Sunday, December 12, 2010

KUCING MEROYAN??

Alamak….aku rasa kucen aku meroyan lah…saper??? Simba Minami kucen siam ku yang kepala angin..Simba nih baru jer umur setaun lima bulan…exact birthday ialah 28/7/2009..dia nih anak Chito Minami, kucen domestic short hair aku yang tak berapa nak comei.Dia dapat baka Siam nih dari pak dia..pak dia strays kat apartment aku..masa aku buat umrah taun lepas Chito on heat dan berjaya escape kuar rumah..hasilnya 5 ekor kitten yang pelbagai warna…lagi 4 ekor anak chito aku dah kasik adopt kat orang lain…aku simpan Simba nih pasal aku tak pernah ada kucen siam..hehehe..masa kecik kecik dulu sangatlah comei…almost sumer kitten nih comei-comei kan…dia jugak tak banyak ragam..tak pernah escape kuar rumah macam Chito…

Chito Minami, ibu Simba Minami

aku nak citer sikit pasal sejarah kucen Siam nih..Nama pun Siam mustilah baka nih berasal dari Thailand kan..Kat Thailand masaa dulu-dulu baka Siam ni adalah kucen yang dipandang mulia. Sebabnya baka Siam hanya boleh didapati kat temple ataupun istana..consider as penjaga temple dan istanalah…dek sebab itu, kucen Siam dijaga dengan rapi dan hanya keturunan diraja dan sami sahaja yang memelihara kucen siam nih..Kat Thai kucen nih dipanggil “berlian bulan” sebab dipercayai kucen nih akan bawak tuah kat orang yang jaga dia…pada taun 1878, America Consul hadiahkan seekor kucen siam kat presiden USA.pada taun 1884, British Consul-General hadiah kan sepasang kucen siam kat adik dia..diwartakan kucen nih beranak dan anak-anak dia dipertontonkan kepada orang ramai…namun anak-anak dia tak survive..tapi takder pulak dokumen yang mengatakan kenapa kitten nih tak survive..sejak dari itulah kucen siam mula membiak di Eropah dan UK...di sana, kucen siam mempunyai nilai yang tinggi dek kerana sifat exoticnya...kucen siam jugak dipercayaai antara baka kucen yang paling tua di dunia dan bersifat oriental..tapi kat Malaysia, kucen siam bersepah kat tepi jalan umpama tiada nilai...kesiannya...di US dan Australia terdapat profesional breeder dan pengkaji kucen siam..

Simba Minami....

Hasil kajian, kucen siam nih telah diiktiraf sebagai kucen yang mempunyai personaliti yang persona.  Namun awas…kucen siam adalah kucen yang susah nak kawal perasaan dia..dalam perkataan lain, agak pemarah..sebab tuh lah kalau ada kucen siam kita kena pandai berkomunikasi dengan dia..kucen siam jugak bukanlah kucen yang jenis indoor, pasal dia cepat boring kalau kita selalu kurung dia..nanti mood dia swing plak..kucen siam suka bermain dengan budak-budak dan suka suasana yang agak bising..Dia kena diberi perhatian sentiasa sebab dia suka show off dia punya IQ…Kalau kucen nih marah..dia akan mula mengeluarkan suara yang semakin tinggi…yang ini aku tak nafikan....kucen siam ini jugak adalah kucen yang suka belajar benda baru...


Naper hidung Simba nih makin gelap????

Ada dua jenis kucen siam iaitu yang moden dan traditional..beza keduanya dari segi bentuk muka lah…yang traditional muka dia berbentul epal dan sleek..yang modern muka dia 3 segi dan badan agak kurus…bulu dia pulak semakin terdedah kat matahari, akan jadik semakin terang…kalau dok kat umah jer bulu dia akan jadik makin hitamlah..Mata kucen siam biasanya adalah biru…Kucen siam jugak ada beberapa nama  lain seperti color point, balinese dan jugak javanese...ini bergantung kepada sifat dia dan juga bentuk spot dimuka dan juga kaki dia..


