Arinih aku nak becerita pasal kucen kesayangan ku…kucen yang sentiasa berada di dalam ati tak kira dimana…kucen yang tidak ku tak tahu apakah nasibnya andai aku dan hubby tidak menyelamatkan beliau tahun lalu…inilah kebesaran Allah..bila Adik memerlukan bantuan..aku dan hubby bertemu dengan nya ditepi jalan…bulan Ogos 2009 yang keramat..sungguh aku bersyukur kerana berjaya menyelamatkan 4 nyawa yang tidak berdosa…walaupun mereka sekadar kucen jenama yang biasa-biasa..Adik nih kucen jenama Japanese Bobtail..
Hi...sayalah Adik...nih baru lepas kena buli ngan Bob |
Ari itu bulan puasa..aku dan hubby pegi ke kedai Pak Chu kat Bangi untuk order cage 4 tingkat untuk furkids tersayang…hehehe…hebat kucen-kucen ku…dapat hadiah hari raya cage yang selesa…untuk bekalan berhari raya di kampong…masa balik dari Bangi, singgah jap kat kedai near by Cahaya…masa park kereta aku terperasan ada sekor mak kucen dan tiga ekor anak-anak yang masih kecil merayau rayau mencari makanan…nasib baik dalam kereta aku sentiasa ada bekalan cat food dan jugak air…sengaja aku simpan sikit kat dalam keter, takut terjumpa kucen yang kelaparan..boleh aku buat amal jariah sikit…
Masa tu ujan renyai renyai…aku mintak hubby bagi kucen tuh makan…sementara aku pegi beli barang kat kedai…nak masak rendang ayam untuk berbuka…bila aku balik ke kereta hubby bagitau aku…”ayang…anak kucen tuh sekor kakinya patah”…..ohhh tidakkk….aku tak boleh dengar…aku tak pikir panjang terus minta hubby ambik ibu dan kittens masuk dalam keter…aku takut….sangat sangat takut….saper yang langgar anak kucen nih? Bila aku tengok , dia berjalan sambil seret kaki belakang dia kat atas jalan tar….ohhh musti sakit….saper yang kejam nih….aku tahu mereka kelaparan dan sangat dahaga….aku rasa kucen kucen ini telah dibuang oleh tuan yang tiada ati perut dan sifat kemanusiaan…siibu sangat manja…sebelah mata dia biru dan sebelah lagi kaler ijau…sangat cumel dan manja…aku rasa tubuh diorang sumernya panas…mungkin sebab kurang air….badan si anak berkurap dengan teruk sekali…anak anak pulak aku bagi nama Along, Angah dan Adik…Along, mata seperti ibunya…Angah punya mata oren....Along dan Angah berekor panjang seperti ibu….Adik (yang kaki patah) tiada punya ekor dan bermata oren…hubby angkat mereaka guna car organizer yang dia letak kat bonet keter….pantas sungguh hubby angkat diorang masuk dalam keter….aku tau ..dia pun kesian tengok kucen kucen tuh….dalam ati aku hanya mampu berdoa agar mereka sihat sejahtera…
Sampai dirumah aku kuarantinkan mereka dalam second room yang agak selesa….aku takut fungus di badan mereka akan berjangkit pada furkids yang lain….teruk sekali keadaan Adik…fungus seluruh badan hingga ke kemaluannya….aku tau dia kegatalan…tapi oleh kerana kaki belakang tidak berfungsi dia tidak biasa menggaru tubuhnya….sampai rumah…aku bagi diorang makan blackwood yang direndam air dan air…banyak betul diorang makan dan minum…selepas balik terawih…aku memulakan operasi…aku lumurkan badan ketiga tiga kitten dengan minyak gamat yang berangin…minyak yang adik aku beli kat Langkawi…Allah maha pengasih…berguna juga minyak itu,…setiap hari itulah aktiviti aku….bilik berbau minyak gamat…aku dan hubby dah apply cuti sebab nak bawa Adik gi jumpa Vet kat Cheras…nak check kaki dan jugak nak check fungus adik…sebab dia yang paling teruk…
Hari ke empat mereka berada dirumah ku….aku balik agak awal pasal nak memasak….aku tengok siibu terbaring tak bergerak di tengah tengah bilik…aku bergegas cuba kejutkan beliau….ibu…ibu…bangunlah…dia tak memberi sebarang respon….ibu..ibu….naper nih?....ibu…ibu…bangunlah….badan ibu masih panas lagi…tapi aku tau dia telah tiada di bumi Allah ini…aku terus tepon hubby….hubby terdiam..dia pun bergegas balik rumah jugak…aku tak tahu apa yang terjadi…selama nih ibu nampak sihat dan riang gembira jer…mungkin sudah ajal kut….aku cuba pujuk hati…takper lah….Allah lebih mengetahui….ibu telah pergi selamanya….tapi anak anaknya aku telah berjaya selamatkan….dalam atiku dari Allah kita datang, kepadaNya kita kembali….walaupun baru bersama 4 ari, aku tau ibu seekor kucen yang manja….tak banyak kerenah….pandai menjaga anak…aku juga tau….hubby pun terasa sedih atas kehilangan ibu…bila sampai rumah hubby terdiam….tapi kami redhakan pemergian ibu…hubby cakap….dia akan ingat sampai mati macam mana dia menyelamatkan ibu dan anak anaknya….hubby yang mendukung mereka sampai kerumah….
