Sunday, November 28, 2010

STEPS BEFORE ADOPTING A PET

Adopting a pet is a serious commitment.  Bila korang bawak balik kucen, anjing or apa saja jenis haiwan kat rumah, korang actually berdepan dengan commitment sepanjang hayat. So, korang mustilah yakin yang korang dah bersedia untuk langkah-langkah nih. Dalam penyedian untuk adoption (macam persediaan nk masak plak kan? Huhu)..Resepinya adalah seperti di bawah. So, check it out dude->


1. KENAPA?

Sebelum korang beria- ria nak bela kucen or anjing atau haiwan yg sewaktu dgnya, seelok-eloknya korang tanya pada dr sendiri. Kenapa aku nak bela kucen nih??Adakah sebab comel? Or sebab korang perlukan companion??or nak hadiahkan kt anak, bf and etc. Klu jawapan korang sebab perlukan companion, korang are in for it for  the right reason. Klu sebab " Eii, comelnya kitten nih!!" Baik x payah lar..Selalunya anak kucing akan hilang kecomelan nya bila dah meningkat dewasa. Adakah korang still interested untuk keep dia as a pet bila one day nanti korang rasa dia dah x comel or cantik?? Or korang buang je kt pasar atau tepi2 jalan sebab dia dah x comel mata memandang. Aku slalu gak terjumpak kucing2 yang berbulu panjang or breed yg bagus2 kt tepi jln or kedai makan.

Gambar Hiasan : Comel kan?? Tapi adakah akan selamanya comel mcm ni..
 Kesian kan, bila diorang dah x diperlukan di buang. Alasan sebab dah x cantik, or sebab sakit, dah buruk & dan x sanggup nak jaga menjadi alasan kita untuk melepaskan tanggungjawab tersebut. Akibatnya tanggungjawab tersebut menjadi burden kepada masyarakat dan menambahkan bilangan strays kt luar. Anak-anak kucing dan anjing terbiar semakin bertambah bilangan dari sehari ke sehari. 


2. KEWANGAN

Adakah korang mampu dari segi kewangan. Sebab bela kucen pon macam kita bela anak gak. Ada member tanya kat aku apa nak buat before ambik kucen. Bila aku jawab banyak benda nak consider before adopting a pet,j awapan dia ialah nak bela yang biasa2 saja  & yang senang macam kucing kampung. Kucing kampung pon ada perasaan macam kucing-kucing lain. Adoiii...kucing pon kena descrimination gak ke?? Jangan ingat sebab pet tu baka yang kureng elok pada pandangan kita, kita juz bela diorang sekadar melepaskan batuk di tangga. Kos-kos tersebut lebih kurang sama je tak kira kucing import or local.

Actually adopting a pet is a lifetime commitment. Kos untuk bela start bila first time korang bawa balik pet tersebut kat rumah smpailah ke akhir hayat dia. Makanan, bowl, cage(klu nak cage kan dia) perubatan and etc semua tuh memerlukan duit. Klu korang setakat mampu kasik kucen tuh makan sisa-sisa makanan korang atau tulang-tulang ikan or ayam, maknanya korang mmg xmampu untuk beri kehidupan yang baik untuk kucen tuh. Kucen memerlukan makanan yang baik untuk membesar dan sihat, macam kita jugak. Premium food preferred.

Klu emergency cases macam accident ke, tulang patah ke, adakah korang mampu untuk bawak dia for medical treatment. Kos untuk surgery for haiwan bukan murah tau. Klu x percaya cuba search sendiri kt google. Kalau nak neuter atau spay kan kucen pun kena pakai duit gak. Cuba korang tgk table kat bawah nih.

Expense
Dog
Cat
Adoption (at a shelter this includes spay-neuter fee)
$85
$85
Vaccines (2 per year @ 15 each)
$450
$450
Heartworm test (1 per year)
$25
$30
Heartworm prevention pills (varies depending on size)
$900
$600
Leukemia test
N/A
$40
Leukemia prevention shot (1 per year @ $17 each)
N/A
$255
Basic health exam (1 per year @ $30 per visit)
$450
$450
Microchipping (implanted I.D.)
$30
$30
Flea control (varies depending on size)
$1,800
$1,440
License ($10 per year if animal is altered)
$150
$150
Food (dry) ($182 per year)
$2,730
$2,730
Grooming (brushes, combs, shampoo, nail trimmers etc.)
$100
$100
Cat Litter ($60 per year)
N/A
$900
Litter box and scoop (1 per year @ $10 each)
N/A
$150
Collars and leashes
$225
$50
TOTALS
$6,940
$7,440

Source from http://www.sspca.org

3. RUANG RUMAH

Ruang pon penting for consideration.  Adakah rumah yang diduduki itu rumah sendiri atau disewa. Rumah yang mempunyai tanah atau pun seperti apartment ataupun flat. Ini adalah disebabkan, pet pun perlukan space mereka yang tersendiri. Rumah yang mempunyai outdoor space is preferred. Sebab pet pun kena ambik angin untuk relaxing jugak. Mungkin ada ruang yard yang boleh diletakkan cage ataupun open air area untuk simanja. Tapi kalau duduk kat apartment atau kondo terutamanya yang tinggi, pastikan area ini tak membahayakan mereka. Takut tiba-tiba lompat melampaui yard, terus jatuh ke bawah (banyak kes mcm nih terjadi).

