Thursday, November 15, 2012

Salam Awal Muharram

Kepada semua, Salam Awal Muharram...Di harapkan semua berada dalam keberkatan Nya..Meninggalkan Tahun 1433 Hijrah yang penuh dengan cubaan dan dugaan..berbagai pengalaman telah ditimba..suka duka kehidupan yang penuh warna..

Seronok berkongsi pengalaman bersama furkids kami di sini...kepenatan menjaga mereka hanya Allah yang tahu..Dalam tahun ini kami menerima keluarga baru iaitu Kimi, Comel & juga Kimun..Namun Comel & Kimun tidak mampu bertahan..pergi meninggalkan kami selamanya..yang tinggal hanyalah Kimi yang semakin membesar dari segi umur dan juga saiz badan..sungguh cepat tumbesarannya...

Sedih juga mendengar kawan kawan blogger yang kehilangan furkid  tersayang...walaupun kami mungkin sekadar silent reader untuk blog kawan kawan yang lain, tetapi percayalah..kami selalu mendoakan agar sicomel kalian dilindungi Allah selalu..Air mata menitis bila membaca kehilangan Oteh & Abang Kev...sungguh terasa dihati...mungkin kami tidak pernah bertemu, namun kehilangan mereka amat kami rasai..Kami juga kehilangan Mimi yang amat kami sayangi dek kerana kegagalan buah pinggang..momen paling sedih bila tiap kali menatap wajah putih bersih itu,,,

Tahun 1433 juga, kami mendapati harga makanan kesayangan turun meningkat tinggi...rata ratanya meningkat 10%...ohhh,,nampaknya kami perlu berusaha keras untuk memastikan budak budak tidak mengalami kekurangan makanan..sungguh kasihan...tiada siapa dari pihak yang berkenaan akan dapat memahami rintihan animal lover seperti kami dek kerana tiada sekatan terhadap peningkatan harga makanan simanja..mungkinkah suatu hari nanti animal lovers terpaksa membuat 2 @ 3 kerja untuk memastikan wang dikocek cukup untuk memberi makanan dan rawatan kepada haiwan kesayangan masing masing..mungkin juga..tiada yang tak mungkin di zaman kapitalis ini..

Bila melalui kedai kedai makan masih banyak strays yang berkeliaran..sungguh sedih rasanya...yang betina tak sudah sudah membawa perut yang bunting....uhhhh...resah rasanya..bagaimana pula nasib anak anak yang bakal dilahirkan itu...kadangkala telinga terpaksa dipekakkan dan mata terpaksa ditutup agar rintihan dan wajah wajah jalanan itu tidak dilihat...kami punya keinginan  tetapi tidak mempunyai daya untuk membantu mereka...apa yang mampu adalah dengan memberi makan kepada mereka seharian..tanpa mempedulikan cemuhan dan jelingan jiran tetangga..

Ya Allah, Engkau berilah kekuatan kepada hambaMu ini...Limpahilah rezeki kepada kami agar kami mampu membantu mereka mereka yang dijalanan itu...

Semoga tahun 1434 ini, akan membuka lembaran baru kepada kami..kerana kami telah berjanji untuk berkerja lebih keras agar kami dapat membantu lebih banyak haiwan jalanan....semoga Allah memberkati kami di dalam usaha kami ini..kadangkala kami rasa malu kepadaMu ya Allah, kerana sudah terlalu banyak meminta...Nikmat Mu yang mana yang mampu kami nafikan..

1 comment:

meowwmania said...

amin amin amin yarabbal alamin...


benar terlalu byk cabaran dan dugaan, smoga kita tidak akan berputus asa dan akan terus membantu haiwan2 yg tidak berdosa ini, insya'Allah..

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...