Dulu-dulu, masa dok kat kampong, aku tak terdedah pun dengan cara pemakanan yang betul untuk kucing..dah memang dipraktikkan kucing akan makan sisa makanan seperti tulang ikan ataupun tulang ayam. Food paling glamer yang kucing aku pernah makan pun ikan rebus gaul dengan nasik panas..biasanya ikan kembung ataupun ikan sardine..ini pun dah consider as makanan mewah lah bagi kucing kampong..tapi mak suka tambah garam bila rebus ikan..mak cakap, “ sian kat kucen tu, nanti kalau tak taruk garam dia makan takder rasa”…masa muda dulu, aku pun setuju jugak dengan statement mak tuh..sekarang nih, aku tak setuju langsung.. (tp kucing aku kt kg bole idup smpai umur beliau 14 taun, pdhal mkn nasik n ikan jek)
Garam dan nasi sebenarnya bukanlah makanan yang sesuai untuk kucing..kucing adalah binatang karnivor yang memerlukannya memakan tisu binatang untuk survive. Jangan tak percaya, lipas mempunyai kandungan protein yang banyak dan cukup untuk seekor kucing kecil. Kandungan protein pada binatang lain seperti ayam akan membentuk otot-otot kucing. Tulang ayam juga mengandungi vitamin, mineral,cecair dan nutrient yang amat diperlukan oleh kucing. Sebab tu lah, dikatakan ayam adalah makanan paling optimum untuk simanja.
Kucing boleh makan 5 kali sehari, tetapi jadi tanggungjawab kita untuk memastikan kadar yang dimakan adalah sedikit pada satu-satu masa. Apabila kucing kita meningkat umur 6 bulan, pada masa ini system badan mereka akan jadik produktif. Kucing dewasa yang sihat memerlukan 30% hingga 45% protein (makanan kering). Juga 10% ke 30% lemak. Kucing mempunyai deria bau yang sangat sensitive dan ia juga menentukan selera simanja pada masa itu. Kucing suka makanan yang masin, masam dan sedikit kelat. Kucing tidak akan merasai kemanisan sesuatu makanan. Kucing juga suka makanan yang mempunyai persamaan dengan kadar suhu badannya.
Makanan basah dan makanan kering mempunyai pro dan juga contra kepada simanja. Terdapat beberapa kesan negative yang diperdebatkan tentang makanan kering (kibbles). Ia merupakan makanan yang paling mudah dan agak murah didapati. Faktor masa juga merupakan salah satu sebab mengapa ramai orang member makan kucing meraka dengan makanan kering. Terdapat tiga isu iaitu, kandungan karbohidrat yang tinggi, kandungan air yang rendah dan juga protein tiruan yang akan memudaratkan. Isu-isu ini sedang diperkatakan di USA. Tetapi tidak pasti samaada isu ini turut diperdebatkan di Malaysia.
Ramai orang akan berkata “ kucing saya OK jer makan kibbles”.
Saya juga setuju…
Mereka akan ok sehingga doctor mengesahkan mereka mengalami diabetes.
Mereka akan ok sehingga doctor mengesahkan mereka mengalami batu karang.
Mereka akan ok sehingga doctor mengesahkan mereka menderita kencing berdarah.
Mereka akan ok sehingga doctor mengesahkan mereka mengalami kegagalan buah pinggang.
Mereka akan ok sehingga doctor mengesahkan mereka mengalami obesiti
Terdapat beberapa lagi jenis penyakit yang akan singgah kepada simanja sekiranya mereka hanya diberi makan makanan kering.
Ingatlah…Taurina dan air juga merupakan elemen penting di dalam pemakanan kucing kita.
Taurina adalah asid amino yang diperlukan oleh kucing dan boleh didapati dengan memakan daging. Taurina yang cukup akan mengurangkan risiko buta dan juga masalah jantung mereka.
Air pula adalah pelawas semula jadi yang mempunyai mineral penting dan sebagai bendalir di dalam badan.
Jika anda pergi membeli makanan kucing di kedai?. Apakah yang anda akan perhatikan?
Mula dari hari ini, marilah kita praktikkan untuk membaca label kandungan di dalam makanan kucing yang dibeli.
Pastikan kita membaca komposisi (% protein, lemak dan karbohidrat) dan juga bahan yang digunakan untuk menghasilkan makanan tersebut.
Pastikan kandungan karbohidrat yang rendah. Tetapi kandungan protein perlulah tinggi.