Kepada yang masih menyewa mungkin jumlah pet perlu diambilkira. Sebab, takut jiran tertangga komplen pulak. Penting juga untuk kita inform tuan rumah yang kita ada membela binatang kesayangan. Bilangan dan saiz pet  jugak perlu diambil kira. Ini untuk memastikan kebahagiaan bersama. Lagipun biasanya menyewa ni kan ada kontrak. Andai kata, perlu berpindah rumah, adakah kita akan bawa pet kita bersama?.

Kalau yang sudah ada rumah sendiri, penting juga untuk kita memastikan kawasan rumah kita adalah selamat untuk mereka. Contohnya pagar yang sesuai. Kalau kita pelihara kucing, takut kucing melompat keluar pagar. Kalau tinggal di apartment, jumlah pet yang sesuai perlu diambilkira. Mungkin kita boleh sediakan satu bilik khas untuk pet. 

Perlu diingat, kalau pelihara anjing, dia suka menyalak. Kalau pelihara kucen, mereka ni suka mencakar tikar, carpet dan mungkin juga perabot. Ini memerlukan kesabaran yang tinggi tau. Kita kena tau kehendak dan keperluan makhluk istimewa ini.


4. MASA

Masa nih adalah faktor penting jugak. Selepas seharian berada kat tempat kerja, bila balik kena pulak melayan simanja. Kita kena consider sebab pet jugak perlukan kita untuk beri diorang kasih sayang dan perhatian. Pet bukan sekadar terapi untuk kita. Tapi kita juga perlu main peranan sebagai teman rapat mereka. Pet akan merajuk, kalau kita dah lama tak berinteraksi dengan diorang.

Cuba bayangkan, sebelum pergi keja kena bersihkan toilet diorang. Biasanya kerja nih kena buat 2 kali sehari untuk pastikan kebersihan dan kesihatan mereka terjamin. Kena jugak check food container dan water dispenser, kena tambah atau tak. Kalau ada yang sakit, kena pastikan ubat diberi pada masa yang sepatutnya. 

Kalau lepaskan mereka kat dalam rumah tanpa di cage, kita kena jugak vacum rumah setiap hari. Bilik atau tempat tido diorang pun kena selalu dibersihkan. Lantai kena dimop supaya takder bakteria atau kotoran yang boleh memudaratkan mereka (dan jugak mudarat utk kita)

Kalau nak bawak kucen pergi vet pun kena ambik masa jugak. Pengalaman sendiri, aku kena ambik time off untuk bawak kucen pegi vaksin. Kalau nak mandikan diorang pun ambil masa yang lama jugak. Sebab kita kena pastikan bulu diorang dikeringkan sepenuhnya.

So, berapa lama masa yang akan dihabiskan untuk pet nih? Yang ini agak subjektif. Bergantung kepada masa seseorang tuh. 


5. GAYA HIDUP

Yang ini pun bergantung kepada setiap individu. Mungkin ada antara kita yang jenis outdoor, adventures, home type atau yang suka keluar lepak . Ia jugak bergantung kepada kareer kita. Bukan semua orang yang tak punya banyak masa kat rumah tak boleh memiliki pet. Tapi bila dah penat diluar, boleh ker kita melayan simanja ini? 

Kalau ada antara kita yang mempunyai alahan, lain pulak ceritanya. Kita kena ambil kira jugak faktor nih. Kucing dan anjing mungkin tak sesuai untuk orang yang mengalami asma. Kalau nak pelihara jugak kena pastikan bulu simanja tak beterbangan sana sini lah. Mungkin juga ada yang mengalami alahan fungus atau pun flea. Kita kena pastikan apakah jenis alahan yang kita ada.

Kalau ada yang mempunyai anak kecil, kena ambil kira jugak keselamatan anak anda. Sesuai atau tak sekiranya anda mempunyai anak kecil pada masa yang sama mempunyai pet yang perlu dijaga rapi.

Keadaan fizikal kita juga adalah faktor yang penting. Kalau kita tak mampu menguruskan diri sendiri bagaimana kita mampu untuk menguruskan pet. Jangan nanti pet rasa teraniaya dan kita menyusahkan diri sendiri dan orang lain. Tapi sekiranya ada orang lain yang mampu menguruskan mereka, apa salahnya. Pet kan juga boleh digunakan sebagai terapi kesihatan.

In conclusion, banyak benda yang kita nak kena consider before bringing home our first pet, so that korang semua x menyesal kemudian hari. Kalau semua perkara yang aku list kat atas tu tak jadi masalah kat korang, maka korang layak untuk having a pet. Peringatan daripada aku gak, commitment untuk memelihara kucing/anjing adalah untuk seumur hidup. Kena ada kesabaran, sifat loving dan caring yang tinggi dan sentiasa ikhlas.

