Monday, April 22, 2013

HOBI CIK MIMI

Setelah beliau dibawa pulang ke KL..terasa rindu pulak pada beliau..teringat bila masa beliau ada kat kampung, nakalnya bukan main..hobinya pun bukan main hebat..

Comel kan Mimi?



panjat...panjat..panjat..


Ini lah salah satu hobi Mimi...memanjat pokok rambutan..bersungguh sungguh dia emanjat..keriau bila kita dok suruh turun..


Bukan main lagi aksi budak Mimi ni...geram nengok..


Dok dalam bakul pulak



Disamping memanjat pokok, hobi budak Mimi ni ialah mengacau anak ayam sampai dipatuk ibu ayam..Mengacau orang menyiram pokok dan jugak main kejar kejar dengan biawak..hehehe

Wednesday, April 10, 2013

MAT BUNGA

Semenjak Yuki dah di bawa pergi ke KL, Bob dah takder kawan untuk dikejar..kira kira macam Bob dah takder aktiviti nak mengejar kucing lain lah...

Pantang bila tengok Mama dia dok pulas bunga. Dia pun datang menyibuk..Menyibuk sambil nak ditokaknya bunga tuh..

Geram sangat kut dengan bunga bunga yang mama buat..

Model yang bermuka serius..

Di bawah pohon pahar


Ni kaler baru..saper yang nak tempah boleh tempah yer..


Sekarang Mama tengah menyiapkan tempahan untuk majlis bulan 5 dan juga bulan 6 dengan bertemankan model bernama abang Bob..peneman Mama yang setia...tapi kalo modelnya muka sangat serius, macammana nak laku bunga Mama???

Wednesday, April 3, 2013

BUDAK BUDAK KL

Budak budak yang Kak Long dah export pi KL

Mimi yang berbau seperti ayam kampung


Yuki yang penakut


Selamat maju jaya sayang sayang...

Monday, April 1, 2013

THE MAKING OF FURKID'S PARADISE

Setelah menghadapi berbagai halangan, dugaan dan sama waktu dengannya...akhirnya tempat tinggal budak budak telah selamat siap untuk diduduki..ramai yang bagi pandangan dan pendapat..ramai jugak yang membantu..


Tenaga import dari Pulau Kerengga

Sebab kesian kat Adik, kami letak tiles as based..Tiles ni adalah tiles reject yang dijual di kedai..ukuran dia 12 inc X 12 inc dibeli pada harga RM2.70 sekeping..


Gigih dan sabar jer abang ni bekerja
Disebabkan Abang Im tak pandai nak pasangkan tiles, dia telah mendapatkan tenaga kerja import..Dulu ingatkan, kerja pasang tiles nih mudah..rupa rupanya..agak sukarlah juga..untuk keluasan 12 ft X 12 ft ambik masa 2 hari jugak nak buat base sahaja..




Bob dah terlena di atas tiles baru


Tukang test..Bob & Chito



Adik pun nak test jugak..
Bila tiles dah siap dipasang, senga kami letak Bob, Chito dan Adik..Nampaknya mereka amat gembira sekali..selesalah tu..Bob dok golek golek kiri kanan siap tutup tutup mata...nak terlena lah tuh..orang suruh test duduk, bukan soh test tido..


Rangka kennel yang siap dipasang

Inilah rupa kennel tuh...siap Abot secara volunteer jadik model dari pandangan belakang..


Test letak reramai

Bila fence dah siap pasang, testlah letak bebudak budak...macam happy jer..yelah selama nih dok terkurung kat dalam apartment..kini dah luas pemandangan..alhamdulillah, diorang takder lah pulak nak memanjat sini sana..

Letak cage untuk tempat mereka melepak
Disebabkan, kennel ni takder dinding, kami letak dulu kanvas..insyallah lepas nih nak pasang roller blind plak..huhuhu..over sungguh tuan furkids nih..

Tadaa...

Kipas syiling juga telah berjaya dipasang..semoga furkids berasa selesa tinggal di kampung..

Di atas permintaan, maka di sini kami letakkan anggaran kos semasa untuk membina kennel yang ala kadar ini..

Atap dan tiang   = RM1,000
Dog kennel       = RM800
Tiles                 = RM300
Pasir dan simen = RM214
Kipas                = RM200

Semua kos diatas adalah termasuk pemasangan, pembelian bahan mentah dan juga wiring..

Hope ada bajet untuk buat roller blind pulak...

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...