Ingat nak bawak datang Kl baru nak zass dia, tapi nampaknya operasi perlu disegerakan..So, selepas penat mencari maklumat akhirnya kami decide untuk zass Qiqi kat Alor Star...
Buat kat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Kedah, Jalan Dato' Kumbar, 05300 Alor Star. Boleh juga dihubungi kat 04-7203238. Tapi kalau nak buat neuter atau spay baik call dulu..tapi hari Khamis dengan Ahad dia tak buat untuk neuter ataupun operation. Just medical checkup biasa..
Sebelum bertolak dari rumah...bergoogle map bukan main kitaorang...sebab baru 1st time nak pegi..takut sesat..
Qiqi dok dendiam dalam carrier |
Qiqi...dari pandangan montot |
Kami pegi dalam kul 10 gitu..ingatkan tak ramai orang...rupa rupanya agak ramai jugak..bermacam macam penyakit...ohhh...lega rasanya bila tengok keadaan nih..rasa sangat terharu bila tengok ramai juga insan insan di luar sana yang mengambil berat dan perihatin terhadap simanja masing...mula lah sessi bersoal jawab sesama sendiri dan beramah mesra...
perasan tak ada kakak yang dukung meow dia kat dlm pic nih? |
Tak bawa kamera masa nih..snap pic pakai hp jer..
yang menunggu giliran |
Comel kan??? |
Kul 2.30 petang tuh kami dah mengulang ker opis veterinar nih...ngam ngam Qiqi dah selamat di zass..Veterinar tuh tanya "tak nak simpan buat baka ker?'..conpius sebentar..terus kami geleng kepala..
Ini jugak pengalaman pertama bila sicomel yang kami bawa pi zass di bawa kerumah dalam keadaan tak sedar diri..yang agak pelik pegawai tuh pun macam tak heran jer...musykil sungguh...
Kesian Qiqi |
pengsan |
Sepatutnya kami nak balik KL pas tunggu Qiqi sedar..tapi pas dah tunggu sejam tak sedar sedar jugak..Mak soh jer kami balik..maybe lagi sejam baru dia sedar kut...pas 3 jam mak tepon, Qiqi tak sedar sedar lagi...hati nih berdegup kencang...panik attack...kul 11 malam mak call lagi, Qiqi masih belum sedar..lagilah panik..rasa nak jer tepon Dr Krishnan nak mintak pendapat..hati tak keruan..kesian kat mak & ayah..nak solat pun tak senang..nak tido lagilah tak senang...masa mak bangun solat subuh pun Qiqi tak sedar lagi...ayah gatai dok bukak cage pulak..dalam kul 7 pagi Qiqi bangun terus gi rabat kabinet dapur...ayah cakap kesian..mak terus jadik panik...
Pagi tuh terus dapatkan advice Dr Nurul dari Honey Vet... akhirnya barulah dapat bernafas lega bila dengar explaination dari Dr...terima kasih Dr Nurul...saya dapat menimba pengalaman dan pengetahuan baru..rupa rupa nya selama nih bila kita bawak cecomel nih gi zass kat SPCA dioarang ada bagi ubat untuk buat bebudak nih sedar..kalau tak bagi ubat, jadiklah kejadian yang menimpa Qiqi...boleh jadi heart attack macam nih..fuhhh
Pengalaman yang amat berharga bagi kami..
3 comments:
eh Qiqi pengsan bukak mata?
apa pun tahniah sebab dah berjaya "mengawal" populasi anak bulus ..
orang kata, sediakan payung sebelum hujan :)
ohh macam tu ke..kalau jadik kat saya pon sure panic
sy pon baru tahu hurmm...
tumpang tanya. harga tu fix ke depend kepada keseriusan pembedahan tu?.. saya survey yang belah penang ni, harga dia depend gak keadaan kucing tu... tengah cari yang murah sikit ni... sebelom ni da penah hantar 2 ekor kat klinik swasta tapi mahal plak..
Post a Comment