Hai kawan-kawan…selamat menjengah lagi ke blog furkids…terimas kasih daun keladi jugak yer pasai rajin support kami…
Dek kerana semalam aku dok mandikan anak-anak Simba, so aku pun nak share sikit tips untuk memandikan simanja nih…aku mandikan budak-budak tuh pasal dah tahan dengan mau kepam diorang…badan pun dah melekit-lekit…lagipun diorang dah pandai poo dan pee…..mak dia dah tak kuasa nak melayan kittens yang nakal teramat ituh…dalam litter box pun kalau boleh dia nak buat stunt…nak bergolek-golek macam citer Hindustan…tapi cium bau depa yang aku tak tahan..memanglah kalau diikutkan tak sesuai lagi nak kasik mandi…depa baru jer 6 minggu…tapi nak tunggu sampai umur 3 bulan, mau bau dia macam kera kat hutan…
Aku tekad…hidung pun dah tak tahan…paksa juga hubby ambik bahagian dalam acara memandikan kucen nih…sampai sakit pinggang dok melayan kenakalan anak anak kecil nih…tapi bila dah mandikan, mulalah rasa kesian….sejuk yer….takper lah sayang…jap jer…ti kita pakai hair dryer yer…
Ini pengalaman pertama mereka mandi…musti gubra…jantung mereka pun berdegup laju..mula-mula mandikan Dora the explorer….punyalah susah…dia memang tak suka orang pegang dia pun…kaki berontak nih…besar nanti jangan jadi pemberontak negara pulak yer….bila pegang jer mulalah mulut dia bising…hishhh geram betul tengok dia…rasa macam nak buat gulai
Mangsa kedua Bob jr…Senang jer nak mandi dia…senyap dan menyerah sahaja…hehehe..teringat pulak masa mula mula mandikan Bob sr masa dia kecik kecik….
beshh jugak mandi nih |
Mangsa ketiga ialah Monyet jr….lagi lah senang…siap main kocak-kocak air lagi dalam besen…macam perenang negara lagaknya…tak padan dengan tubuhnya yang bulat itu…ha itu dia perenang dari Malaysia memulakan renangan….
Mangsa terakhir, Yuki jr,….muka macam penakut, tapi buas nak mapus…muka selamba jer mandi…tapi mulut bising macam mak dia….nasib baik tak memberontak…
Tapi pic Monyet jr dan Yuki jr tak dapat nak snap…camera out off memory….furkids bisik kat telinga aku semalam….belilah camera yang canggih sikit, asyik out of memory jer…dah lah lembab kamera tuh…banyak lah songeh korang…
Bila dah mandi…aku kasik hadiah ciuman kat depa semua…nanti next month kita mandi lagi yer…Dora kena ubah sikap tau…jangan malas mandi…nanti pakwe lari…
Memandikan seekor kucing bukanlah satu aktiviti yang mudah. Aku sokong sangat yang ini..Ia juga bergantung kepada saiz kucen dan perwatakannya. Memandikan kucen sebenarnya dapat membantu mengurangkan kutu dibadan mereka. Ia juga akan dapat membersihkan mereka dari kotoran dan bacteria yang tidak diperlukan..Fungus dan penyakit kulit jugak dapat dielakkan. Adalah lebih baik jika kita menyikat bulu mereka sebelum mandi..Kuku mereka juga boleh dibuang pada masa ini.. ophthalmic ointment boleh digunakan untuk melindungi mata kucen anda..Kadang-kadang kucen akan rasa terancam dan dia akan mula memberontak.Agak biasalah kalau dia lari macam tak cukup tanah dan mula mengeluarkan suara yang garang. Oleh itu, ini ada sikit tips yang boleh kita kongsi dan manfaatkan bersama:-
- Pastikan gayung atau getah paip, sikat, syampu dan tuala berada dalam jangkauan kita. Kalau kita ada partner yang tolong mandikan kucen, mungkin agak mudah yer…tambahan pula ia lebik praktikal..
- Biasanya kucen tidak suka pada air sejuk. Dia kan mula menggelupurlah kalau kena air sejuk. Biasanya aku akan guna air suam untu buat simanja rasa selesa.
- Ada juga orang yang suka guna air yang dicampur dengan jus lemon sebagai air bilasan badan kucen apabila selesai mandi. Ini untuk memastikan kesegaran tubuh badan kucen..ala ala kat spa gitu…tapi aku tak pernah praktis lagilah…ti dah cuba akan diberi komen yang sewajarnya.
- Tuala juga boleh digunakan sebagai alas kaki kucing saat dimandikan. Hal ini berguna agar kucing dapat berpijak dengan baik dan tidak licin. Simanja biasanya akan merasa lebih tenang dan dapat mengurangkan stress.
- Apabila kucen memberontak, cuba beri belaian yang manja kepadanya..cuba bawa dia bertenang..apabila dia cuba melarikan diri, jangan simbah air kebadannya…simanja akan lebih rasa terancam.
- Seelok-eloknya bahagian leher dan muka kucen jangan disimbah dengan air. Dia akan rasa terkejut dan takut kelemasan pulak.
- Gunakan tuala lembap untuk membersihkan leher dan muka kucen..guna wet tissue pun boleh jugak…bersihkan telinga dan mata kucen dengan lembut dan penuh kasih sayang.
- Ketika memandikan mereka, jangan sampai syampo terkena muka dan telinga mereka..takut dia rasa pedih pulak..
- Bulu kusen yang lembut akan menyerap bih-buih syampu dengan agak banyak, oleh itu..pastikan badan kucen dibilas dengan sebersih-bersihnya.
- Gunakan tuala yang lembut dan bersih untuk mengelakkan bacteria dan hama melekat pada bulu simanja. Pilihlah tuala kapas yang mudah menyerap air.
- Hair dryer boleh juga digunakan dalam proses mengeringkan bulu kucen,,,tapi awas..jangan menghala muncung hair dryer terlalu hamper dengan kulit simanja..Kulit simanja agak sensitive dan ini akan menyebabkan mereka rasa terancam.
- Keringkan bulu simanja sehingga betul- betul kering kerana dikuatiri kucen akan rasa terlalu sejuk dan banyak kotoran akan melekat pada bulunya.
Ini adalah peringatan kepada pemilik kucen sekelian…sekiranya anda tidak yakin untuk memandikan kucen anda atau memotong kuku mereka, boleh lah bawa simanja ke grooming center yang lebih berpengalaman..
Cukup tips untuk hari ini…selamat memandikan simanja dan juga selamat membasahkan diri anda..Let’s the water splash on you….
Selamat mencuba…..dan renung renung kan
No comments:
Post a Comment