Lagi satu, ini adalah pendapat daripada aku ye. Klu korang x suka, x dapek lar aku nak nolong ye. Good Luck


Friday, November 26, 2010

BOB KU SAYANG

Bob kucen long hair pertama yang aku ada, wedding gift from beloved hubby. Ahhaksss....dalam banyak-banyak benda, aku mintak dia belikan sekor kucen yang tomei pada pandangan mata kasar aku ler.
Beli dia pada harga yang berpatutan lah. Masa mula-mula jumpa memang beliau seekor kucen yang penakut. Umur beliau masa tuh dlm 4 bulan. Hidupnya hanya di dalam sangkar dengan adik dia kaler cream & grey. Dia suka main kat atas peha hubby masa 1st day ketemu. Bob berbaka campuran Domestic Long Hair + Maine Coon. Mak, pak dan tok dia memang kucen import (from Australia & Russia) dan untuk competition. Ternganga lah sekejap tengok medal yang banyak kat rumah tuannya yang agak peramah itu...Tetapi agak berbadan gempal (apasal pulak nak citer pasal ex-tuan dia pulak nih??!!)



Bob masa mula-mula ketemu

Bila duit bertukar tangan, maka sahlah Bob jadi milik kami. Thanks abang sayang...(wuekkk) nak termuntah bila bab nak manja-manja nih. Then, bawak dia balik ke Pandan Utama, kami merempit tapi Bob dibawa oleh ex tuan dia naik kereta Fiat Punto.Tumpang dia kat rumah Kak Long jap.
Mula-mula takut gak Kak Long marah.uhuuuu...Thanks yer Kak Long sebab behitu pemurah menumpangkan Bob.


Apa tengok-tengok??

At first, hubby panggil dia Bobo.Tapi rasa tak sesuai lah pulak didengar kat halwa telinga aku nih. At last kasik nama Bob.Tapi still hubby nak gak kasik nama yang glamer sikit -> Bob Ryan..
Hubby gak begitu pemurah support beli perkakas untuk simanja ku Bob. Aku bergegas merempit ke Jalan Pasar & dapat gak beli, cage yang agak selesa, bowl for food, water dispenser dan carrier.


Cheesseee!!

Malam pertama bersama Bob aku agak kecewa. Aku tengok Bob gatal-gatal. Naper nih? Belek punya belek, tu dia aihh...Bob ada kutu. Wawawawawa.....kesiannya kat dia.Then aku terus bergegas plak pegi carik syampu kucen kat Hero. Patu balik terus mandikan dia, dia senyap jer. Gud Boy...
Bila agak kering bulu terus carik penyepit untuk tangkap kutu kat dagu dia. "Bob bertahan yer"...Dia macam paham jer. Bila masa tido bob aku letak kat dalam sangkar. Punya lah bising ...meowing dia yang nyaring buat kami tak boleh tido.
Yati (cousin) pun terjebak sekali. Dia masuk kan bob dalam carrier dan bawak tido kat dalam bilik dia, pun Bob tak mahu tido.
"Maybe pasal pindah rumah kut"...aku cakap dalam ati.


Posing maut

Rupa-rupanya Bob tak nak tido dalam cage atau carrier, dia nak tido kat luar. Hampeh punya budak, buat risau orang jer.Nnasib baik comei, kalu tak musti dah kena sepuk...Huhuhu..
Bob agak nakal jugak masa zaman kanak-kanak beliau. Lari sana sini, suka dok kat bawah katil Kak Long -> dok angkut sawang kat badan dia...hehehe

Tempat lepak feveret

Bila kami pindah rumah, Kak Long hantar Bob naik kembara. Bob nih memang dimanjakan sejak dari kecil. Dia jugak tak penah pijak tanah masa nih. Then kami carikan dia teman.Kucen biasa jer, & dpt dalam petfinder.
Female domestic short hair...Ambik dia kat Kampung Pandan 
Harap-harap kamu baik-baik sajer dengan Bob yer manja ku Chito Minami...aku bagi nama Chito jer, tapi hubby nak nama lebih glamer

Seronok jaga dua ekor kucen yang agak manja nih. Maybe sebab tak terdedah dengan dunia luar, Bobjadi penakut yang amat. Tapi aku ngan hubby bawak jugak dia pi main kat playground masa weekend, tapi budak-budak kat apartment pulak suka dok kaco dia...


posing menarik

Pening pala...bayangkan lah ...bila weekend ja musti ada budak-budak ketuk pintu panggil nama aku suruh bukak pintu. Apsal la diorang nak main ngan kucen aku...
Dengar jer suara budak-budak tuh Bob terus lari lintang pukang...yang parah pulak tuh, budakbudak yang datang soh buat airlah...goreng keropok lah....lagi keje pulak nak layan anak orang...Hahaha..tp layan jek lah, sronok plak tgk dorang main. Tp kadang-kadang aku ngan hubby buat senyap jer pasal taknak bukak pintu...hahaha

Bila dah ada Bob, banyak info pasal maine coon yang aku baca. Pasal health, diet dan benda-benda yang sama waktu dengannya.Aku dah pandai beli toys kucen online. Aku yang lebih excited dari kucen, tapi bila barang sampai sat jer diorang main. Lepas 5 minit toys sumer dah lunyai dan hilang dari pandangan mata. Punyalah mahal beli..
Ala...kucen dia bukan tau mahal ker tak kan.At last aku ambik plastik dan ikat dekat lidi. Kucen aku bukan main suka lagi, main lompat-lompat dengan mainan baru hasil kreativiti aku sendiri....jimat duit....

