Semalam 27/2/2011, aku dan hubby bangun agak awal..kengkonon nak pegi cari siput sedut..bila dah sampai kat kedai, rasa malas pulak nak siang siput tuh nanti..so, instead of siput sedut, kami beli kerang...
Balik rumah, macam biasa dok kemaskan bilik furkids dan tukar cover tempat membuang diorang...main-main jap ngan diorang..semakin manja budak-budak yang baru neuter..dah behave..tak melalak dan melolong..rumah pun aman damai..mereka main kejar kejar pun baik jer nampak...Alhamdulillah...
Posing manja dari Darling |
Masa dok belek-belek furkids sekor-sekor..perasan lah pulak si Darling aka Momo aka Cik Mok nih lain macam jer condition dia...makan bukan main banyak...tak henti henti..macam something wrong jek..pas dia membuang gi lah check poo dia...Alamak...budak nih kecacingan...patutlah muka lemah jer...perot pun nampak cam boyot...kena ambik tindakan segera nih..sepatutnya, 27/3/2011 baru deworm furkids.
Kami beli ubat cacing Drontal Cat dari Klinik dr Yuan...harga cuma RM5 sebijik..kalau beli kat vets kerajaan kat Cheras tuh RM6...kenalah bijak pilih yang lebih murah bagi tuan yang mempunyai ramai kucen macam kami nih...biasa kami beli 10 bijik...sebijik nih untuk kucing yang beratnya 4 kg..kalau yang tak biasa bagi kucen makan ubat, bolehlah mintak vet yang suapkan...untuk Darling, cukup kalau bagi 1/4 tablet..
Memujuk Darling makan ubat cacing |
Dah makin besar nih susah sikit nak kasik ubat kat budak gemok nih...budak nih memang debab..hubby suka cuit bontot dia...muka pun ngantuk jer dia nih...
Ni nak share sikit pasal kecacingan kucing... biasanya kucing yang mengalami kecacingan nih makan macam biasa jer...cuma badan dia akan kurus sikit dan perut pulak memboyot atau buncit...yelah..kucing makan banyak, cacing yang dapat khasiatnya...kalau peringkat yang serius tuh, biasanya cacing boleh keluar dari mulut ataupun dubur simanja...tengok-tengoklah sikit apa yang dikeluarkan oleh simanja nih yer...kalau anak kucing yang terkena kecacingan, akan menyebabkan kitten akan terhidrat dan juga akan mengalami masalah kekurangan gizi..akhirnya boleh menyebabkan kematian...
Ada 2 jenis cacing yang biasanya akan menyinggah kat kucing..kucing gelang (roundworm) atau cacing pita (tapeworm) Cacing gelang nih bentuk macam batang, warnanya cream dan hujungnya runcing. Panjang dia boleh sampai puluhan cm. Kalau kucing dah teruk kena cacing, cacing nih boleh keluar dari mulut simanja..cacing pita biasanya warna putih, agak kurus dan boleh menccecah sepanjang 1 meter.
Bagi kucing yang indoor, ubat cacing perlu diberi 3 bulan sekali...tapi, bagi yang outdoor, kena bagi 1 bulan sekali, sebab diorang kana lebih terdedah dengan kucing luar yang mungkin sudah sedia ada mempunyai cacing.
Ubat cacing boleh diberi kepada kucing yang berumur 2 minggu dan dos kedua perlu diberi 2 minggu selepas dos pertama..tetapi, kucing mengandung tak boleh diberi makan ubat cacing yer...takut memberi kesan kat baby yang dalam kandungan...
Ini ada sedikit tips yang dikongsi bersama oleh seorang sahabat furkids. Beliau adalah seorang veterinar dari Indonesia.
Tindakan pencegahan penyebaran cacingan dilakukan di antaranya adalah dengan memandikan kucing secara berkala, memberantas kutu, membatasi interaksi dengan kucing liar, tidak memberikan daging mentah, bersihkan tempat kotoran kucing secara rutin, cuci tangan setelah membersihkan kotoran kucing, rutin memberikan obat cacing tiga bulan sekali, dan jangan lupa, kita juga harus minum obat cacing.
Pas dah pekena ubat, nampak macam Darling dah ok sikit...alhamdulillah...
Yang lain lain sihat sejahtera...Mimi macam demam sikit...dah bertambah comel dia tuh...
Weekend hari untuk makan wetfood...hehehehe....dok sengih jer budak-budak nih, pasal dapat makan ayam rebus kegemaran...macam budak-budak dapat makan KFC lagaknya...
P/S - bila budak-budak sakit, cepat jer kami pegi klinik dapatkan nasihat doktor...Bila kami sakit, macam-macam alasan yang diberi agar tak payah nak pi klinik...
1 comment:
Nice poost thanks for sharing
Post a Comment