin dapat dari gen bapak dia…kaler calico…sungguh comel…antara kucen calico yang paling cumel aku pernah jumpa…
Gegirl yang cumel |
Aku dan hubby dah berbincang….Mimi sudah semakin ok berbanding dulu masa mula-mula aku selamatkan dia…dia suka makan kibble yang fresh…yang dah lemau dia tak berapa nak makan…suka minum air…poo dan pee pun dah teratur…perangai pun dah jadik macam kucen indoor aku yang lain…she just a bit defensive…akibat pengalaman ngeri semasa diluar mungkin….semakin hari semakin manja….seekor ibu kucen yang amat penyayang dan amatlah pembersih…suka kalau aku korek telinga dia….siap air liur meleleh lagi tiap kali korek telinga…sedap dan selesa lah agaknya tuh…
Boboy lagik |
Kami layan dia sama macam yang lain…makan food yang sama….mendapat belaian kasih sayang yang sama…dipeluk dan dimanja pun sama….tak ada bezanya…bulu Mimi yang puteh bersih pun terjaga rapi….tapi sian…dek kerana ekor yang panjang, hubby selalu terkepit ekor dia masa nak tutup cage….mula mula dulu dia agak marah….sekarang dia dan pandai tarik ekor dia cepat cepat…
Nak lari pi mana? |
Mungkin sekarang sudah masanya…kami mencari tuan yang baru buat Mimi dan kittens…kami kenakan adoption fee RM150 untuk spay Mimi dan dewormed kitten….memang tak mau Mimi beranak lagi…kami juga mahu pastikan siibu dan kitten betul betul sihat…kesian sebenarnya kalau kami jaga Mimi sebab dia dan Yuki tak ngam….nak lepaskan dia dari cage pun kena hati hati…kalau boleh nak carik tuan yang betul betul boleh jaga…yang ada tempat yang selesa untuk dia main dengan anak anak dia….beratnya hati ingin melepaskan mereka…kerana hati sudah semakin sayang….tapi…demi kepentingan mereka…kami terpaksa…sesiapanya berminat boleh lah msg kat aku yer…tapi peringatan….kami mahukan tuan baru yang betul betul ikhlas dan betul betul berminat terhadap kucen sahaja..semoga Allah memakbulkan doa ku untuk melihat engkau bahagia…
Tak reti dok diam |
Mimi…aku akan cuba carikan tuan yang terbaik untuk kamu…agar kamu akan sentiasa disayangi dan dijaga rapi…aku tak mahu kamu punya pengalaman yang ngeri lagi…aku juga tak sanggup kalau kamu melihat anak anak kamu terabai …tak sanggup aku melihat kamu melihat kamu merayau rayau meminta ehsan untuk mengalas perut lagi…kita punya kenangan indah yang tak terungkap dengan kata kata…kalau Baby masih ada tentu dia pun gembira…ibu dia sudah terjaga….sudah dibelai dan dimanja…
Mimi pun dah cumel |
No comments:
Post a Comment