Bob dari kecik makanan kegemaran dia blackwood....pernah jugak bagi dia makan Iams dan Royal Canin.
Dia tak ngam makan Iams....Tapi dia paling suka RC...tapi RC mahal sangat...kopak wallet aku...uhuuuu..
At last aku kasik makan blackwood sbb blackwood nih premium food & affordable dgn poket aku...
Biasanya aku beli seguni 24kg..Nah ambik engkau...makanlah sampai buncit Bob ooiii. Hubby lah tukang angkat guni Blackwood tuh dr tokey BW yakni Kak Nurul kt Desa Tasik. Nasib baik tak patah pinggang cik abang sayang...Demi Bob dan Chito...
Mengantuklah pulok

Bob dapat adik-adik baru bila umur dia 8 bulan. Masa tuh aku ambik Kyo d'  Orange ngan Yuki d' Tuxedo kat bawah tangga apartment (mak dia stray yg branak kt situ).Then, bermulalah era Bob berkongsi kasih. Adik beradik makin ramai, aku perasaan Bob makin tak mesra. Dia suka tengok kami dari jauh...tapi aku usaha jugak bagi dia main ngan adik-adik dia.

Bob membesar  bagai johan dan dah mula on heat. Adalah jugak kami bagi dia mating dengan kucen member, tapi masa tuh dia tak ready lagi kut. Orang cakap baka maine coon nih lambat matang.
Kami tertunggu-tunggu lah jugak baka Bob nih.. Ramai member dan sedara mara yang bertanya pasal anak Bob. Tapi belum ada rezeki...Aku tengok Bob nih pun belum ready lagi nak jadik bapak kucen. Biarlah dia dok riang ria dulu...

Bila umur Bob dah 2 tahun, baru lah dia betul-betul pandai mating. Kali nih semua kucen betina yang lalu depan mata dia belasah.. hu hu hu..Lagipun dia jer sekor kucen jantan dalam rumah nih yang berfungsi...Kyo kami dah neuter...  


Bersenang lenang

Pas balik hari raya puasa baru-baru nih, aku perasaan Yuki dah lain macam. Aku rasa Yuki nih pregnant....Pastu aku tunggu punya tunggu, yes Yuki pregnant. Tapi tak berani jamin itu anak bob, pasal balik kg arituh takut kucen mak aku yakni Cik Tam pun tumpang sekaki plak.
Tapi tak mungkin jugak, kucen aku dok kat homestay atas rumah...bukan keluar pun...macam-macam spekulasi kami buat...

Akhirnya pada tanggal 31/10/2010....lahirlah anak-anak Bob yang kaler kelabu, hitam dan putih macam mak dan pak dia. Semuanya long hair.
Yelah Yuki pun long hair gak, sahih depa semua anak cik Bob. Yang heran tuh sampai 6 ekor....fuhhh. Tapi 2 ekor tak dapat bertahan. Anak-anak Bob nih memang saiz agak besar berbanding kucen biasa.

Jeng....jeng...jeng...pada masa Yuki pregnant. Simba pun pregnant gak...cuma perut dia tak sebulat perut Yuki... pada tanggal 19/11/2010....Simba pun deliver 2 ekor anak Bob yang semestinya....pasal dua-duanya kaler macam Bob...pun long hair....sekor pun tak ikut gen Simba yang Siam tuh. Ha ha ha

Bob....Bob.... father of 8 kitten. Sumer anak kamu serupa kamu. Jangan jadi jakun dan penakut macam kamu sudahlah.
Comel-comel anak kamu yer. Tapi Bob nih takut kat kittens...kelakar tengok muka dia tiap kali dia dok cium-cium kittens. Bila kitten nangis, dia pulak yang panik. Lari sana sini sambil buat muka heran....hubby suka usik Bob...panggil dia father of 8 kittens....

Pas dah ada baby Bob jadi makin manja ngan kami. Dia takut kami dok sayang kat anak dia lebih kut. Semalam dia makan kat tapak tangan hubby lagih. Masa hubby dok tengok tv, Bob dah pandai datang dekat mintak dibelai...


anak-anak bob

Bob.....anak-anak Bob dah pandai tak nak tido dalam cage. Nak tido kat luar dan lari sana sini riang ria. Jangan usik anak kamu tu yer Bob..
Ada seekor yang punya muka saling tak tumpah macam kamu. Cuma dia lebih nakal dan panjang akal...


Dengar baik-baik yer bob


Bob....kamu tetap numero uno kat dalam ati tuan kamu nih. Takkan ada kucen lain yang paling kami sayang. Jangan merajuk yer Bob kalau kamu tengok tuan kamu ini berikan sedikit perhatian kepada anak-anak kecil itu... Mereka kan baka kamu...baka terbaik dari ladang....meooooowwwwwwwww...moga kamu senang-senang saja ....bahagia selalu....dan tido terbongkang macam selalu.... Ha ha ha

Thursday, November 25, 2010

Ooooooo....Kyo D' Orange aka Kyos Myos

Hari nih nak citer pasal Kyo. Kucen tabby aku yg besar dengan jayanya..takder apa pun yang special tentang dia..Bukan kucen baka luar negara yang mahal tuh..bukan engineer, lawyer...pemuzik  macam Kassim Selamat pun bukan...hanya kucing kampung yang amat manja dan penyayang...tengok dia tido sejuk mata memandang..tak ganas..tak nakal...dengar cakap..hobinya tido ZZZzzzzz...

