Thursday, November 8, 2012

KIMUN

Add caption
Bila belek belek pic kat hp teringat kat budak Kimun nih..Umur dalam sebulan bila jumpa dia pada 26/8/2012..dah lama juga lah...masa tu ujan renyai renyai kat luar..pi bawah apartment tetiba terserempak dengan budak ini kesejukan sambil keriau..tak sampai ati nak biarkan kesejukan sengsekor..

Jadi terbawa naik kat rumah..

Cumel kan

Masa ambik tuh tak pikir panjang yang sudah ada sedozen bebudak kat rumah...sangatlah suka keriau budak ini...keriau...keriau dan keriau lagi..


Naper kurung saya???

Bermulalah era menjaga budak kecik yang diberi nama KIMUN oleh hubby....sebecok Kimun..

Sila hantar saya semula kat mak saya...



Tak taulah saper mak bapak si Kimun nih...huhuhu...pikir pasal budak nih sampai pening pala...

Bawak budak kecik ni balik kampung masa weekend...ingat nak bagi kat sedara kat kampung...

Tapi siapa sangka, masa bawak balik kampung Kimun telah menghembuskan nafas yang terakhir..tak taulah apa puncanya, sebab malam sebelum tuh bukan main aktif lagi...sedihnya hanya tuhan yang tau...bersemadilah sekecil Kimun kat bawah pokok betik kat belakang rumah...kita hanya merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya..

3 comments:

meowwmania said...

sedihnya...

tp sekurang-kurangnya Kimun dpt rasa kasih syg dan perhatian dr awak

RIP Kimun sayang

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

RIP Kimun

Cikgu DrDJ said...

Xde rezeki nak bela Kimun lama2..x apa la..Allah lagi tau apa yg baik..utk awak dan Kimun jugak..kan..

RIP dak Kimun

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...