Tuesday, March 19, 2013

ABANG DOGGY


Dulu dulu masa kami duduk kat apartment Merpati Pandan Indah, kami selalu bagi makan kat sekor doggy nih..Jiran jiran cakap, dia nih ada tuan. Tapi keadaan dia memang tak terjaga, Sebab kami selalu bagi makan kat strays kat bawah, dia pun datang mengendeng jugak nak mintak makan..



Abang Hensem

Kami ambik masa setahun jugak lah untuk memberanikan diri untuk dekat dengan doggy nih..Biasalah..Kami dilahirkan dalam keluarga melayu yang sangat skeptikal tentang anjing nih..Perasaan takut dan ngeri tuh hilang secara perlahan lahan..

Seleranya makan


Setiap pagi, sebelum pi opis hubby akan bagi dia makan. BIla petang pun akan bagi dia makan jugak..Lama kelamaan dia pun dah kenal kami..Dengar bunyi kereta atau motor pun dia dah belari datang kat kita..Bila datang tuh siap goyang goyang ekor...Gumbira lah tuh, tuan tak rasmi dia balik. Yang peliknya, dia macam  tau jer kita tak boleh pegang dia. Dia akan amik jarak bila dia tunggu kami bagi dia makan..Kadang kadang sambil makan, sambil buat muka sayu tengok kat kami..Kami pun dah mula belikan dia dog food. Sampai tiap kali beli dog food, orang pun jadik  hairan.

Setelah lebih setahun kami berkenalan, tiba tiba abang doggy jarang jarang tunggu untuk makan kat bawah. Kami pun rasa hairan..Adakah kerana cuaca..Sihat kah dia??? sakit kah dia??? Hati jadik tak keruan..Puas jugak lah ronda naik motor cari dia.

Bila kami jumpa dia, keaadaan dia memang teruk. Kurus kering sampai nampak tulang..Kesian tengok..makan pun tak selera..Perasan jugak testikal dia membengkak dan ada darah keluar..Kesiannya..Selalu jer doakan dia agar cepat sembuh..

Bila kami berpindah ke utara, hati masih teringat akan abang doggy...dah makan ker?..sakit lagi ker?? Inikah yang dinamakan rindu???? Rindu kepada makhluk ciptaan Allah yang sungguh istimewa ini...kalaulah boleh dibawa bersama..


3 comments:

ery D cat said...

abg doddy tu mmg hensem...tp kesian sbb tuan dia yg rasmi biarkan dia...xpela paham rasa rindu tu...doakan yg baik2 untuk dia...hrp2 tuan rasmi dia rawatlah dia.. tima kasih sbb bg dia makan..

meowwmania said...

faham sgt perasaan tu

teringat kat late Awang :(

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

kesian nya dia.. harap2 dia dah sembuh. apa lah kan, ada tuan pun masih gelandangan

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...