hai kawan-kawan...saya lah Kyo
Menjaga Kyo agak mudah...bukan...amatlah mudah..memang seekor kucen yang kuat makan..pemalu pun ada jugak.yang best, tiap kali lerpas keluar rumah, mesti dia sesat..pi dok meowing kat depan rumah orang lain..Biasanya pi bertenggek kat depan rumah 3 kat tingkat satu...Itu tandanya beliau tau nombor rumah tuannya...tapi tak tau nak kira tingkat berapa...

masa kanak-kanak riang

Kalau kita selalu tengok kat movie, kucen tabby yang kaler oren ( dalam bahasa kucen, oren dipanggil merah) selalu digambarkan sebagai kucen yang pemalas dan gemuk..Tak percaya, cuba korang tengok citer Garfield, Morris, Heathcliff ataupun Shrek..Kuat pengaruh movie yang memberi kesan kat oren tabby nih....

best main dik!!!

Sebenarnya, warna tak menyumbang pun pada personaliti kucen nih...yang ada hanya tanggapan...
Samalah jugak macam manusia...apa ada pada warna kulit kan..

usia meningkat remaja
Nih nak share sikit info pasal tabby cat untuk tatapan semua yang sudi baca bog aku nih :-

Tabby berasal dari perkataan Perancis iaitu Tabis - sutera yang berjalur. Perkataan Arab ialah attabiya- tempat pertama pakaian dibuat. Dalam English, tabby tuh jalur .

jilat hidungku yang masin



Tabby cat ada 4 pattern yang amat terkenal di dunia. Iaitu, mackerel, classic, spotted dan ticked. Hasil penilitian..Kyo aku nih jenis yang klasik...Yang klasik macam Kyo adalah antara kucing yang paling awal berasa di England. Ia adalah gabungan kuceng tempatan dan kucing hutan. Dulu-dulu kucing adalah antara hadiah paling bernilai yang diberi kepada Ratu England. Kalau tak silap pada abad ke 17, Ratu England pada masa itu memang minat kucing dari seluruh dunia. Disebabkan beliaulah banyak kucing yang sepatutnya dijumpai di Asia Tenggara kini boleh didapati di Eropah.. Kucing hutan dan Bengal pun adalah dari keluarga tabby. Bagi peminat Tabby, huruf M yang kat dahi Tabby akan beri nilai kat sicomel nih...Makin terserlah huruf M tuh makin mahal harganya....Tapi kat Malaysia nih, orang tak pandai nak nilai kucen bulu pendek nih...sian kat diorang...


ada huruf M tak kat dahi Kyo nih?


Aku ada baca pasal forum yang dibuat kat oversea. Ada sorang penulis, Brenda Nelson orang yang paling banyak buat review pasal tabby cat, terutamanya yang kaler oren nih.Respectlah kat dia nih...


dah jadi kucen dewasa

Actually, kaler pada kucen tak memberi apa-apa sumbangan pada personaliti kucen nih..manusia jer yang memandai...sebagai contoh...Kucen hitam pembawa sial...ada ker????...entah dapat kat mana fakta tuh...
Personaliti kucen nih bergantung kepada baka, jantina dan bagaimana kucen kita nih dibesarkan...Macam Kyo memang penakut nak mapus...dengar bunyi guruh dan hujan terus nak masuk dalam wardrobe...ni pasal Mr hubby dok manja kan dia lah...Balik keje jer dok peluk-peluk budak Kyo nih..


Balik kat info tabby cat nih...

Biasanya tabby cat macam Kyo nih bulu pendek...Tapi ada jugak yang bulu panjang macam Crookshank (kucen Harmonie Granger dalam movie Harry Porter). Biasanya Tabby cat kaler oren ini adalah kucen jantan yang ganteng.  Jarang Tabby cat oren nih betina. Sebab tuh kita selalu tengok kucen oren nih dok merayau-rayau kat sana sini...sebab nature kucen jantan dok miang cari mate dia nak mating...


Tabby cat oren bukannya kucen baka macam persian atau maine coon yer...persian dan maine coon pun boleh jadi tabby cat kalau diorang nih keluar dengan jalur-jalur yang mengklasifikasikannya sebagai tabby. 




Secara amnya, tabby cat antara kucen yang amat mudah dijaga, sebab biasanya dia akan ikut perangai tuannya ataupun mak dan pak dia...Macam Kyo nih  mak pak dia memang tak jaga dari kecik...Jadik dia ikut perangai tuan dia lah kut...Kuat makan, kuat tido dan penakut....hehehehe....


Pesanan khidmat masyarakat : sayangilah kucing anda walaupun dia hanya seekor kucing kampung...Dia pun ada hati dan perasaan gak...

