Friday, March 11, 2011

11/3/2011 Hari ke 4 Darling sakit

Bila buka mata jer pagi tadi, terus teringat Darling..Panggil dia...Dia menyahut lesu..Semalam dia tido dalam bilik..Tak sampai hati nak biar dia tido kat luar..Princess pun temankan dia..

Sudah 4 hari Darling sakit..Sudah 4 hari juga kami bersedih..Kesian Darling...Jangan kan minum...Makan pun dia tak mahu..Muka yang bulat menjadi cengkung..Tak sampai hati jugak nak snap pic dia..

Semalam, bagi dia minum air Zam Zam sikit guna picagari..Mana tau kut mineral air tuh dapat membantu dia sembuh. Semalam jugak lap badan dia...Ohhhh..badan yang berisi sudah mula terasa tulangnya

Ohhh...sungguh kasihan Darling saya...yang selama ini menjadi bahan jenaka kerana dia memang suka makan masa sihatnya..pantang nampak ada orang pergi ke dapur...Mesti dia akan minta makan..Bermain bukan kegemarannya..Kalau nak soh dia main, penat sebab kena paksa dia melompat..

Pagi tadi rebus ayam untuk Darling...Paksa jugak dia makan walau sedikit... Mana boleh perut tuh dibiarkan kosong sayang.

Usianya amat muda...baru jer 4 bulan..kenapa boleh sakit pula..Furkids yang lain pun tak selera makan nampaknya..Mungkin semua pun sedang berduka..Dek kerana salah seorang ahli keluarga sedang merana..

Bila pegang dia, tak tergamak nak bertentang mata...terasa kesakitan yang dialaminya..

Semalam dia merengek dalam cage..Lekas-lekas dia diangkat dan diletak atas riba..Bila dipeluk dia pejam mata..

Esok kalau tak sembuh juga, nak bawa dia jumpa DR Teoh untuk second opinion..harap-harap ada perkhabaran gembira..

Rindu mendengar suaranya merengek minta makan...rindu mendengar dia mengeow dengan suaranya yang serak basah itu..

Cepatlah sembuh sayang...mama, papa, abang dan kakak-kakak semua rindu nak main dengan Darling..Semua rindu nak usik Darling...

Darling nih kesayangan kami semua...Doakan Darling kesayangan saya cepat sembuh yer...Kesian kat dia..tak tertahan jiwa melihat dia menderita kesakitan

2 comments:

meowwmania said...

alahai kesiannya Darling, kenapa ngan dia ekk...sakit apa?

aunty meoww doakan semoga Darling cepat sembuh yer sayang...

NNS said...

Meowwmania...doc cakap dia ada salah makan..entahlah apa yang sicomel tuh dah makan..asyik muntah jer...makan n minum kena bersuap dan dipaksa..memang harap dia cepat sembuh..lagipun dia kitten yang sangat baik

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...