Kami bawa Adik pegi vet kat Cheras….masa tuh kami tak bagi lagi nama kat dia….masa register nama dia, hubby soh letak nama Snow White…dek kerana bulu adik yang amat putih…dia pun tak banyak ragam….hanya mengikut jer….aku peluk dia erat erat sebab aku takut dia tak biasa dengan orang ramai…aku dan hubby nak cuba selamatkan kaki belakang dia yang cedera…
Masa dalam bilik rawatan…vet yang rawat adik seorang perempuan…dia angkat adik dengan lembut….dia tanya apa masalah adik….aku cakap nak check kaki dia dan nak mintak ubat fungus…macam biasalah timbang berat….Adik agak kurus masa nih…Veterinar tanya “ dia poo dan pee normal tak?”…aku jawab “normal”….veterinar dok pegang pegang kaki adik…..tiba- tiba aku tengok veterinary tuh mata dia dah merah macam nak menangis….aku jadi pelik dan panic….naper nih? Veterinar tuh cakap…” dia nih bukan patah kaki tapi dia memang cacat…mungkin lahir-lahir dah cacat…tapi dia ni kuat semangat”…aku tahu veterinar tuh pun tak sanggup nak cakap kat kami…aku, hubby dan veterinar tuh pun rasa kesedihan dan tau betapa terseksanya Adik….Vet bagi adik ubat saraf…sebagai ikhtiar untuk rawatan kaki dia…kita sebagai hambaNya kenalah berusaha….kesian Adik….mungkin sebab ini Allah mempertemukan kami dan Adik….Semoga ada rezeki lebih untuk adik….
Hari berganti hari….mungkin sebab cepat dia makan ubat tuh…Adik dah boleh angkat kaki belakang dia….memang betul…Adik kuat semangat…dia mencuba setiap hari….tanpa jemu…aku dan hubby pun tolong urutkan kaki dia…..kami beri dia kata kata semangat untuk dia terus berlatih guna kaki belakang dia….kesian bila tengok bila dia rasa gatal belakang badan….dia tak boleh nak garu badan dia…bila aku perasan dia gatal…aku cubalah usap usap belakang adik…ambik masa sebulan jugaklah adik nak recover dari fungus dia….dia jugak merasa beraya kat kampong….hehehe…..seronok dia dapat balik kampong….belari sana sini sambil heret kaki belakang….
Bila dia asyik dok heret kaki….aku tengok kaki belakang dia berdarah….kesian dia….hubby pun larang dia keluar rumah lagi….bagi dia main kat dalam rumah jer…..jadi…adik just tengok jer Along dan Angah berlari sana sini kat luar….bila aku bawa dia ke luar rumah….aku dukung dia…aku tau dia tak puas sebab asyik kena dukung….tapi aku juga tak sanggup tengok dia jadi mangsa buli Along dan Angah….bila dia tengok Along dan Angah lari sana sini, dia pun nak join….selalunya dia akan tertinggal jauh kat belakang…masa inilah dia akan menjerit mintak tolong….sian Adik….Along dan Angah buli adik yer…..