Monday, November 22, 2010

HOW TO TOILET TRAIN YOUR CAT

Ramai member yang tanya aku macam mana nk toilet train kan kucing.. Nak nak plak bila kita bawak blk kucing yang baru ke rumah..Klu kt kampung or orang yang ada umah atas tanah senang sebab kucing nih bebas masuk dan keluar untuk membuang di luar. Macam aku nih yg dok kt dlm apartment mmg kucing-kucing aku 24-7 terkurung dlm umah. So, macam mana?? Macam aku, aku train dorang berak dalam litter box yang diisi dgn pasir atau other alternative (untuk nk jimatkan kos) ble gak guna  shredded paper (kena rajin bersihkan untuk elak bau)or habuk kayu. Kat bawah nih aku list kan antara cara-cara yang boleh kita practice kan.

First step masa memula bawa balik kucing ke rumah aku slalunya akan kurung diorang dalam cage beserta dgn pasir yang diisi dalam litter box. Selalunya aku kurung dalam seminggu ke 2 minggu.

Then, pas seminggu aku akan letakkan litter box yg td tuh kt tmpat yang sesuai, pastu tengok perkembangan dia.Adakah kucing tu akan pegi membuang kt dlm litter box or kt tmpat lain..Kalau dia still membuang bersepah, ulang step yg first td smpai lah dia pandai.
 

SHREDDED PAPER

NI PON AKU PENAH GUNA, SUKA BAU APPLE, WANGIII

LITTER BOX



AKU NYE DIY LITTER BOX. BOX TU AKU BELI KT TESCO.RM10 JEK THEN TEBUK LUBANG KT DEPAN TU

Ada jugak org tanya aku macam mana nak ajar kucing membuang dlm tandas yang selalu kita guna tu?? Masa dekat kampung dulu aku pernah try buat macam ni, bila time kucing nak membuang tu aku terus bawa ke mangkuk tandas. Lama kelamaan, dia dah tau tempat mana yang nak di tuju kalau dia nak membuang. Atau bole jugak kurungkan kucing tuh selama seminggu dlm tandas ( aku penah buat tp time mlm jek lar, siang aku lepaskan). Insyaallah musti berjaya. Macam kucing aku dulu sampaikan waktu dia tengah main-main kat luar pon dia lari masuk dlm umah untuk berak..hehehe..

GAMBAR HIASAN. MCM MANA LA KLU TETIBA KUCING TUH TERGELINCIR JATUH DLM TOILET BOWL TU KAN?  HE HE HE



 Atau korang ble refer link nih . Just click sini.. Info kt dalam nih sangat berguna. So, try lah..Good Luck

Sunday, November 21, 2010

PENAWAR DUKA LARA

Minggu yang mendung. Serabut, serabai dan perkataan lain yang sewaktu dengannya.. Namun aku pasrah dan redha atas dugaan ini..Mungkin Allah nak uji aku, mungkin ada hikmah tersembunyi yg kita tak tau.

Saat aku berduka lara,  alhamdulillah, masih ada family, teman-teman dan xlupa juga furkids yg selalu di sisi.. Thank You Allah and thank you kepada semua.

My new furkids, dah 3 weeks old

SERIUSNYA MUKA KAMU

DGN MAK ANGKAT - SENANG KEJA YUKI KAN

DH PANDAI BERSIHKAN DIRI SENDIRI





MACAM MUKA YUKI KAN?

SANGAT BULAT



Friday, November 19, 2010

NABI MUHAMMAD S.A.W & KUCING

Pagi tadi tersentap jiwa bila baca pasal kes penganiyaan terhadap kucing kt salah satu shelter kucing kt Jasin Melaka..Untuk crita penuh bole baca dekat sini dan update and follow up cite tu kt sini

Bila fikir-fikir balik alangkah beruntungnya kucing2 aku dekat rumah dan tergamaknya manusia layan diorang mcm tu..Haiwan pn ada hak untuk hidup dan kita sebagai manusia sepatutnya jadi pelindung diorang bukannya aniaya dorang.

So, sebagai peringatan dan renungan aku juz nk share apa yg aku baca. Aku dpat dari blog ni
Cerita Nabi Muhammad SAW dan Kucingnya.

Didalam perkembangan peradaban islam, kucing hadir sebagai teman sejati dalam setiap nafas dan gerak geliat perkembangan islam.

Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.

Dalam aktivitas lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah ia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyanyangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti hewan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Seorang sahabat yang juga ahli hadist, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi julukan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), karena kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.

So, fikir-fikir lah sendiri. Nabi sendiri pon sayang kucing. Kepada furkids ku sesungguhnya kamu semua amat bertuah. Aku tak dapat bayangkan kehidupan kamu sendirian di luar.


KUCING BERTUAH


SENANG-LENANG BERGOLEK


KAMU SEMUA SGT BERUNTUNG


Thursday, November 18, 2010

Hadiah Hari Raya Untuk Simanja

Hari senin masa aku pegi bank, singgah jap kat Kiddie Pet Shop Desa Pandan (menular jap. maapkan daku Mr Bos!!)....Singgah jap pasal nk beli benih rumput untuk simanja...Dah lama cari smlm bru jmpak..

Biar betul? betullah...kesian kat furkids....diorang kan perlukan rumput untuk cure sakit dan untuk furball....selama nih dok asyik kejekan pokok cili dan pokok serai aku jer...asyik mampus jer pokok-pokok aku korang keje kan....masa kat kedai ada customer kat kedai tuh pun tak percaya....ada ker benih rumput kucing?...siap sengih-sengih lagik...

