Thursday, January 27, 2011

Bantulah sicomel ini..

Beberapa minggu lepas, aku tengok ada seekor kucen betina kaler calico dok selongkar tong sampah untuk mencari sedikit makanan untuk mengalas perut..umur dia lebih kurang setaun..secara kebetulan aku dan hubby baru balik beli food for furkids...mungkin dia terbau food yang menyelerakan ituh..dia pun datang meowing kat kami...mintak makan...

Muka takut takut

Kesian tengok dia...aku soh hubby lekas lekas naik kat atas untuk bukak beg blackwood tuh..dah lah berat food tuh...tapi hubby yang tak berapa nak macho tuh gagah jugak naik atas cepat cepat pasal nak bagi meow nih makan....


Si  meow ni masih tunggu lagi kat bawah...hubby letak segenggam food letak atas kertas...then kasik dia makan...tapi dia agak takut bila kami datang dekat...mungkin dia ingat kami nak harm dia...so, kami dok perhati dia dari jauh....ermmmm....makan dengan berselera...

Sedap sehingga menjilat hidung

Sejak dari hari tuh...bila pagi pagi hubby buang hasil buangan furkids kat tong sampah, dia akan bawak bekal segenggam blackwood untuk si meow nih...dia pun pantang kalau nampak kami...musti nak meowing....dulu hanya boleh tengok dia dari jarak 5 meter...minggu lepas dah dekat 1 meter...pagi tadi dalam 10cm....ermmm...sudah ada kemajuan...mungkin dia tau, kami takkan harm dia...

Aku tengok dia sekarang terpregnant...alamak....kesiannya....meow ini jugak agak comel sebenarnya..

Makan tak pandang kiri kanan

So...aku nak mintak tolong kepada sesiapa yang berminat untuk adopt meow nih..tolong contact aku..kesian nanti anak dia musti akan bersepah sepah...kami mencari insan yang mempunyai hati yang murni untuk take care meow nih dan future kitten dia...semoga Allah membalas segala jasa baik kalian...semoga Allah memberi kalian sedikit rezeki untuk membantuk makhlukNya yang memerlukan perhatian dan kasih sayang ini..

sedapnya blackwood nih

Please adopt this meow...ini sahaja yang mampu aku lakukan untuk membantu simeow ini...kalau tak dapat nak adopt mungkin kalian juga boleh membantu untuk menyediakan food untuk dia...aku akan cuba membantunya selagi ada kudrat dan rezeki kurniaan Ilahi...Insyaallah..

Marilah kita sama sama doakan...

1 comment:

santai said...

ko nie memang best.. ladang ternakan kucen kau sudah membesar...heheh

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...