Wajah suci ketika masih remaja

Dipercayai jugak kucen Siam adalah kucen yang paling suka mandi. Kalau ada sesiapa yang ada kucen siam pastikan kucen anda mandi sekurang kurangnya sekali sebulan…sebabnya diorang memang suka main air dan ada kebolehan untuk mandi sendiri kalau kita letakkan dia kat dalam tab…tapi aku tak pernah trylah pulak yang ini…biasanya Simba nih aku bagi mandi dengan air suam..sangat senang nak beri mandi...nak keringkan pun senang...

Furkid yang serius

Balik kepada cik Simba…dia nih suka dok perhati orang..mungkin sebab hidung dia dan muka dia kaler kehitaman…masa dia pandang kat kita dia nampak sombong…tapi dia nih manja..especially dengan mak dia Chito…sampai besar nak berkepit ngan mak dia…kalau kita dok tengok tv, dia pun akan cuba menempatkan tubuh dia yang sleek tuh kat celah-celah kita…pandai mintak dibelai….dia tak nakal sangat pun…tapi awas….jangan bagi dia naik angin…memang akan jadik agak bising…dia start on heat masa umur 9 bulan…risaunya aku…pasal kucen betina nih dinasihatkan mengandung selepas umur dia setaun jer…nasib baik masa tuh, Bob pun tak matang lagik…

Bersama sahabat karib

Simba pregnant masa hari raya puasa arituh….biasa tengok dia kerempeng jer kan..bila pregnant dia nampak semakin comel…jugak semakin garang…tak boleh pegang langsung..kalau jalan selisih dengan dia pun dah cukup buat dia naik angin..dia penah gigit hidung hubby masa hubby dok bersihkan muka dia..ikut suka ati kamu lah Simba…yang penting kamu tuh sihat sejahtera…Simba nih adalah masalah kat paws dia…dia macam kena alahan….masa bawak gi jumpa vet, vet cakap mungkin dia sensitive dengan pembersih lantai….so…kami pun cuba tukar pembersih lantai….dan jugak selalu bersihkan kuku dia…Alhamdulillah..dia semakin sembuh…

Hobi ku....tido dalam kotak

Masa pagi 21/11/2010 aku tengok Simba masuk dalam cage Yuki…dok jilat-jilat anak Yuki…aku rasa sifat keibuan dia dah makin terserlah…hubby aku dan siapkan tempat dia nak beranak…dah siap bagi dia cium bau tempat tuh dan bagi dia tido…aku rasa macam lambat lagi jer dia nak beranak..tapi….apa yang tak disangka-sangka berlaku…masa hubby balik rumah, dia dengar ada bunyi anak kucen..dia pun dok carilah merata-rata sebab bunyi tuh makin kuat dan makin kuat…rupa-rupanya Simba dah teberanak kat belakang hifi ..hubby aku pun apa lagi….jadi kelam kabutlah…Simba tak buat apa-apa pun kat anak dia…dia jugak tak makan uri dan tak potong tali pusat kitten….apa lagi….demi nak selamatkan kitten, hubby guna gunting untuk potong tali pusat kitten tuh..dia jugak pujuk Simba makan uri dan jilat kitten…tapi Simba buat tak tahu….yang dia tahu dia nak pi dok jilat-jilat anak-anak Yuki…nasib baik ada Mimi….hubby letak kitten kat dalam cage Mimi…Mimi yang tolong jilat sekecik tuh dan bagi susu….terharunya….time kasih yer Mimi Meow….Hubby tak abis abis dok bising kat Simba…aku pun terperanjat jugak…sebab aku agak belum sampai masa dia nak beranak..