Aku pun excited jugak....(dalam hati dok sengih-sengih)....pas balik opis terus carik pasu kosong nak semai benih rumput tuh....

PEMBALUT BENIH RUMPUT
Inilah rupa pembalut benih rumput tuh...comel jer kucen tuh....lagilah tangan nih nak membelinya....hehehe...harga pun berpatutan......Saper-saper yang berminat aku boleh tolong belikan....


Benih rumput telah disemai

Bila jer aku bukak pek tuh....ehhhh...macam benih padi pak aku kat kampung jer....aku dok renyih sorang-sorang samapai telinga.....rindu kat mak ayah kat kampung actually....tapi takleh nak beraya kat kampung taun ni....Mr hubby tak dak dapat nak cuti....berraya ngan furkids jerlah nampaknya.....ubat hati dikala duka

pokok aloe vera yang  teraniaya



Tengoklah pokok aloe vera nih.....hari-hari kena gigitan maut furkids.....baru nak tumbuh dah kena ngap...tanpa belas ihsan pulak tuh...benih pokok nih amik kat depan umah kak long....masatuh diorang baru jer tanam....rasa geram, pi lah ambik satu masa guard kat situ dok pandang tempat lain...daun pokok nih juga digunakan untuk mengubat luka-luka dan gatal-gatal furkids ku....

Tapi furkids tak usik pun pokok kesom aku...tak selera gamaknya....hehehe...tapi pokok cili lunyai dikerjakan oleh si comel yang tak berapa nak comel tuh....maklumlah hampir semua kucen-kucen nih baka tempatan.....(kucing pungut lah katakan)...bob sekor jer baka obersee....besor nak mampus....tangan dia kalau dapat menampor orang sedap tuh....nak jaga kucen tempatan lebih mudah tapi agak nakal lah kan....terutama yang kaler itam tuh (simonyet)...tadi masa aku makan kek pisang, dia dok bergayut kat belakang nak mintak kek kat aku....hampeh betul.....aku cakap kat dia hangpa nya food baba n mama tak penah mintak pun....banyak lah comei muka hang.....dia buat muka kesian lah pulak....bagilah sikit kat Monyet n Kyo.....yang lain-lain tak layan food manusia....diorang dok kisah food dia jer...

3rd day -dah ada tunas


Pagi pagi tadi dok jenguk pot rumput....ermmmm dah ada tunas yang keluar....harap-harap takderlah jari jenari yang berbulu tuh pegi korek pulak tanah kat dakam pot tuh....tak pun gigi-gigi taring furkids yang dok gatal menggeget pucuk rumuput yang masih ala-ala baby tuh....

 Dulu pun ada jugak aku tanam rumput dalam pot jang panjang tu.. Tapi Kyo ngan Adik buat jadik tempat tido depa plak...langsung mampus kawan tuh....orang tanam nak soh dia makan...tapi dia plak buat tempat tido....nanti aku upload gambaq Kyo tido kat atas rumput tuh dengan badannya yang selambak...

Kalau anda bukan peminat kucen musti anda rasa apa yang kami buat untuk furkids nih menghabiskan tenaga, duit dan masa....biarlah apa orang nak kata....pada kami yang penting kepuasan dan bagaimana kami cuba membantuk makhluk allah yang selalu dianggap pengacau (bagi sesetengah orang)....

Pesanan, kalau anda yang selalu makan digerai-gerai dan nampak ada kucen dibawah meja atau berkeliaran....tolonglah....jangan disepak atau diapa-apakan mereka...janganlah samakan taraf anda dengan kucen-kucen nih.....makhluk Allah ini tidak berakal, tapi kita manusia punya akal fikiran, perasaan dan nilai murni yang tinggi,....kan kita ciptaan Allah yang paling unik...

Ingatan untuk diri sendiri dan pembaca..." do not abandon your pet"...insyallah...kita tunggu sahaja balasannya dari yang Maha Esa....Binatang yang kita pelihara akan sentiasa doakan tuannya... Amin....(ini ingatan untuk diri sendiri juga)

Monday, November 15, 2010

BABY MEOW DALAM KENANGAN

LATE BABY MEOW




Tiba-tiba bila tengok furkids bergelimpangan tido, teringat pulak kat late Baby Meow. Baby nih kami jumpa pada middle Ogos arituh kat Desa Pandan. Kata budak kat situ kena langgar kete.Tengoklah muka dia nih...


MUKA YANG CEDERA








Tengoklah muka dia.Kesian...x smpai hati nk tinggalkan kt situ. Mak dia plak pandang muka aku  macam nak mintak tolong selamatkan anak dia. Uhuuu..Nasib seekor anak kucen terbiar. Petang tuh terus bergegas bawak dia pegi ke klinik Dr Teoh kat Pandan Indah. Bawak dengan mak dia sekali. Kami panggil mak dia Mimi Meow. Pun putih semua. Masa kat klinik, Dr Teoh pun cakap dia nyer condition agak teruk. Dr Teoh nih sangat gentle dan baik masa merawat Baby. Walaupun Baby hanyalah kucing yang dikutip ditepi jalan.
Masa hari pertama tu, Baby tak mampu nak berdiri dan tak mata pon x nampak.Keadaan dia mcm dalam kesakitan yang teramat. Dia jugak sangat lapar.