Berhati hati dengan perasa yang mengandungi BHA, BHT dan juga ethoxyquin kerana ia adalah senarai bahan kimia yang bakal memudaratkan simanja.
Cuba cari makanan yang menggunakan daging atau ayam sebagai bahan utama. Jika syarikat menggunakan liver sebagai komposisi utama, cuba elakkan daripada membelinya. Ini adalah kerana kandungan liver yang tinggi akan memudahkan kucing anda mengalami serangan jantung. Antara contoh-contoh kibbles yg tinggi kandungan vitamin n khasiat ( consider as premium food) - Royal Canin, Blackwood, Acana, Cat's Eye, Iams n etc.
Ingredients List :
Chicken Meal, Ground Corn, Corn Gluten Meal, Chicken Fat [Preserved with Mixed Tocopherols (Source of Vitamin E)and Citric Acid], Wheat Flour, Dried PlainBeet Pulp (Sugar Removed), Menhaden Fish Meal, Natural Flavors, Brewers Dried Yeast, Potassium Chloride, Salt, Calcium Carbonate, L-Lysine, DL-Methionine, Ascorbic Acid (Source of Vitamin C), Yucca Schidigera Extract, Taurine, Vitamin E Supplement, Niacin Supplement, Vegetable Oil, Boitin, Thiamine Mononitrate, Pyridoxine Hydrochloride, Vitamin A Acetate, Riboflavin Supplement, d-Calcium Pantothenate, Vitamin B12 Supplement, Citric Acid, Menadione Dimethylypyrimidinol Bisulfate (Source of Vitamin K Activity), Vitamin D3, Folic Acid, Ferrous Sulfate, Zinc Sulfate, Zinc Proteinate, Iron Proteinate, Zinc Oxide, Copper Sulfate, Manganese Sulfate, Manganese Proteinate, Copper Proteinate, Manganous Oxide, Sodium Selenite, Calcium Iodate.
Guaranteed Analysis :
Anak bulus di rumah amat menggemari Blackwood |
Ingredients List :
Chicken Meal, Ground Corn, Corn Gluten Meal, Chicken Fat [Preserved with Mixed Tocopherols (Source of Vitamin E)and Citric Acid], Wheat Flour, Dried PlainBeet Pulp (Sugar Removed), Menhaden Fish Meal, Natural Flavors, Brewers Dried Yeast, Potassium Chloride, Salt, Calcium Carbonate, L-Lysine, DL-Methionine, Ascorbic Acid (Source of Vitamin C), Yucca Schidigera Extract, Taurine, Vitamin E Supplement, Niacin Supplement, Vegetable Oil, Boitin, Thiamine Mononitrate, Pyridoxine Hydrochloride, Vitamin A Acetate, Riboflavin Supplement, d-Calcium Pantothenate, Vitamin B12 Supplement, Citric Acid, Menadione Dimethylypyrimidinol Bisulfate (Source of Vitamin K Activity), Vitamin D3, Folic Acid, Ferrous Sulfate, Zinc Sulfate, Zinc Proteinate, Iron Proteinate, Zinc Oxide, Copper Sulfate, Manganese Sulfate, Manganese Proteinate, Copper Proteinate, Manganous Oxide, Sodium Selenite, Calcium Iodate.
Guaranteed Analysis :
- Crude Protein, not less than.......30.00%
- Crude Fat, not less than.............15.00%
- Crude Fiber, not more than..........3.50%
- Moisture, not more than..............10.00%
- Ash, not more than.........................5.5%
- Magnesium, not more than..........0.095%
Untuk furkids di rumah, kami mengamalkan kibbles 5 hari seminggu iaitu Isnin sampai Jumaat. Weekend dan hari cuti adalah masa untuk Furkids makan Qiut dan jugak ayam rebus. Kalau masak ayam rebus, bila terbau jer aroma ayam tuh, Furkids dah tergerdik-gedik sambil buat aksi melompat-lompat manja tanda suka. Sambil buat aksi asah gigi jugak..hehehe..
Rasanya, cukup setakat ini buat masa ini. Insyaallah ilmu yang diperolehi akan dapat memberi manfaat kepada semua. Selepas kehilangan Kyo, kami jadi lebih berhati-hati di dalam pemilihan makanan simanja..
P/S :- apa yang ditulis adalah berdasarkan oleh pembacaan material sahaja. Ini bukanlah artikel yang ditulis oleh veterinary professional. Pihak furkids tidak akan bertanggungjawab ke atas kesilapan maklumat yang ditulis.
Salam Sayang dari furkids,
No comments:
Post a Comment