Dok sibuk jaga anak Yuki

Bila aku nak solat Maghrib kat dalam bilik…aku nampak macam ada benda bergerak-gerak kat atas lantai..Simba pulak dok nak melarikan diri…naper nih???? Aku jadik panic dan pening sekejap….Ya Allah….anak kucen….dengan tali pusat yang masih ada dan uri aku letak kat dalam cage Mimi…Mimi sekali lagi jadik penyelamat…masa aku angkat kitten tuh macam dah takder denyut jantung…aku ingatkan kitten takleh survive….syukur ada Mimi….Mimi…hatimu suci dan bersih seputih dan sesuci bulu mu…Mimi nih memang ibu kucen yang penyayang…
Simba buat perangai pulak….dahlah anak dia taknak dijaga…dia dok sibuk berebut anak dengan Yuki….Sian kat Yuki terpaksa berkongsi kasih anak dengan Simba….Simba….ohhh Simba…tau nak untung jer  yer….anak yang kecik tak mo…nak yang dah besar…Simba jugak jadik macam meroyan pulak aku tengok…tak boleh langsung kita usik anak Yuki…Bila dia dah sampai bergaduh dengan Yuki….aku ambik keputusan cage kan Yuki ngan anak dia….tapi Simba jadik makin ganas….bila aku letak anak kandung dia kat dia…dia sikitpun tak layan….apasal nih? Tak pernah aku alami pengalaman nih…ini pengalaman berharga...tak ternilai...

Bersama anak kandung

Simba nih memang anti kat hubby…masa dia nak serang Yuki, hubby pegang dia dan cuba kurung dia kat dalam cage…belum sempat nak tutup pintu cage, dia dok nak cakar muka hubby….nasib baik tak kena….tapi dia dapat cakar tangan….dia tak berenti kat situ…bila hubby bangun..dia dok kejar hubby sampai kat atas katil….dia cakar belakang hubby dan kedua-dua tangan hubby,…sempat jugak dia cepuk kepala hubby….ini marah sangat nih….”nah aku kasi pangkat sarjan kat engkau”…agaknya ituh yang Simba cakap kat hubby…dah macam perangai rimau dah…nasib baik hubby sempat pegang telinga dan belakang tengkuk dia…sekarang nih hubby takleh datang dekat kat dia…walaupun dia dok kat dalam cage….nampak hubby jer dia mulalah bising….dan buat gaya macam nak menyerang lagi….aku rasa hubby aku pun dan fobia dengan dia nih….hubby aku selalu cakap kat Simba  “Mental this One”..ala ala dialog dalam citer Harry Porter…

Princess Grey Ryan...Simba's daughter

Bila aku tengok anak dia pun makin besar…aku letakkan anak-anak kandung dia kat dalam cage dia…Alhamdulillah….dia dah ngaku itu anak dia….tapi sian pulak kat Mimi….pandang dari jauh dok panggil  Grey  dan Friday …ye lah…dekat sebulan budak-budak tuh menyusu dan tido dengan dia….tiba tiba dibawa pergi….kucen pun sayang kat anak….tapi manusa??anak buang kat tong sampah…cumel anak Simba nih…tapi….dua-dua ikut bulu papa Bob….aku dan hubby ingatkan dapatlah Siam bulu panjang….

Prince Friday Ryan....Simba's son

Insyaallah bila kitten dah putus susu, hubby nak neuter Simba…pasal dia tak reti jaga anak dan psikologi Simba yang tak menentu….harap dia akan lebih sihat bila dah neuter nanti….tak dapat kucen siam bulu panjang pun tak per….ati aku ini tak sanggup bila tengok dia meroyan….kesian sangat tengok muka dia…aku rasa dia akan paham…bukan aku sengaja mahu merampas sifat kebetinaan beliau….


cumel kamu berdua nih...


2 comments:

Unknown said...

Mungkin those kitens punya ayah rogol simba 😂 tu xnk ngaku anak

Unknown said...

Mungkin those kitens punya ayah rogol simba 😂 tu xnk ngaku anak

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...