MIMI MEOW KEBENGONGAN


Masa sampai klinik Dr teoh, Mimi terpoo dalam carrier. Bau dia memang busuk nak mampus. Nasib baik assistant Dr yang tolong cuci. Yelah...kucing luar yang makan bukan-bukan (sisa mknan org, bankai tikus n etc for sure lah najis dia pon amat busuk). Nasib badan...
Dr Teoh, tanya "What's your plan for this cat?"
Kami terdiam. "Gulppp" masa ambik tadi tak pikir apa pun. Kami cakap nak foster buat sementara waktu. Insyaallah nak carikan tuan baru yang penyayang.

Masa tu bulan puasa lah plak. Kelamkabut plak nak cari food untuk buka puasa. So, aritu buka puasa ala kadar coz kena beli food kat luar. Biasanya kami masak kat umah....




HANYA MAMPU TERBARING
Malam tuh kasik dia makan blackwood rendam ngan air. Dia makan dengan banyak. Terlalu lapar kucen nih....Then, bagi dia makan antibiotik yang sedap baunya, apply losyen kat mata dia yang bengkak. Amat berkesan ubat yang Dr Teoh bagi...
Hari kedua, Baby dah boleh begerak, tapi still kena makan bersuap...


DAH LEGA SIKIT


Wah!!!!!!! rajin nyer tolong suap makan. Baby dah mula nampak ciri-ciri kitten yang agak nakal n dah terserlah kecumelannya. Tapi tak manja, maybe coz tak biasa dengan orang. Berselera sungguh dia makan n nampak perubahan positif pada muka dia.



DAH PANDAI MKN SENDIRI



MAKAN LAGI
Hari ke 3 Baby dah pandai makan sendiri. Yeyeye.....makan dengan lahapnya.....lagi....lagi...dan lagi.....makan lagi.....sedap sangat ker blackwood tuh Baby?  Nak sikit boleh.....


Baby : " tak boleh " (ala-ala macam iklan kat tv tuh}




DAH BOLEH MAIN


DAH JALAN JAUH
Hari berganti ari. Baby dah boleh berlari, tapi si Mimi still nak dok perhati si jantung ati dia tuh. Takut anak dia kena buli kut. Luka kat pipi pun dah makin surut. Perut masih boyot pasal cacing. Arituh Dr dah bagi ubat cacing kat dia, tapi Baby semakin hari dah samakin gangster. Pantang kena usik terus hissing. Nak bagi ubat pun kena hissing ngan dia n masa makan ubat kena2 orang pegang dia...








2 video terakhir Baby yang sempat diambil...


Kami balik kampung untuk berhari raya pada 9/9/2010. Sume furkids riang ria bila tau nak balik kampung. Lagi pun best dapat naik kete dengan aircond lagik. Termasuklah Baby ngan Mimi.
Penat susun budak-budak dalam kete kami yang kompak tuh. Lebih ramai kucen dari orang. Penat mengangkut dari tingkat dua nak bawak turun. Badan sumer kusss semangat.....sekor-sekor dah dekat 5 kilo
Kami pulang dengan hati riang ria 2 orang manusia dan 9 ekor kucen.....mula bertolak malam pasal takut furkids boring n kepanasan....sedia sumer....kita bergerak sekarang yer...

Sampai kampung, mak dok geleng kepala....katnya kami nih dah macam bukak tadika kucen. Tapi Cik Bob tetap dapat layanan istimewa masa kat kampung. Baby still under medication n cuaca agak panas kat kampung.
Hari raya kedua dah tengok Baby macam tak aktif. Kenapa nih?????
Arituh kan dah ok,kami pun dah bergembira.. Nak tido malam pun tak lena, dok nak tengok dia....
Adalah kerana cuaca atau suasana? Dalam hati, kami hanya mampu berdoa dia akan survive.....

Hari raya ke tiga 12/9/2010. kami sekeluarga pegi Penang, Cousin bertunang dari pagi sampai petang. Dalam hati masih dok ingat pada si Baby sebab masa bertolak dia macam dah tak larat. Sampai rumah pun dah nak dekat maghrib then terus bergegas naik atas umah nak jenguk si comel tuh.

Luluhnya hati...menitik air mata....tengok mayat dia dah kejung
Rasa bersalah menyelubungi diri. Rasa macam tak jaga dia elok-elok. Nape jadik camnih? balik arituh nampak mcm dah ok. Baru ingat nak jumpa Dr Teoh pasal nak buat further checkup.
Dia dah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya....
Ya  Allah, ampun kan dosa kami....Kami sudah melakukan semua yang terdaya...


Sedih.....ye amat sedih.....Makhluk Allah yang cumel ini sudah pergi ke penciptanya....Tiada daya kita manusia biasa untuk menghalangnya....Dia bersemadi dibawah polok betik belakang rumah di kampung.....Dia nak meniggal kat kampung rupanya.
Walaupun kamu hanya seekor kucing, tapi kami tahu kamu juga perlukan kasih sayang, perhatian dan belaian....Kami akan jaga ibu kamu baik-baik, dan akan cuba cari kan tuan baru yang terbaik untuk nya. Selamat tinggal sayang. Selamat tinggal kasih....Selamat tinggal Baby ku....Bersemadilah kamu dengan aman.....Amin....

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...