Masa kat kampong :
Anak Buah “ Makcik….sicapik lapaq” “dia dok jilat kaki Tok Wan”
inilah sikap adik…amat manja dengan sesiapa sajer….dia tak tau..orang tuh suka kan dia atau tak….yang dia tau hanya menumpang kasih sayang dengan sesiapa sahaja yang dekat dengan dia…aku sebenarnya sedih jugak bila orang panggil adik dengan nama si capik tuh….tapi apa nak buat….mulut orang kita tak dapat nak control kan….ada jugak orang yang geli tengok adik….tak per lah adik yang penting Adik ada tuan yang amat sayang pada Adik…Bila ada orang datang beraya kat rumah kat kampong…Adik macam jadi penyambut tetamu…pantang ada orang bagi salam….adik akan berlari pegi jenguk kat pintu saper yang datang…bila tetamu makan…dia pun dok tunggu kat tepi kerusi…dia bukan nak kacau orang makan, tapi dia memang peramah…kalau boleh dengan semua orang dia nak berkawan…kalau boleh dengan semua orang dia nak bermanja….tapi aku takut kalau tetamu rasa geli pulak….aku ambik dia letak kat dalam bilik…pujuk dia suruh tido…tapi ramai jugak orang yang simpati dengan adik…ada yang main main dengan adik…yang belai belai kepala Adik….yang kesian dengan Adik pun ada….anak buah aku siap nyanyi lagu Sicapik tuh lagi kat Adik…biasalah budak budak kan…bila tetamu nak balik pun adik sibuk dok hantar sampai muka pintu….biasanya Hubby dukung Adik….Aku tahu Adik happy bila ada ramai orang….
Adik tido malam dengan aku dan hubby….kadang kadang aku rasa dia dok conquer ¾ dari bantal aku…aku dapat baring ciput jer….dia selalunya tido sampai terkangkang kangkang..hehehe….bila pagi, dia tak reti nak bangun sendiri….biasanya bila aku nak pi opis aku kejutkan dia…..”adik…adik….bangun sayang…”…dia buka mata perlahan lahan….bangun pun perlahan lahan….entah apa agaknya yang dia cakap kat dalam ati…..mesti dia komplen pasal aku kejut dia awal pagi sedangkan dia masih mengantuk lagi….hehehe….bila aku dah peluk dan belai belai dia baru dia turun katil…..sambung tido kat luar….macam anak kecil jer adik nih….
Aku masih ingat…arituh..aku balik lewat dari opis….capai towel nak mandi…aku tengok Adik bergegas naik katil….hahahaha….dia ingat aku nak masuk tido….aku cakap kat dia….belum lagi nak tido lah Adik….pegi main kat luar dulu….dia dengar cakap aku…terus sambung main lagi…bila aku habis mandi dan nak kering kan rambut…dia bergegas naik katil lagi….ermmm….Adik dah ngantuk yer….penat main seharian…belum lagi nak tido lah Adik….lambat lagi…..aku tau dia dah mengantuk…..aku tengok dia dah tertido….hehehe….memang pantang kalau aku masuk bilik…dia takut kalau aku tido tak bawa dia masuk bilik sekali….memang manja kamu ni Adik…
Bila Along dan Angah makin besar dan makin nakal….(tahap nakal yang keterlaluan)…bayangkanlah…bila aku lepas diorang dari cage…diorang boleh panjat curtain sampai syiling rumah….menjerit pun diorang buat dek jer….kaki kita pun diorang langgar….selalu buli Adik…main lumba lari dengan Adik….bila tumpah kan air atau food…diorang tinggal kan Adik sekor sekor untuk dipersalahkan…memang tak boleh control….Hubby pun dah ilang sabar…..muka memang comel, tapi nakal yang tak dapat dikawal….aku dan hubby decide untuk cari owner baru untuk Along dan Angah….kami tak mampu nak jaga pasal takut diorang terjun apartment….ramai sungguh yang berminat…mungkin pasal along punya mata sebelah biru dan sebelah hijau….orang kata bawak tuah…tapi yang aku baca…kalau kucen mata lain lain nih pasal sebelah otak dia tak berfungsi….tapi kalau betullah sebelah otak dia tak berfungsi…naper Along ni nakalnyer macam akal 3 ekor kucen….entahlah….akhirnya kami dapat mencari owner yang baru untuk diorang….sepasang guru yang berasal dari Tanjung Malim….datang dari jauh nak adopt budak dua ekor nih….aku pilih diorang pasal, rumah diorang landed house….diorang nak ambik dua dua sekali dan diorang ada experience bela kucen….kucen diorang pun makan premium food….alhamdulillah…bukan niat kami nak pisahkan Adik dengan abang dia….tapi kami tau, diorang perlukan rumah yang ada tanah untuk bermain…harap harap diorang dijaga dengan baik….semuga Allah melindungi mereka…terkejut jugak owner baru nih coz Along dan Angah nampak kecik jer tapi badan dia mantap dan berat…
