Friday, October 12, 2012

Black Cat & Dog Syndrome

Apa yang dikatakan sindrom kucing dan anjing hitam ini? Berapa ramai orang yang suka kepada kucing dan anjing hitam?


Ini adalah sindrom yang agak normal berlaku.Jika kita berjalan jalan kat luar dan tiba-tiba kelibat kucing hitam melintas, berapa ramai yang akan perasan? Setiap kali ada adoption drive berapa ramai yang akan perasan terhadap kewujudan kucing yang berwarna hitam ni?

Monyet, si hitam manis



Tahukah anda bahawa pusat perlindungan haiwan pernah melaporkan bahawa kucing dan anjing hitam yang paling sering diabaikan kerana warna mereka? Mereka adalah haiwan terakhir yang akan dipilih kerana bulu mereka hitam. 

Terdapat budaya,  termasuk kita sendiri, yang percaya kucing dan anjing hitam adalah pembawa malang dan jahat. Yang menyedihkan, kucing hitam juga digunakan dalam ritual pemujaan dan ajaran sesat. Di barat, ramai yang tidak akan membenarkan kucing hitam untuk di adopt semasa perayaan Halloween iaitu dari akhir bulan September hingga awal November. Ini adalah kerana sesetengah orang menggunakan kucing hitam untuk ritual yang dilakukan pada masa tersebut. Sesetengah orang memilih untuk mengambil kucing hitam pada Hallowen, dan apabila Halloween telah tamat, mereka membuang kucing hitam tersebut seperti sampah. 

Secara peribadi, kami sentiasa tertarik kepada kucing yang berbulu hitam. Di rumah kebanyakan anak-anak bulu kami bewarna hitam samaada campuran hitam putih ataupun hitam keseluruhan. For me, kucing hitam sangat menarik dan tertarik kerana character mereka yang sangat unik. Penjagaan mereka juga tidak renyah kerana tak nmpak kotor.


Semua orang tertarik kepada warna-warna tertentu. Tetapi, please dont judge them by their colour. Yang penting adalah personaliti!! Please do consider to adopt the black one. Sila jangan terlepas pandang yang hitam. You can make a different now. Mari berkunjung ke animal shelter dan meng adopt mereka yang berwarna hitam secara berjamaah. Ayohh!! Anda mampu mengubahnya..


1 comment:

Awang Hafiz said...

mungkin ramai yang tak tahu warna yang terdapat kucing hitam adalah warna recessive, maksudnya warna hitam solid hanya akan muncul kalau gen yg didapati dr ibu dan ayah kucing itu kedua-duanya warna hitam. dengan kata lain, kucing hitam lebih rare dari kucing putih. maka org yg punya kucing hitam amatlah bertuah.

Yang Ni Pon Best Jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...