Dapat makan wetfood smp tunggang langgang cage |
Sekarang Adik dah makin besar…tapi saiz badan dia kecik jer…Vet nasihatkan untuk jaga diet dia…Adik juga tak boleh mengandung pasal takut kaki dia tak boleh menampung berat badan dia…kaki Adik semakin ok….dia dah pandai guna kaki belakang dia...berlari pun dah laju…bila lepas kat luar, kaki dia dah tak berdarah lagi…muscle dua kaki depan dia lebih kuat dah berotot…sebab dia gunakan kekuatan kaki depan untuk angkat badan dia….dah boleh garu belakang badan…dah kuat makan….suka makan ayam rebus….semakin manja…Adik pun dah boleh panjat meja makan….tapi dia tak boleh panjat yang tinggi tinggi…bila dia nak naik kat atas balkoni, dia akan mengiow mintak diangkat kat balkoni…Adik amat penyayang….aku ingat lagi bila aku bawa Monyet balik rumah bulan Jun 2010…Adik yang tolong susu kan Monyet….Allah maha besar….Adik yang tak mengandung itu, mampu keluarkan susu untuk dia susukan Monyet….Bagi Monyet,…Adik itu ibunya….tempat dia bermanja….sekarang Monyet lebih besar dari Adik…sesekali Monyet still nak isap putting Adik….Mungkin masa Adik susukan Monyet, dalam otak dia ingat Monyet tuh anak dia….secara automatic Adik ada kantung susu….bila sampai masa putus susu…kantung susu pun hilang….ini lah tanda kebesaran Allah…..Adik dan Monyet saling menyayangi….Adik nih aku perasan dia ada satu hobi…bila kucen lain tengah tido….dia akan jilat kepala dan badan kucen kucen aku yang lain…Adik ini penyayang dan ambil berat kat kucen lain….lagi satu yang dia suka jilat kepala hubby masa hubby tengah tido….muka ku jadi mangsa masa aku tengah tido….hehehe….macamlah mulut dia wangi…
Adik nih adalah kucen betina idaman Bob….tapi adik sangat takut kat Bob…pasal Bob nih besar dan suka melakukan keganasan ke atas Adik…Bob penah gigit Adik sampai berdarah….masa tuh tak pasal pasal aku belasah Bob….sian kat Adik….masa tuh aku baru beli remote control tv yang baru….Adik pun dok leka tengok aku try remote tuh….tiba tiba Bob datang serang hendap Adik…Aku rasa bersalah kat Adik…Dia pun dah takut nak keluar cage….bila nak tido aku angkatlah Adik tido dalam bilik….yang pasti Adik memang tak mahu teserempak pun dengan Bob….
Masa kita sibuk nak tukar cadar, dia sibuk nak tido...terbengkalai keje...nak dikejutkan tak sampai ati |
Selama aku menjaga Adik…aku memang sayang sangat dekat dia…..penat jerih merawat dia….penat lelah train dia berjalan…memang berbaloi….dia amat istimewa..seekor kucen yang amat unik…penyayang….manja….bersih….aku tak dapat bayangkan kalau aku kehilangan adik…dia kucen yang amat aku sayang…lebih dari yang lain…bila aku berjalan jauh, dia yang paling aku ingat…bila tido malam, aku akan rasa yang Adik share bantal dengan aku…dia sungguh tabah….dia juga kucen yang bersungguh sungguh….hati dia suci bersih….tiada perkataan benci di dalam diri dia…yang dia tahu hanyalah bermanja….berkasih sayang dan makan….banyak sungguh kebesaran Allah yang aku dapat lihat dari Adik…betul….dari awal ketemu sehingga hari ini…rezeki kami tak pernah putus….setiap malam kami tido tak lena kalau takder Adik….sungguh….Adik….engkaulah buah hati pengarang jantung kami….hanya ajal yang dapat memisahkan kita….banyak yang kami belajar dari kamu Adik….aku harap engkau tahu….
No comments:
Post a Comment